Hong Leong Bank


Need Assistance? Contact Hong Leong Call Center +603-76268899

 
   

Get 51% cash back on your purchases EVERYDAY!

 

NAMA PROGRAM: SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-51
Tempoh: 1hb Julai 2008 hingga 30hb September 2008 (3 bulan)

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ("T&S")

KELAYAKAN

  1. Hong Leong Bank Berhad ("HLB") "Sambutan Kemerdekaan Ke-51" ("Peraduan") ini terbuka kepada SEMUA Pemegang Kad Kredit Utama dan Kad Tambahan HLB ("Pemegang Kad"). Pemegang Kad dalam Peraduan ini merujuk kepada semua Pemegang Kad HLB, kecuali dinyatakan sebaliknya.
     
  2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
    1. Kakitangan HLB dan ahli keluarga mereka yang terdekat (ibu bapa, pasangan dan anak-anak);
    2. Agensi-agensi pengiklanan dan/atau wakil-wakil yang dilantik oleh HLB dan ahli keluarga mereka yang terdekat (ibu bapa, pasangan dan anak-anak);
    3. Pemegang Kad(-kad) HLB yang TIDAK dikeluarkan di Malaysia; dan
    4. Pemegang Kad(-kad) Zing Touch N Go, Kad(-kad) Korporat dan Wang Mobile
       
  3. Peraduan ini berlangsung mulai 1 Julai 2008 pada jam 00:00:00 (12:00:00 pagi) dan berakhir pada 30 September jam 23:59:59 (11:59:59 malam) termasuk kedua-dua tarikh tersebut ("Tempoh Peraduan"), kecuali dinyatakan sebaliknya.
     

MEKANIK PERADUAN

Hadiah Tunai Harian – 51% wang kembali ke atas pembelian harian anda

  1. Sah untuk SEMUA Pemegang Kad sedia ada termasuk Pemegang Kad Utama dan Kad Tambahan. Kedua-dua Pemegang Kad tersebut layak untuk menyertai secara berasingan dan sebarang percubaan untuk menggabungkan atau menyatukan transaksi mereka akan dibatalkan
     
  2. Untuk menyertai, Pemegang Kad hendaklah mendaftarkan setiap resit transaksi dengan menghantar sistem pesanan ringkas ("SMS") ke 36600 dan menyatakan nombor Kad Kredit HLB mereka.

    Langkah 1: Gunakan minimum sebanyak RM51 atau lebih dalam satu resit dengan Kad Kredit HLB anda untuk pembelian runcit semasa Tempoh Peraduan

    Langkah 2: SMS ke 36600 dan taipkan "HLB<jarak>Nombor Kad Kredit 16-digit"
    Cth: HLB  4563786412345678

    *Susunan SMS HENDAKLAH mengikut turutan yang dinyatakan di atas. Perkhidmatan ini disediakan oleh M3 Technologies (Asia) Berhad

  3. Pembelian runcit termasuk semua transaksi runcit tempatan dan antarabangsa KECUALI Pindahan Baki, Ansuran EPP (Pelan Pembayaran Lanjutan), Flexi-Pay, COC (Cash-On-Call), Pendahuluan Tunai, Pembayaran Caj Kewangan & Yuran Tahunan.
     
  4. SMS ke lima puluh satu ke-51) yang didaftarkan pada setiap hari untuk transaksi yang dibuat pada hari yang sama (jam 00:00:00 hingga 23:59:59 atau 12:00:00 pagi hingga 11:59:59 malam) akan dihadiahkan dengan Hadiah Tunai Harian jika peserta tidak melanggar peraturan yang diterangkan dalam Klausa 2, 9, 14, 39 dan 40.
     
  5. Jika pemenang telah melanggar perkara di dalam Klausa 2, 9, 14, 39 dan 40 HLB mempunyai hak mutlak untuk memilih pemenang berdaftar yang berikutnya dalam turutan sehingga seorang (1) pemenang telah dikenalpasti. Cth. Ke-52, ke-53, ke-54 dsb.
     
  6. Pendaftaran melalui SMS handaklah dibuat pada hari yang sama transaksi dibuat, jika tidak penyertaan tersebut akan dibatalkan. Jika tarikh dan masa pendaftaran SMS yang berjaya berlainan dari tindakan yang dibuat oleh Pemegang Kad, atau berlainan dari tarikh dan masa transaksi yang direkodkan dalam sistem HLB, dan percanggahan timbul setelah pendaftaran dilakukan, tarikh dan masa pada sistem HLB akan digunapakai.
     
  7. Satu (1) transaksi di dalam satu resit hanya membenarkan Pemegang Kad untuk satu (1) penyertaan SMS sahaja. Pemegang Kad hanya perlu menghantar SMS kepada kami SEKALI sahaja untuk setiap transaksi sebanyak RM51 atau lebih. Sebarang duplikasi penyertaan akan dibatalkan atas budi bicara HLB tanpa memberikan sebarang sebab.
     
  8. Untuk setiap pendaftaran yang berjaya, Pemegang Kad akan menerima balasan SMS secara automatik dalam masa satu (1) jam setelah pendaftaran untuk mengesahkan penerimaan pendaftaran SMS, bukan pengesahan Pemenang Hadiah Tunai Harian. Jika SMS tidak lengkap atau tidak mengikut turutan yang ditetapkan di sini, HLB, tetap akan membalas secara automatik untuk memaklumkan Pemegang Kad untuk mencuba sekali lagi. Sebarang kesilapan ejaan dalam penyertaan SMS mereka TIDAK akan mendapat sebarang balasan secara automatik kepada Pemegang Kad walaupun ianya mengikut turutan yang ditetapkan.
     
  9. Setiap penyertaan SMS yang berjaya dihantar ke HLB oleh Pemegang Kad akan dicaj RM0.30 setiap SMS oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing. Pemegang Kad TIDAK akan dicaj untuk setiap SMS yang dihantar kepada Pemegang Kad oleh HLB. Saluran SMS ini hanya memberikan maklum balas secara automatik dan tidak menyediakan perkhidmatan untuk sebarang pertanyaan daripada Pemegang Kad.
     
  10. Tarikh dan masa permulaan untuk menghantar SMS adalah pada 1 Julai 2008 pada jam 00:00:00 (12:00:00 pagi) manakala tarikh tutup penghantaran SMS pula adalah pada 30 September 2008 pada jam 23:59:59 (11:59:59 malam). Penyertaan SMS sebelum dan selepas tarikh & masa tersebut akan dibatalkan penyertaannya dan HLB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewataan atau kehilangan penyertaan. Bukti penghantaran SMS bukanlah bukti pengesahan penerimaan oleh HLB.
     
  11. Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Kad untuk memastikan segala maklumat dalam penyertaan SMS lengkap dan tepat mengikut turutan yang ditetapkan. HLB tidak akan bertanggungjawab dan memiliki hak mutlak untuk membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak lengkap, tidak tepat, tidak sah, lambat, kesilapan di dalam SMS yang diterima, nilai transaksi kurang dari RM51, transaksi tidak sah, transaksi berasingan dan kegagalan oleh HLB untuk menerima SMS berikutan kegagalan talian oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi atau sebarang sebab mengikut budi bicarannya.
     
  12. Pemegang Kad layak untuk menghantar seberapa banyak penyertaan sepanjang Tempoh Peraduan dan memenangi lebih daripada satu (1) Hadiah Tunai Harian.
     
  13. HLB hanya akan memberitahu pemenang untuk Hadiah Tunai Harian melalui SMS dalam masa lima (5) hari bekerja melalui nombor yang telah digunakan oleh Pemegang Kad semasa pendaftaran SMS. Walaupun cara pemberitahuan ini telah dipilih, HLB berhak untuk menggunakan apa jua cara atau medium lain mengikut budi bicaranya untuk mengumumkan nama pemenang.
     

Hadiah Utama – 51x Komputer Riba Acer Ferrari 1100

  1. Kelayakan untuk memenangi Hadiah Utama
    • Pemegang Kad Baru yang telah diluluskan permohonannya oleh HLB ketika Tempoh Peraduan akan layak secara automatik untuk satu (1) penyertaan.
    • Pemegang Kad sedia ada hanya perlu membelanjakan jumlah minimum sebanyak RM51 atau lebih dalam satu resit sama ada menggunakan Kad Kredit Utama atau Tambahan untuk layak secara automatik bagi penyertaan peraduan.
      • Berbelanja sebanyak RM51 atau lebih dengan Kredit Kad HLB pada
        Hari Biasa = 1 penyertaan
      • Berbelanja sebanyak RM51 atau lebih dengan Kredit Kad HLB pada
        Hujung Minggu = 2 penyertaan (2x Bonus Hujung Minggu)
         
  2. Hari Biasa adalah bermula dari Isnin hingga Jumaat manakala Hujung Minggu pula dari Sabtu hingga Ahad.
     
  3. Perbelanjaan runcit termasuk semua transaksi runcit tempatan dan antarabangsa KECUALI Pindahan Baki, Ansuran EPP (Pelan Pembayaran Lanjutan), Flexi-Pay, COC (Cash-On-Call), Pendahuluan Tunai, Pembayaran Caj Kewangan & Yuran Tahunan.
     
  4. Pemegang Kad Tambahan layak menyertai untuk memenangi Hadiah Utama, tetapi tidak layak untuk menerima hadiah tersebut. Hadiah Utama yang dimenangi oleh Pemegang Kad Tambahan akan diberikan kepada Pemegang Kad Utama.
     
  5. Pemegang Kad tidak perlu menghantar sebarang borang penyertaan atau mengeposkan sebarang slip transaksi sebagai bukti penyertaan untuk memenangi Hadiah Utama. Kelayakan Pemegang Kad akan dikesan secara automatik oleh sistem HLB.
     
  6. Pemegang Kad layak untuk menghantar penyertaan sebanyak yang mungkin. Namun, setiap Pemegang Kad hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan.
     
  7. Lima ratus (500) Pemegang Kad yang layak akan dipilih secara rawak oleh sistem HLB pada akhir Tempoh Peraduan berdasarkan transaksi yang dihantar dan dipaparkan oleh di dalam sistem HLB. Pemegang Kad yang terpilih akan dihubungi oleh HLB atau wakil yang dilantik SEKALI SAHAJA melalui nombor(-nombor) telefon terkini yang diberikan kepada HLB oleh Pemegang Kad seperti yang terdapat dalam rekod HLB, pada bila-bila masa semasa waktu pejabat untuk menjawab dua (2) soalan.
     
  8. Atas sebarang sebab jika Pemegang Kad yang terpilih gagal untuk menjawab panggilan telefon selepas lima (5) deringan apabila dihubungi oleh pihak HLB atau wakil yang dilantik untuk sesi Soal dan Jawab ("S&J"), Pemegang Kad dianggap telah terlepas peluang untuk menang dan HLB atau wakilnya akan memilih Pemegang Kad yang lain untuk sesi S&J tersebut.
     
  9. Lima puluh satu (51) Pemegang Kad pertama yang menjawab paling banyak soalan dengan betul dengan masa terpantas akan diumumkan sebagai pemenang.
     
  10. Pemegang Kad yang layak tidak akan diberitahu secara terus sama ada mereka adalah pemenang selepas sesi S&J tersebut selesai. Pemenang Hadiah Utama akan diberitahu oleh HLB sama ada secara bertulis atau melalui SMS selewat-lewatnya pada 31 Disember 2008. Senarai pemenang juga akan dipaparkan di laman web HLB. Jika Pemegang Kad tidak menerima sebarang notis sama ada secara bertulis atau melalui SMS daripada HLB sebelum 31 Disember 2008, Pemegang Kad dianggap BUKAN pemenang Hadiah Utama.
     

HADIAH - HADIAH

  1. Terdapat sembilan puluh dua (92) pemenang Hadiah Tunai Harian sepanjang Tempoh Peraduan. Seorang (1) pemenang setiap hari.
     
  2. Pemenang Hadiah Tunai Harian akan diberikan 51% wang kembali ke atas jumlah perbelanjaan runcit mereka pada hari yang terpilih. Rebat tunai maksimum adalah sebanyak RM500 setiap hari, bagi setiap Pemegang Kad.
     
  3. Rebat tunai tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun kad kredit pemenang yang mana akaun kad kredit tersebut adalah yang digunakan oleh Pemegang Kad untuk pendaftaran SMS dalam masa empat puluh lima (45) hari bekerja selepas nama pemenang diumumkan.
     
  4. Terdapat lima puluh satu (51) pemenang Hadiah Utama sepanjang Tempoh Peraduan.
     
  5. Pemenang Hadiah Utama akan menerima satu (1) Komputer Riba Acer Ferrari 1100.
     
  6. Hadiah Utama akan dihantar ke alamat bil Pemegang Kad Utama di Malaysia yang direkodkan di dalam sistem HLB seperti yang diberikan oleh pemenang, dalam masa empat puluh lima (45) hari bekerja selepas nama pemenang diumumkan secara bertulis atau melalui SMS. Tiada penukaran alamat penghantaran dibenarkan.
     
  7. Bukti penghantaran adalah melalui bukti secara bertulis yang telah diperakui oleh penerima di alamat penghantaran tersebut, dan jika alamat tersebut adalah sebuah pejabat, resit pengesahan oleh mana-mana kakitangan akan dituntut sebagai bukti penerimaan daripada pihak pemenang. HLB tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan penghantaran Hadiah Utama tersebut.
     
  8. Adalah menjadi tanggungjawab Pemegang Kad untuk memberitahu Pusat Kad HLB secara bertulis tidak lebih daripada sebulan dari tempoh tamat tarikh pengumuman untuk hadiah(-hadiah) yang tidak dituntut. Jika gagal, Pemegang Kad dikira telah menerima hadiah itu daripada pihak HLB.
     
  9. Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh diganti dengan pendahuluan tunai, kredit atau seumpamanya. HLB berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan produk, perkhidmatan, model, jenama atau warna berlainan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa memberitahu terlebih dahulu.
     
  10. Pemenang Peraduan akan secara peribadi menanggung SEGALA kos yang berkaitan dengan penerimaan hadiah(-hadiah) termasuk tetapi tidak terhad kepada cukai, pembayaran insuran, yuran pendaftaran, yuran pemprosesan, yuran pengendalian dan lain-lain perbelanjaan peribadi.
     
  11. HLB tidak akan bertanggungjawab ke atas (termasuk kecuaian) kematian, kecederaan, sebarang kehilangan, kerosakan atau kemalangan yang berlaku akibat penggunaan hadiah(-hadiah) yang dimenangi oleh pemenang.
     
  12. HLB tidak memberi sebarang jaminan ke atas kualiti atau kesesuaian hadiah(-hadiah). HLB juga tidak akan bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan dengan pengilang atau pembekal Hadiah Utama dan pemenang haruslah berurusan secara terus dengan pengilang atau pembekal untuk sebarang maklumat jaminan.
     

UMUM

  1. Akaun(-akaun) Kad Kredit Pemenang Peraduan MESTILAH dalam keadaan baik, TIDAK disalahguna dan TIDAK tidak melanggar mana-mana T&S Perjanjian Pemegang Kad HLB. Pemenang Peraduan yang akaun(-akaun) Kad Kredit mereka dipercayai disalahguna dan/atau Kad(-kad) Kredit HLB mereka tidak sah atau dibatalkan dalam definisi HLB akan ditolak dan HLB berhak untuk menolak tuntutan hadiah oleh Pemenang berkenaan.
     
  2. HLB berhak untuk menolak mana-mana penyertaan peraduan dan/atau Pemenang yang layak atau atas apa juga alasan sekalipun mengikut budi bicara HLB.
     
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, Pemegang Kad bersetuju untuk terikat dengan T&S Peraduan dan keputusan yang dibuat oleh panel hakim HLB. Pemegang Kad dengan ini memberi persetujuan untuk dan membenarkan HLB mendedahkan butir-butir peribadi mereka kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga/ wakil yang dilantik oleh HLB untuk tujuan Peraduan ini.
     
  4. T&S Peraduan yang terkandung di sini serta keputusan yang dibuat oleh para hakim adalah muktamad dan terikat ke atas semua Pemegang Kad. Surat-menyurat dan/atau sebarang rayuan bagi membatalkan keputusan tidak akan dilayani.
     
  5. HLB berhak untuk menggunakan nama-nama, sebarang gambar yang diambil dan/atau maklumat-maklumat lain tentang Pemenang dan/ atau wakil tanpa mendapatkan sebarang persetujuan daripada pemenang untuk tujuan pengiklanan dan promosi pada masa kini dan masa depan, atau dipaparkan dalam mana-mana bahan publisiti yang berkaitan dengan Peraduan tanpa bayaran.
     
  6. Para pemenang mungkin diminta untuk menghadiri majlis penyampaian hadiah yang mana tarikh dan tempatnya akan diberitahu oleh HLB. HLB tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan bagi pihak pemenang untuk menghadiri majlis tersebut.
     
  7. HLB berhak pada bila-bila masa tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu untuk menambah, menyingkir, menggantung atau mempelbagaikan T&S Peraduan yang terdapat di sini, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya atas budi bicaranya.
     
  8. Bagi mengelakkan sebarang keraguan, pembatalan, penamatan, penggantungan atau pelanjutan Tempoh Peraduan tidak akan membenarkan Pemegang Kad membuat sebarang tuntutan atau mendapat pampasan daripada HLB di atas sebarang dan kesemua kehilangan atau kemusnahan yang dihadapi atau berlaku pada Pemegang Kad secara langsung atau tidak langsung akibat daripada tindakan membatal, menamat, menggantung atau melanjutkan Tempoh Peraduan ini.
     
  9. Sekiranya berlaku percanggahan, kekeliruan atau pertikaian dalam mana-mana terjemahan T&S Peraduan ini dalam mana-mana Bahasa, maka versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

back to top