Hong Leong Bank


Need Assistance? Contact Hong Leong Call Center +603-76268899


"One Time Password" (OTP) untuk beli-belah secara online!

 

Hong Leong “One Time Password” (OTP) untuk Beli-belah Dalam Talian menjadikan pengalaman beli-belah dalam talian dengan Kad Kredit atau Debit Hong Leong anda lebih selamat dan mudah.

Ciri-ciri dan Faedah

Setiap kali anda ingin membuat pembelian dalam talian dengan Kad Hong Leong anda, OTP dikehendaki untuk mengesahkan identiti anda. OTP ialah kata laluan 6 digit yang akan dihantarkan secara automatik ke telefon mudah alih anda dalam proses pembayaran.

OTP yang anda terima hanya sah untuk 1 pembelian sahaja dan selama 5 minit dari masa penjanaan. Oleh itu, anda boleh yakin bahawa tiada sesiapa yang dapat menyalahgunakan kad anda untuk pembelian dalam talian. Anda cuma perlu memastikan bahawa nombor telefon mudah alih terkini anda telah didaftarkan dengan bank kami.

Untuk maklumat lanjut atau untuk mengemaskinikan nombor telefon mudah alih anda, sila hubungi pusat panggilan kami di +603 7626 8899 atau kunjungi mana-mana cawangan kami.

Faedah-faedah OTP:

  • Tiada pendaftaran diperlukan asalkan nombor telefon mudah alih anda yang terkini telah didaftarkan dengan bank kami.
  • Kata laluan tidak perlu diciptakan - Anda tidak perlu sentiasa ingat kata laluan anda.
  • Proses pengesahan yang mudah - Tiada “informasi keselamatan” tambahan diperlukan.
  • Perkhidmatan ini adalah percuma.

 

back to top