BNM Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)
Kami amat berbesar hati mengumumkan penyertaan kami dalam BNM Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terlibat dalam sektor berkaitan pelancongan untuk mengembangkan perniagaan dan pelaburan mereka.
Ciri-Ciri Utama | |
---|---|
Nama Skim |
BNM Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) |
Kelayakan |
(a) Pembiayaan ini terbuka untuk PKS Malaysia dalam sebarang sektor atau aktiviti berkaitan pelancongan, dan/atau PKS yang dilesenkan oleh/berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) layak memohon Kemudahan PTF.
(b) Sektor atau aktiviti pelancongan yang layak termasuk tetapi tidak terhad kepada sektor atau aktiviti yang tersenarai dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030: (i) Ekopelancongan; (ii) Pelancongan pengembaraan; (iii) Pelancongan belia; (iv) Pelancongan sukan; (v) Pelancongan budaya dan warisan; (vi) Pelancongan berasaskan komuniti; (vii) Pelancongan pulau; (viii) Pelancongan pantai; (ix) Pelancongan bandar; (x) Pelancongan membeli-belah; (xi) Pelancongan perubatan dan kesihatan; (xii) Pelancongan ekosistem mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (Meeting, incentives, conventions and exhibitions, MICE); (xiii) Pelancongan rentas sempadan; (xiv) Pelancongan desa/agro; (xv) Pelancongan kapal persiaran; (xvi) Pelancongan minat khas; dan (xvii) Pelancongan mesra Muslim.
(c) Sektor pelancongan atau aktiviti yang disebut di atas hanya terpakai sebagai rujukan yang tidak menyeluruh dan adalah tepat setakat tarikh penerbitan. Sila rujuk dokumen Dasar Pelancongan Nasional yang diterbitkan oleh MOTAC untuk maklumat terkini. |
Tujuan Pembiayaan |
(a) Pembiayaan yang diperolehi akan digunakan untuk: (i) Modal kerja; dan/atau (ii) Perbelanjaan modal
(b) Pembiayaan tidak boleh digunakan untuk aktiviti berikut: (i) Pembiayaan semula kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada; (ii) Pembelian saham; (iii) Pembelian tanah/hartanah untuk pelaburan (iaitu, bukan untuk kegunaan perniagaan atau menjana pendapatan dari aktiviti pelancongan); (iv) Pembangunan hartanah (iaitu, merancang, membina dan mengurus hartanah dengan tujuan menjual atau menyewa hartanah yang dibangunkan); (v) Pelaburan oleh syarikat pegangan pelaburan; (vi) Aktiviti di mana stok dagangan adalah wang (termasuk kredit, penyewaan, pemfaktoran dan perniagaan insurans); (vii) Perjudian, alkohol, tembakau atau aktiviti/produk lain yang sama; dan (viii) Aktiviti yang tidak mematuhi Syariah (terguna pakai untuk pembiayaan Islam sahaja). |
Kadar Pembiayaan |
(a) Untuk pembiayaan yang diluluskan pada atau sebelum 31 Disember 2025, kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun, termasuk yuran jaminan. (b) Untuk pembiayaan yang diluluskan selepas 31 Disember 2025, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menilai dan memaklumkan sebarang perubahan pada kadar pembiayaan berdasarkan keadaan pasaran semasa. |
Jumlah Pembiayaan |
Sehingga RM500,000 bagi setiap PKS, termasuk perusahaan mikro |
Tempoh Pembiayaan |
Sehingga 7 tahun |
Nota: Kelulusan muktamad pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh pihak Bank.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan Saya Berminat dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.
Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.