Need Assistance? Contact Hong Leong Call Center +603-76268899
Hong Leong Bank

"One Time Password" (OTP) untuk beli-belah secara online!

 

Hong Leong “One Time Password” (OTP) untuk Beli-belah Dalam Talian menjadikan pengalaman beli-belah dalam talian dengan Kad Kredit atau Debit Hong Leong anda lebih selamat dan mudah.

Cara untuk bermula

Untuk membuat pembelian secara online dengan Kad Hong Leong anda, anda perlu:

Langkah 1:
Daftarkan nombor telefon mudah alih terkini anda dengan Hong Leong Bank jika anda belum berbuat demikian . Untuk pendaftaran atau kemaskini maklumat peribadi, sila hubungi pusat panggilan kami di +603 7626 8899 atau kunjungi cawangan kami.
Langkah 2:
Kemukakan butir-butir kad anda di laman web peniagaan yang berkaitan.
Langkah 3:
Anda akan dibawa ke halaman pengesahan bank kami. Masukkan OTP yang telah dihantarkan secara automatik ke telefon mudah alih anda. Jika OTP anda telah tamat tempoh atau tidak dapat digunakan, sila klik “Resend OTP” supaya OTP yang baru boleh dihantarkan kepada anda. Jika wujud kesalahan yang tidak boleh dikenal pasti, sila hubungi pusat panggilan kami di +603 7626 8899.
Langkah 4:
Klik “OK” dan tunggu sebentar untuk membolehkan kami memproses permintaan bayaran anda. Anda akan dimaklumkan status pembayaran di penghujung proses ini.

 

 

 

back to top