English | Bahasa Malaysia
 

Piagam e-Perbankan

Untuk Perkhidmatan Perbankan Internet/Elektronik Perniagaan Hong Leong 

Operasi Keselamatan
Keselamatan adalah keutamaan kami. Oleh itu, adalah menjadi komitmen kami untuk memastikan operasi perkhidmatan perbankan internet/elektronik perniagaan anda sentiasa selamat, dengan mengatur langkah keselamatan menyeluruh yang kerap diuji oleh beberapa buah organisasi bebas/pakar industri, seperti (tetapi tidak terhad kepada) enkripsi data "256-bit Secure Sockets Layer" (SSL), dinding api dan pengesahan pelayan untuk melindungi keselamatan maklumat dan transaksi anda. Anda hanya dibenarkan mendaftar masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang sah.

Kerahsiaan Data Peribadi Anda
Kami sedia maklum tentang kebimbangan pelanggan berkenaan bagaimana kami mengendalikan maklumat perniagaan dan kewangan mereka. Kami mengekalkan standard keselamatan yang tinggi dalam memastikan tiada akses tanpa kebenaran kepada sebarang maklumat pelanggan kami. 

Perkhidmatan Bermutu dan Dipercayai
Komitmen kami adalah mengutamakan kepentingan pelanggan sepanjang masa. Semua staf yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan perbankan internet adalah terlatih dan berkemahiran dalam menangani sebarang isu keselamatan dan privasi sekiranya pelanggan kami menghadapi situasi sedemikian.

Ketelusan Produk dan Perkhidmatan
Kami sentiasa komited untuk memastikan sebarang pendedahan maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan kami adalah  tepat. Oleh itu, kami tidak akan terlibat dalam sebarang penipuan, mengelirukan atau memalsukan berhubung dengan segala maklumat produk dan perkhidmatan yang disediakan.

Ketepatan Maklumat Pelanggan
Langkah yang sewajarnya akan diambil untuk memastikan data pelanggan adalah betul dan tepat. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa mana-mana maklumat yang ada pada kami adalah tidak tepat, tidak lengkap atau masih belum dikemaskinikan, sila maklumkan kepada kami secara bertulis dan hantarkannya melalui pos atau secara langsung. Pengemaskinian maklumat juga boleh dilakukan melalui laman web, dengan melengkapkan laman skrin tertentu di mana kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan maklumat tersebut adalah tepat, lengkap dan terkini.

Tips Keselamatan
Anda memainkan peranan utama dalam menjaga keselamatan sendiri. Dengan itu, anda perlu lebih berwaspada dalam memastikan kerahsiaan data keselamatan anda (ID pengguna dan kata laluan ) pada sepanjang masa. Untuk menjaga keselamatan dalam talian, kami dengan ini berharap dapat membantu anda dengan berkongsi tips ini bagi mengelak daripada menjadi mangsa kecurian atau penipuan dalam talian. Sila rujuk Tips Keselamatan Dalam Talian untuk butiran lanjut mengenai cara memastikan akaun anda kekal selamat.

Maklum Balas Segera kepada Pertanyaan dan Aduan
Kami komited dalam menyediakan anda tahap perkhidmatan paling tinggi dan kami menerima cadangan, ulasan, maklum balas, pertanyaan atau aduan anda berkaitan produk dan perkhidmatan kami dengan tangan yang terbuka. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memastikan tindakan yang selanjutnya diambil bagi menyelesaikan permintaan anda dengan segera.

Kami boleh dihubungi melalui e-mel di cmp@hlbb.hongleong.com.my atau anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Hong Leong di talian +603-7661 7777.