| |
|
| |
|
| Katalog Hong Leong Club Rewards 2011/2012 Terma & Syarat ("T&S") |
| |
|
| 1. |
Definisi/Takrifan |
|
1.1 |
"Bank" bermaksud Hong Leong Bank Berhad ("HLBB"). |
|
|
|
|
1.2 |
"Kad" bermaksud kad American Express, MasterCard dan/atau Visa Hong Leong yang dikeluarkan oleh Bank. |
|
|
|
|
1.3 |
"Akaun Kad" bermaksud akaun Pemegang Kad dengan Bank, dibuka untuk Kad tersebut. |
|
|
|
|
1.4. |
"Pemegang Kad" bermaksud orang yang mana Kad telah dikeluarkan oleh Bank dan termasuk Pemegang(-Pemegang) Kad Tambahan yang mana berkaitan yang layak menyertai Program ini. |
|
1.5 |
"Fast Track" adalah pilihan alternatif yang menggunakan gabungan pembahagian nilai Mata Ganjaran dan Ringgit Malaysia ("RM") yang ditetapkan di bawah Program. |
|
1.6 |
"Flight Rewards" ("FR") bermaksud memindahkan Mata Ganjaran ke mata ganjaran Penerbangan Kerap yang terdapat di Syarikat Penerbangan yang mengambil bahagian. |
|
1.7 |
"Hadiah" bermaksud semua ganjaran yang disediakan oleh Program termasuk barangan, baucer, perkhidmatan, pakej pelancongan dan lain-lain ganjaran yang terdapat di dalam Program ini. Bank berhak untuk membatal, menukar atau mengganti sebarang ganjaran pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. |
|
1.8 |
"Peniaga" adalah individu, firma atau syarikat yang terlibat di dalam perniagaan jualan dan penyediaan barangan dan/atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam Program. |
|
1.9 |
"Program" bermaksud Katalog Hong Leong Club Rewards 2011/2012 dan termasuk sebarang variasi atau perubahan kepadanya yang mungkin dibuat oleh Bank dari masa ke semasa. |
|
1.10 |
Mata Ganjaran bermaksud mata ganjaran yang diberikan kepada Pemegang Kad di bawah Program ini selaras dengan T&S yang dinyatakan di sini. |
|
1.11 |
Kecuali dinyatakan sebaliknya, perkataan dan ekspresi yang ditakrifkan atau dibentuk di dalam Terma & Syarat Perjanjian Pemegang Kad akan mempunyai maksud yang sama apabila digunakan atau dirujuk di sini dan perkataan yang merujuk kepada jantina lelaki adalah merangkumi jantina wanita dan perkataan yang merujuk kepada satu bilangan adalah termasuk bilangan yang banyak dan sebaliknya. |
|
|
|
|
|
| 2. |
|
Tempoh Sah Mata Ganjaran |
|
2.1 |
Mata Ganjaran yang diperolehi pada tahun tertentu adalah sah sehingga tiga (3) calendar tahun. Contohnya: |
|
|
| Tahun |
Pengumpulan Mata Ganjaran |
Tempoh Tamat Mata Ganjaran |
| 2008 |
1 Januari 2008 to 31 Disember 2008 |
31 Disember 2010 |
| 2009 |
1 Januari 2009 to 31 Disember 2009 |
31 Disember 2011
|
| 2010 |
1 Januari 2010 to 31 Disember 2010 |
31 Disember 2012
|
|
|
2.2 |
Tarikh tamat Mata Ganjaran yang akan luput pada tahun tertentu adalah pada hari terakhir tahun tersebut. Semua Mata Ganjaran hendaklah ditebus sebelum tarikh tamat. Selepas itu, semua Mata Ganjaran yang tidak ditebus akan dibatal secara automatik tanpa sebarang pemberitahuan kepada Pemegang Kad. |
|
2.3 |
Semua tarikh luput adalah seperti yang dinyatakan di dalam penyata bulanan kad kredit dan sebarang Mata Ganjaran yang diperolehi dan terkumpul tetapi tidak digunakan TIDAK akan dibawa ke hadapan apabila ianya luput. |
|
|
|
| 3. |
|
Kelayakan |
|
3.1 |
Dengan menyertai Program ini, Pemegang Kad adalah tertakluk kepada T&S ini dan Terma & Syarat Perjanjian Pemegang Kad. |
|
3.2 |
Untuk layak menebus atau memperolehi Mata Ganjaran, Akaun Kad Pemegang Kad mestilah sah dan memiliki rekod yang baik, tidak mempunyai sebarang tunggakan bayaran, atau melebihi had kad kredit, akaun dipercayai tidak dibuka dan beroperasi secara penipuan atau mana-mana Akaun Kad telah dibatalkan atau ditamatkan oleh Bank. |
|
3.3 |
Kad rebat tunai Bank, Eg. Kad Hong Leong Essential,
Kad Hong Leong Fortune, Kad Hong Leong Assurance dan Kad Hong Leong Platinum Business adalah DIKECUALIKAN dari Program ini. |
|
|
|
| 4. |
|
Memperolehi Mata Ganjaran |
|
4.1 |
Pemegang Kad akan memperolehi satu (1) Mata Ganjaran untuk setiap RM1.00 bagi pembelian runcit tempatan dan antarabangsa yang dicajkan ke Akaun Kad Prinsipal dan Akaun Kad Tambahan Pemegang Kad. Pihak Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan di dalam pengeposan sebenar transaksi dan/atau pengakruan Mata Ganjaran semasa Program berlangsung. |
|
4.2 |
Di mana berkaitan, Pemegang Kad juga akan memperolehi Mata Ganjaran daripada pelbagai produk Bank, tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa sebagaimana ditetapkan oleh Bank. |
|
4.3 |
Mata Ganjaran yang diberikan kepada Pemegang Kad adalah berdasarkan jumlah nilai RM yang dicatatkan untuk pembelian runcit (tempatan dan antarabangsa) yang dibuat ke atas Kad Kredit, termasuk Kad Kredit Tambahan. |
|
4.4 |
Pemegang Kad TIDAK akan memperolehi Mata Ganjaran untuk transaksi atau caj berikut:-
| a) |
Pendahuluan Tunai |
| b) |
Yuran Tahunan |
| c) |
Pindahan Baki |
| d) |
Caj Bayaran Lewat |
| e) |
Caj Pertikaian |
| f) |
Caj Fraud/Penipuan |
| g) |
Caj Kewangan |
| h) |
Yuran Penggantian Kad |
| i) |
Caj Penghantaran |
| j) |
Pembelian Petrol |
| k) |
Pembayaran Tunai |
| l) |
Cukai Perkhidmatan Kad Kredit |
| m) |
Atau sebarang yuran, caj atau penalti tidak akan termasuk di dalam pengiraan Mata Ganjaran |
|
|
4.5 |
Pengumpulan satu (1) Mata Ganjaran untuk setiap RM1.00 adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa sebagaimana ditetapkan oleh Bank. |
|
4.6 |
Bank berhak untuk mengubah tempoh di mana Pemegang Kad dikehendaki menggunakan Mata Ganjaran dengan memberikan notis bertulis sekurang-kurangnya 30 hari. Perubahan akan berkuatkuasa dari tarikh yang dinyatakan di dalam notis tersebut. |
|
4.7 |
Mata Ganjaran terkumpul akan dinyatakan di dalam penyata bulanan kad Pemegang Kad. Hanya Mata Ganjaran yang dinyatakan di dalam penyata kad Pemegang Kad sahaja boleh digunakan untuk penebusan. |
|
4.8 |
Tiada nilai wang tunai akan diberikan untuk Mata Ganjaran terakru. Mata Ganjaran terakru tidak boleh ditebus atau ditukar kepada wang tunai kecuali dinyatakan sebaliknya. |
|
4.9 |
Mata Ganjaran yang diperolehi tidak boleh dipindahkan ke mana-mana pihak ketiga. |
|
|
|
| 5. |
|
Penebusan Hadiah |
|
5.1 |
Borang(-borang) penebusan TIDAK BOLEH ditarik-balik, dibatalkan atau ditukar apabila ia telah diterima oleh Bank. Apabila Mata Ganjaran telah ditebus, Mata Ganjaran tersebut di anggap lunas dan TIDAK BOLEH diganti semula. |
|
5.2 |
Penebusan Hadiah dengan Mata Ganjaran yang tidak mencukupi tidak akan diterima. |
|
5.3 |
Penebusan hanya boleh dilaksanakan oleh Pemegang Kad Prinsipal dengan pengisian lengkap disertai tandatangan sah pada borang(-borang) penebusan dan dikembalikan kepada Bank sama ada melalui faks atau pos, atau membuat permohonan penebusan menerusi Hong Leong Online, IVR ( Interactive Voice Response ) atau Call "N" Redeem melalui Pusat Panggilan Hong Leong. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. |
|
5.4 |
Apabila diterima, borang penebusan akan diproses oleh Bank dan Bank akan memberitahu Pemegang Kad sekiranya ia tidak dapat memproses atau menghantar Hadiah tersebut. Semua ganjaran adalah tertakluk kepada kesediaan stok dan mungkin tertakluk kepada sebarang syarat berkaitan bila dan di mana Hadiah tersebut boleh ditebus. |
|
5.5 |
Pemegang Kad dibenarkan untuk menggabungkan Mata Ganjaran yang diperolehi di dalam Akaun-akaun Kad untuk penebusan. |
|
5.6 |
Sekirannya Pemegang Kad Prinsipal mempunyai lebih dari satu Akaun Kad dengan Bank, secara sukarela membatalkan mana-mana Akaun Kad tetapi mengekalkan sekurang-kurangnya satu Akaun Kad yang mendapat Mata Ganjaran dan sah dengan Bank, sebarang Mata Ganjaran yang terakru di dalam Akaun(-akaun) Kad yang dibatalkan adalah tertakluk kepada budi bicara Bank untuk digunakan di dalam Program. |
|
5.7 |
Mata Ganjaran terkumpul di dalam Akaun Kad Pemegang Kad Prinsipal serta Akaun Kad Pemegang Kad Tambahan hanya boleh ditebus oleh Pemegang Kad Prinsipal. |
|
5.8 |
Sebarang pertikaian mengenai barangan dan/atau perkhidmatan yang diterima sebagai ganjaran di bawah Program hendaklah diselesaikan secara langsung di antara Pemegang Kad dan Peniaga tanpa melibatkan tuntutan kepada Bank. |
|
5.9 |
Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kematian, kecederaan, sebarang kerugian atau kerosak dalam apa bentuk sekalipun, yang ditanggung oleh Pemegang Kad, dan jika berkaitan, atau pihak ketiga yang diakibatkan oleh penebusan Hadiah, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kecederaan atau kerugian yang ditanggung yang berkaitan dengan pakej percutian, pembatalan pakej percutian, caj tambahan, kelewatan dan yang diakibatkan oleh sebarang nasihat, petunjuk, tip dan arahan yang mungkin terkandung di dalam Program, atau diakibatkan oleh kerosakan, kecurian, kemusnahan Hadiah. |
|
5.10 |
Hadiah yang merangkumi sijil/baucer yang dikeluarkan oleh Peniaga tidak boleh ditunaikan dan adalah sah untuk digunakan sehingga tarikh yang dinyatakan dan tertakluk kepada Terma & Syarat yang terkandung di sini. Jika ianya tidak digunakan selepas tarikh yang dinyatakan, sijil/baucer akan luput dan tidak akan diganti. Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sijil/baucer atau Hadiah yang telah luput, hilang atau dicuri. |
|
5.11 |
Terma dan syarat yang dinyatakan di dalam sijil/baucer adalah di luar kawalan Bank dan ditetapkan oleh Peniaga. Sebarang pertikaian yang timbul di bawah terma dan syarat sijil dan/atau baucer hendaklah diselesaikan secara langsung oleh Pemegang Kad dan Peniaga. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan atau membatalkan sebarang penebusan yang menyebabkan pertikaian tersebut. |
|
5.12 |
Hadiah yang merangkumi sijil/baucer yang dikeluarkan oleh pembekal tidak boleh ditunaikan dan adalah sah sehingga tarikh yang dinyatakan dan tertakluk kepada Terma & Syarat yang terkandung di dalam. Jika ianya digunakan selepas tarikh yang dinyatakan, sijil/baucer akan luput dan tidak diganti. |
|
5.13 |
Sekiranya sijil dan/atau baucer adalah dalam bentuk baucer tunai, Pemegang Kad boleh menggunakan Kad Kredit Bank untuk membuat bayaran kepada penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian jika pembelian melebihi nilai yang dinyatakan pada baucer tunai tersebut. Nilai baucer tunai yang tidak digunakan tidak akan dikembalikan. |
|
5.14 |
Terbitan baucer makan-minum, perjalanan atau hotel/resort dianggap sebagai tempahan dengan penyedia perkhidmatan. Pemegang Kad dikehendaki membuat tempahan dan memberitahu penyedia perkhidmatan yang berkaitan mengenai baucer yang akan digunakan. Baucer hotel/resort tidak akan dilanjutkan apabila luput. |
|
5.15 |
Sebarang makanan, pengangkutan, penginapan tambahan atau sebarang urusan lain yang perlu dibuat berhubung sebarang Hadiah adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya Pemegang Kad. |
|
5.16 |
Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sijil dan/atau baucer Hadiah atau barangan yang luput, hilang atau dicuri. Sijil dan/atau baucer Hadiah penyedia perkhidmatan hanya sah digunakan di kedai yang menyertainya sepertimana yang dinyatakan di dalam sijil dan/atau baucer atau Program. |
|
5.17 |
Sijil dan/atau baucer Hadiah yang telah ditebus tidak boleh ditukar untuk Hadiah lain, tidak boleh dikembalikan, tidak diganti, dan tidak boleh dipindahkan untuk tunai atau kredit di atas sebarang sebab sekalipun. |
|
5.18 |
Bank TIDAK akan (a) mengganti; atau (b) membantu Pemegang Kad dengan meletakkan status menahan atau membekukan ke atas mana-mana sijil dan/atau baucer Hadiah yang tidak dijumpai, hilang atau dicuri di atas sebarang sebab sekalipun. |
|
5.19 |
Sekiranya pilihan Hadiah Pemegang Kad tidak dapat diperolehi, Bank akan menggantikannya dengan gantian yang bernilai sama. Semua Hadiah adalah tertakluk kepada selagi stok mash ada dan Bank berhak untuk menamatkan dan/atau menggantikan Hadiah yang dinyatakan di sini dengan produk, warna, model atau perkhidmatan yang berbeza tanpa sebarang notis ataupun sebarang sebab kepada Pemegang Kad. |
|
5.20 |
"TIADA TEMPOH PERCUBAAN" untuk semua Hadiah. |
|
5.21 |
Bank diberi kebenaran untuk mendebit Akaun Kad Pemegang Kad jika Pemegang Kad memilih untuk menggunakan pilihan Fast Track. Bayaran dalam bentuk tunai, cek atau sebarang bentuk pembayaran lain tidak akan diterima di bawah pilihan Fast Track ini. |
|
5.22 |
Pemegang Kad hanya dibenarkan untuk menebus Yuran Tahunan selepas yuran tersebut dicajkan ke Akaun Kad. Yuran Tahunan Percuma boleh dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh yuran dicajkan. |
|
5.23 |
Efektif dari 15 April 2011, Pemegang Kad akan bertanggung jawab ke atas kos bayaran penghantaran dan / atau penukaran alamat seperti berikut :
- Kos bayaran RM10 akan dikenakan untuk setiap permintaan daripada Pemegang Kad berdasarkan alamat yang berbeza setelah percubaan penghantaran yang pertama tidak berjaya .
- Kos bayaran RM10 akan dikenakan untuk setiap permintaan daripada Pemegang Kad berdasarkan alamat yang sama setelah percubaan penghantaran yang pertama tidak berjaya .
Atau, Pemegang Kad boleh menggunakan 2.500 RP untuk off - set kos bayaran RM10 tersebut. Penukaran alamat penghantaran hanya akan dibenarkan jika Hadiah belum dihantar kepada Pemegang Kad. Kos tersebut di atas RM10 atau 2,500 RP akan didebitkan ke Akaun Pemegang Kad. |
|
|
|
| 6. |
|
Penebusan Flight Rewards ("FR") |
|
6.1 |
Hanya Pemegang Kad yang telahpun berdaftar dengan FR syarikat penerbangan yang mengambil bahagian sebelum penebusan dibuat dan memberikan nombor akaun FR masing-masing kepada pihak Bank semasa penebusan mata FR (Eg. MAS Enrich). |
|
6.2 |
Untuk mengelakkan keraguan, penukaran Mata Ganjaran kepada mata FR di dalam Program ini akan mengambil masa tidak kurang dari 42 hari untuk menyelesaikan penukaran bermula dari tarikh Borang Penebusan FR diterima dan Bank tidak dipertanggungjawabkan untuk melakukan pindahan secara manual. |
|
6.3 |
Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan pemprosesan dan pengkreditan mata FR di dalam akaun keahlian FR Pemegang Kad Prinsipal atau utama. |
|
6.4 |
Bank berhak untuk menarik-balik atau membatalkan penyertaan di dalam FR dan berhak untuk mengubah kadar tukaran untuk salah satu atau lebih FR tanpa sebarang notis kepada Pemegang Kad. |
|
6.5 |
Pemegang Kad adalah tertakluk kepada terma dan syarat FR syarikat penerbangan yang mengambil bahagian. |
|
6.6 |
Sekiranya pindahan Mata Ganjaran ke FR tidak berjaya atau ditolak, Bank tidak dipertanggungjawabkan untuk memberitahu Pemegang Kad, melakukan siasatan dan melakukan pindahan secara manual. |
|
6.7 |
Pertukaran dan pindahan Mata Ganjaran ke mata FR yang telah berjaya tidak boleh dikembalikan semula. |
|
|
|
| 7. |
|
Penghantaran Hadiah |
|
7.1 |
Semua Hadiah yang dibekalkan adalah tertakluk di bawah terma biasa perniagaan Prinsipal. Kecuali dinyatakan sebaliknya di bawah undang-undang, Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas kualiti atau kesesuaian barangan atau perkhidmatan atau sebarang kelewatan penghantaran. |
|
7.2 |
Pemegang Kad dikehendaki menyediakan alamat di Malaysia kepada Bank untuk tujuan penghantaran Hadiah. Penghantaran Hadiah tidak akan dibuat ke alamat yang menggunakan alamat Peti Surat. |
|
7.3 |
Penghantaran baucer atau barangan Hadiah dianggap telah dibuat sekiranya ia diserahkan ke alamat yang disediakan oleh Pemegang Kad di dalam borang permohonan penebusan. |
|
7.4 |
Penghantaran Hadiah ke luar Malaysia (negara lain) adalah tidak dibenarkan walaupun Pemegang Kad bersetuju untuk membayar caj penghantaran. |
|
7.5 |
Penghantaran sebarang dokumen eg. sijil dan/atau baucer Hadiah akan dibuat melalui perkhidmatan kiriman khas. Sekiranya Pemegang Kad tiada semasa penyerahan di alamat penghantaran, Pemegang Kad dikehendaki berhubung secara langsung dengan syarikat perkhidmatan kiriman khas untuk menetapkan urusan penghantaran seterusnya. |
|
7.6 |
Bank tidak bertanggungjawab untuk menggantikan sebarang sijil dan/atau baucer Hadiah yang hilang sekiranya Pemegang Kad gagal untuk mengambil sijil dan/atau baucer tersebut pada waktu yang telah ditetapkan sebagaimana dinyatakan pada "kad cubaan serahan". Pemegang Kad bertanggungjawab sepenuhnya untuk menghubungi syarikat perkhidmatan kiriman khas mengenai sebarang dokumen yang tidak diambil atau tidak dituntut. |
|
7.7 |
Bank akan menguruskan penghantaran Hadiah kepada Pemegang Kad dalam tempoh 21 hari bekerja (tanpa mengambil-kira sebarang kejadian di luar jangkaan) dari tarikh permohonan penebusan diterima oleh Bank. |
|
7.8 |
Pemegang Kad akan bertanggungjawab ke atas caj kiriman untuk sebarang perubahan arahan dan yuran tersebut akan di debit ke dalam Akaun Kad Pemegang Kad berhubung sebarang pertukaran alamat penghantaran. Sebarang pertukaran alamat penghantaran hanya akan dibenarkan sekiranya Hadiah belum dihantar kepada Pemegang Kad. |
|
7.9 |
Pemegang Kad atau penerima Hadiah dikehendaki menunjukkan dokumentasi pengenalan kepada kakitangan syarikat kiriman khas, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kakitangan kiriman khas menolak untuk membuat serahan dan akan mengembalikan Hadiah kepada Bank sebagai tidak dituntut. |
|
7.10 |
Penghantaran Hadiah dianggap telah dibuat berdasarkan pengesahan penerimaan Hadiah secara bertulis oleh penghuni di alamat penghantaran dan sekiranya alamat tersebut adalah alamat pejabat, oleh mana-mana kakitangan pejabat tersebut. Pengesahan tersebut akan dianggap sebagai pengesahan oleh Pemegang Kad. |
|
7.11 |
Sekiranya Pemegang Kad tidak menerima Hadiah yang ditebus selepas tempoh 21 hari berakhir dari tarikh borang penebusan, Pemegang Kad bertanggungjawab untuk memberitahu Bank tidak lewat dari 2 bulan selepas tarikh 21 hari, di mana Bank akan menguruskan penghantaran Hadiah kepada Pemegang Kad dengan syarat terdapat bukti bahawa tiada penghantaran oleh agen yang telah dilantik oleh Bank. Selepas tamat tempoh 2 bulan tersebut, Pemegang Kad dianggap telah mengesahkan dan menerima Hadiah tersebut dan Pemegang Kad tidak berhak untuk membuat tuntutan lanjutan kepada Bank. |
|
7.12 |
Mata Ganjaran yang ditolak untuk Hadiah tersebut akan dianggap telah dibatalkan dan lupus atas budi bicara Bank dan tidak akan dikembalikan. |
|
7.13 |
Hadiah yang telah diterima oleh Pemegang Kad atau wakilnya dalam keadaan baik tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukar. Pemegang Kad atau wakilnya adalah dinasihatkan agar memeriksa Hadiah(-hadiah) semasa menerimanya. Sekiranya hadiah(-hadiah) diterima dalam keadaan rosak atau pecah, Pemegang Kad hendaklah mengembalikan Hadiah tersebut dengan kos sendiri, dalam bungkusan dan bentuk asal Hadiah tersebut dalam masa 3 hari selepas Hadiah diterima oleh Pemegang Kad atau wakilnya untuk penggantian. Penggantian Hadiah adalah tidak dibenarkan sekiranya Pemegang Kad gagal mengembalikan Hadiah tersebut dalam masa 3 hari. |
|
7.14 |
Pemegang Kad memberi Kebenaran kepada Bank untuk mendebit Akaun Kad beliau untuk kos penghantaran penggantian. Jumlah didebit tidak boleh dirunding dan adalah muktamad. |
|
|
|
| 8. |
|
Penamatan |
|
8.1 |
Bank boleh menggantung atau menamatkan Program pada bila-bila masa yang dianggap perlu. Sekiranya ia berlaku, Bank akan memberi notis awal secara bertulis kepada Pemegang Kad Prinsipal dalam bentuk yang dianggap wajar. |
|
8.2 |
Penamatan Program akan berkuatkuasa pada tarikh yang dinyatakan di dalam notis. Pemegang Kad hendaklah menggunakan sebarang baki mata ganjaran dalam tempoh 30 hari dan tarikh penamatan. Semua baki mata ganjaran akan terbatal secara automatik selepas tempoh 30 hari berakhir. |
|
|
|
| 9. |
|
Am |
|
9.1 |
Katalog Program adalah sah untuk penebusan dari 1 Disember 2010 hingga 31 Disember 2012 selagi stok masih ada. |
|
9.2 |
Bank tidak bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan, kerugian, kos, perbelanjaan atau kerosakan dalam sebarang bentuk sekalipun yang diakibatkan oleh penebusan oleh Pemegang Kad sama ada untuk FR atau Hadiah. |
|
9.3 |
Pengumpulan Mata Ganjaran di dalam Program, atau penebusan Hadiah dan/atau termaksud pemindahan Mata Ganjaran ke mata FR syarikat penerbangan yang mengambil bahagian, dengan cara yang disyaki atau terbukti ada penipuan dan/atau disyaki atau terbukti melalui penyalahgunaan, boleh menyebabkan Mata Ganjaran terkumpul dilupuskan dan penyertaan Pemegang Kad di dalam Program dibatalkan. |
|
9.4 |
Sekiranya mana-mana Akaun(-akaun) Kad Pemegang Kad tidak mengekalkan rekod yang baik (tunggakan pembayaran atau melebihi had), penyertaan Pemegang Kad di dalam Program boleh dibatalkan atau Mata Ganjaran terakru di dalam Akaun Kad Pemegang Kad mungkin dilupuskan. Kegagalan untuk mematuhi terma dan syarat yang menguatkuasakan Program dan/atau Akaun Kad Pemegang Kad, boleh membatalkan penyertaan Pemegang Kad di dalam Program dan/atau melupuskan Mata Ganjaran terakru Pemegang Kad. |
|
9.5 |
Sekiranya Pemegang Kad membatalkan salah satu atau kesemua Akaun Kad prinsipal beliau dengan Bank, atau jika atas sebarang sebab, Bank membatalkan kesemua atau salah satu Akaun Kad prinsipal Pemegang Kad, Mata Ganjaran terakru untuk Akaun Kad prinsipal tersebut dan untuk semua Akaun Kad tambahan yang dikeluarkan di bawah Akaun Kad prinsipal tersebut akan dibatalkan dan dilupuskan, dan tidak boleh digunakan untuk penebusan Hadiah atau FR. |
|
9.6 |
Pemegang Kad memberi kebenaran kepada Bank untuk mendedahkan maklumat peribadai Pemegang Kad kepada Peniaga atau pihak ketiga yang mungkin dilantik oleh Bank untuk tujuan Program ini. |
|
9.7 |
Kesemua pertanyaan atau pertikaian mengenai kelayakan untuk Program atau kelayakan untuk mata diakru atau penebusan ganjaran termasuk pemindahan Mata Ganjaran ke FR syarikat penerbangan yang mengambil bahagian, akan ditentukan oleh Bank atas budi bicaranya, tanpa memberikan sebarang sebab atau pemberitahuan kepada Pemegang Kad. |
|
9.8 |
Sebarang prop, aksesori atau peralatan yang terdapat di dalam gambar bersama Hadiah adalah untuk tujuan hiasan sahaja dan bukanlah sebahagian daripada Hadiah yang boleh ditebus oleh Pemegang Kad. |
|
9.9 |
Bank berhak untuk membatalkan atau mengubah keseluruhan atau sebahagian daripada T&S Program pada bila-bila masa tanpa sebarang notis atau memberi sebarang sebab kepada Pemegang Kad. |
|
9.10 |
Kegagalan Bank untuk menguatkuasakan mana-mana terma atau syarat tertentu tidak bermakna terma dan syarat tersebut dikecualikan oleh Bank. |
|
9.11 |
T&S di dalam dokumen ini adalah tertakluk oleh dan dibuat berdasarkan undang-undang di Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk dipertanggungjawabkan di bawah bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|