Soalan Lazim - MortgagePlus

MortgagePlus

Q: Apakah Hong Leong MortgagePlus(HL MortgagePlus)?

A: Hong Leong MortgagePlus adalah produk gadai janji yang menggabungkan pinjaman bertempoh dengan kebebasan transaksi akaun semasa.

 

Q: Adakah ini bermakna saya perlu membuka dua jenis akaun untuk HL MortgagePlus?

A: Ya. Bagi setiap akaun HL MortgagePlus, anda hendaklah membuka / mengekalkan akaun berikut dengan HLB:-

  • akaun pinjaman HL MortgagePlus (pinjaman bertempoh)
  • akaun semasa bukan faedah yang dipautkan ke (I) di atas.

 

Q: Bagaimanakah Hong Leong MortgagePlus dikendalikan?

A: Hong Leong MortgagePlus menghubungkan akaun pinjaman anda terus ke akaun semasa MortgagePlus anda, di mana baki kredit dalam akaun semasa anda secara automatik akan membantu untuk memberikan lebih penjimatan ke atas faedah.

 

Q: Sila tunjukkan saya bagaimana faedah dikira dan perbezaan antara pinjaman berjangka konvensional dengan HL MortgagePlus?

A: Ilustrasi mudah

Berdasarkan andaian berikut: -

  • Baki pinjaman tertunggak: RM500,000 (debit)
  • Baki yang terdapat dalam akaun semasa: RM80,000 (kredit)
  • Kadar Faedah: 6.75% p.a.
  • Berdasarkan baki harian
  • Tiada perubahan kepada kedudukan pinjaman dan akaun semasa selama 30 hari (sebulan)

 

Pengiraan bagi Faedah untuk 30 hari: -

Jenis Konvensional

Hong Leong MortgagePlus

500,000 x 6.75% x 30/365

= RM2,773.97

(500,000 less 80,000) x 6.75% x 30/365

= RM2,330.13

 

Q: Berapa banyak penjimatan apabila membandingkan jenis pinjaman tradisional / konvensional dengan jenis HL MortgagePlus? Tunjukkan kepada saya.

A: Seperti ilustrasi di atas:-

Penjimatan faedah:

RM2,773.97 tolak RM2,330.13 = RM443.84 / sebulan

 

Q: Apakah manfaat utama Hong Leong MortgagePlus?

A: Penjimatan kos faedah - Dengan konsep pada (3) dan seperti ditunjukkan pada (4) di atas, setiap kali anda deposit atau menyimpan dalam akaun semasa, faedah pinjaman anda akan dikurangkan.

 

Keupayaan membayar pinjaman dengan lebih cepat- Dengan kos faedah lebih rendah yang perlu dibayar, tempoh pinjaman akan menjadi lebih pendek, sekali gus membolehkan anda memiliki rumah dengan lebih cepat.

Fleksibiliti- Buat bayaran tambahan dan keluarkan daripada akaun semasa anda apabila memerlukannya, tanpa perlu memohon atau bimbang tentang caj atau penalti yang tidak perlu.

Akses Mudah- Akses mudah ke dana dalam akaun semasa anda menerusi cawangan, buku cek, ATM dan perbankan Internet

Kemudahan- Menguruskan semua keperluan transaksi perbankan anda dan pada masa yang sama mengoptimumkan penjimatan faedah apabila anda menyatukan dana anda ke dalam satu akaun

 

Q: Selain daripada penjimatan kos faedah, apakah manfaat lain yang saya boleh dapat daripada HL MortgagePlus? Adakah tempoh pinjaman akan terjejas?

A: Apabila anda membayar faedah yang kurang untuk ansuran, lebih banyak prinsipal pinjaman anda akan dibayar.  Ini menyebabkan tempoh pinjaman anda lebih pendek.

 

Q: Adakah lebih baik untuk meletakkan simpanan saya dalam FD untuk mendapat faedah atau memindahkan amaun ke dalam akaun semasa MortgagePlus?

A: Dengan pinjaman HL MortgagePlus, anda akan menyimpan pada kadar yang lebih tinggi jika kadar yabng dikenakan pada pinjaman adalah lebih tinggi daripada kadar FD.

 

Sila lihat ilustrasi* di bawah:-

Pinjaman perumahan tradisional Hong Leong MortgagePlus

Housing loan RM500,000 x 6.75% p.a. = RM 33,750

Fixed deposit RM 80,000 x 3.70% p.a. = RM 2,960

 

Net annual interest payable = RM30,790

MortgagePlus account RM500,000

Current account bal account RM 80,000

Integrated bal for

Interest computation RM420,000

Net annual interest payable = RM420,000 x 6.75%

= RM28,350

 

Difference (annual interest payable) =

RM 30,790 - RM28,350 = RM2,440

(*Note: Above workings are for illustration purpose only.Workings are built on simple assumption of loan amt of RM500,000 calculated at loan rate of 6.75% while FD rate is on 3.70%)

 

Q: Siapakah yang layak memohon untuk HL MortgagePlus?

A:

  • Individu
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Syarat pendapatan: 3 kali pembayaran balik bulanan
  • Amaun pinjaman minimum RM100,000

 

Q: Bagaimana pula dengan pemilik tunggal, perkongsian &korporat? Bolehkah entiti ini memohon HL MortgagePlus?

A: Tidak boleh kerana MortgagePlus hanya untuk individu sahaja.

 

Q: Adakah saya akan diberikan  dua nombor akaun yang berlainan dan bagaimanakah saya membayar balik pinjaman?

A: Ya. Anda akan diberikan dua rujukan akaun yang berbeza. Satu untuk pinjaman MortgagePlus anda dan satu lagi untuk akaun semasa MortgagePlus.

Untuk membayar balik pinjaman, anda perlu mendaftar Arahan Tetap dalam akaun semasa anda untuk mengautomasikan pemindahan faedah / ansuran / fi penyelenggaraan daripada akaun semasa anda ke akaun pinjaman.

 

Q: Apakah amaun pembukaan awal saya untuk akaun semasa?

A: Amaun awal untuk membuka akaun adalah RM500.

 

Q: Adakah saya akan diberikan buku cek untuk akaun semasa?

A: Ya, anda akan diberikan buku cek.

 

Q: Bolehkah saya menggunakan akaun semasa sedia ada saya untuk HL MortgagePlus?

A: Ya, dengan syarat akaun semasa bukan jenis faedah serta tiada kemudahan yang sedia ada. ia boleh diubah menjadi akaun semasa jenis MortgagePlus

 

Q: Jika saya ada lebihan wang tunai dimasukkan ke dalam Simpanan atau FD saya, adakah amaun dikira untuk tujuan pengiraan faedah harian?

A: Tidak, pautan hanya untuk akaun semasa MortgagePlus yang ditentukan.

 

Q: Adakah saya perlu mengeluar dan memindahkan amaun Simpanan / FD ke dalam akaun semasa MortgagePlus saya untuk menikmati penjimatan ke atas faedah pinjaman saya jika saya mahu?

A: Ya, jika anda mahu memaksimumkan penjimatan faedah.

 

Q: Bilakah saya perlu membuka akaun HL MortgagePlus?

A: Apabila menerima Surat Tawaran.

Q: Bagaimanakah saya membayar balik pinjaman? Apakah caranya?

Dengan Arahan Tetap yang anda telah mendaftar untuk akaun semasa, pembayaran balik adalah secara automatik selagi anda terus mengekalkan dana yang mencukupi dalam akaun. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memiliki dana yang cukup dalam akaun semasa anda dan bergantung kepada situasi, anda mungkin dinasihatkan oleh HLB untuk membayar terus ke dalam akaun pinjaman MortgagePlus anda.

Pembayaran tanpa masalah yang lain adalah melalui:

·         MEPS IBG/Perbankan Internet (sebagai contoh www.hongleongconnect.my)

Kaedah pembayaran alternatif:

·         Pindahan ATM ke akaun pinjaman anda

·         Masukkan wang ke akaun pinjaman anda melalui Mesin Deposit Tunai

·         Deposit cek melalui Mesin Deposit Cek*

·         Membuat bayaran di cawangan yang berhampiran*

* Penting: Mulai 2 Jan 2015, fi pemprosesan sebanyak RM0.50 akan dikenakan bagi setiap cek yang dikeluarkan

 

Q: Apakah amaun pinjaman minimum yang dibenarkan untuk MortgagePlus?

A: RM100,000.

 

Q: Adakah HL MortgagePlus untuk pembiayaan hartanah sedang dibina atau yang telah siap atau KEDUA-DUA jenis?

A: Terpakai untuk hartanah kediaman dan bukan kediaman yang dibina atau telah siap.

 

Q: Apakah jenis Penyata yang saya akan terima?

A: Dua penyata yang berbeza iaitu penyata bulanan aakaun semasa MortgagePlus dan penyata pinjaman setengah tahun untuk akaun pinjaman MortgagePlus .

 

Q; Bolehkah saya menukar akaun pinjaman perumahan daripada bank lain dengan HLB?

A: Boleh.

 

Q: Jika saya mempunyai pinjaman perumahan sedia ada (bukan HL MortgagePlus), bolehkah saya memohon HL MortgagePlus untuk pembelian hartanah saya yang seterusnya?

A: Boleh, dengan syarat terma pembiayaan anda memenuhi kriteria HLB.

 

Q: Jika berminat, di manakah saya boleh memohon HL MortgagePlus?

A: Anda boleh mengunjungi cawangan Hong Leong Bank yang terdekat atau hubungi Pusat Panggilan kami untuk bercakap dengan Pegawai Perhubungan Pelanggan kami di talian 1-800-38-8888. Anda juga boleh memohon secara dalam talian melalui www.hlb.com.my.

 

Q: Apakah dokumen yang perlu ditandatangani?

A: Mengikut amalan biasa seperti borang permohonan, Surat Tawaran, Perjanjian Kemudahan dan sebagainya.

 

Q: Bolehkah saya menggunakan MortgagePlus untuk membiayai pembelian tanah banglo atau tanah?

A: Tidak boleh.

 

Q: Adakah akaun semasa MortgagePlus tertakluk kepada garis panduan DCHEQS?

A: Ya, akaun semasa pelanggan akan ditutup jika mereka melakukan 3x kesalahan cek tendang.

 

Q: Apa yang berlaku apabila akaun semasa MortgagePlus ditutup kerana sebab yang dinyatakan dalam S.27?

A: Apabila akaun ditutup, pelanggan tidak akan menikmati manfaat kepada integrasi baki seperti yang dinyatakan dalam S3 di atas.

 

Q: Apakah "MANFAAT" lain HL MortgagePlus?

A: HL MortgagePlus menyediakan: -

  • Simpanan
  • Fleksibiliti
  • Kadar Menarik
  • Kemudahan

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.