Hong Leong Bank - Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

Akses untuk memasuki atau menggunakan laman web ini tertakluk pada syarat-syarat berikut. Dengan mengakses dan terus menggunakan laman web ini, anda bersetuju untuk terikat dengan syarat-syarat ini yang boleh dikemaskinikan oleh kami dari semasa ke semasa tanpa notis. Jika anda tidak setuju dengan apa-apa syarat ini, sila jangan guna atau layari laman web atau mana-mana lamannya. Sekiranya anda terus mengakses atau menggunakan laman web dan/atau perkhidmatan yang disediakan di sini selepas dikemaskinikan oleh kami akan dianggap sebagai penerimaan dan persetujuan anda untuk terikat dengan syarat-syarat yang telah dikemaskinikan.

Maklumat yang disediakan dalam laman web ini bukan untuk tujuan pengagihan, atau digunakan oleh mana-mana orang atau entiti dalam mana-mana bidang kuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaan tersebut bertentangan dengan undang-undang atau peraturan atau yang akan menyebabkan Hong Leong Bank Berhad atau subsidiari atau sekutunya tertakluk pada sebarang keperluan pendaftaran dalam bidang kuasa atau negara tersebut.

 

Maklumat dan bahan yang terkandung di laman web ini tidak boleh diertikan sebagai satu permintaan atau penawaran oleh Hong Leong Bank Berhad untuk membeli atau menjual mana-mana produk, perkhidmatan, sekuriti, niaga hadapan, opsyen, instrumen kewangan lain, dan juga tidak bermaksud untuk memberikan sebarang nasihat pelaburan atau kewangan atau jemputan untuk mengikat sebarang kontrak atau perkiraan mengikut undang-undang.

 

Produk dan perkhidmatan yang dinyatakan di laman web ini disediakan hanya untuk penduduk Malaysia sahaja.

MAKLUMAT PADA LAMAN WEB INI DISEDIAKAN SECARA "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN HONG LEONG BANK BERHAD MAHUPUN PARA PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA ATAU AGENNYA SECARA TERSURAT ATAU TERSIRAT TIDAK MENJAMIN KETEPATAN, KECUKUPAN ATAU KELENGKAPAN MAKLUMAT YANG TERKANDUNG ATAU MAKLUMAT ATAU MANA-MANA BAHAGIAN MAKLUMAT BERSESUAIAN UNTUK ANDA, ATAU KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU.

 

HONG LEONG BANK BERHAD TIDAK MENGANGGAP BANK MAHUPUN PARA PENGARAH, PEGAWAI, PEKERJA ATAU AGENNYA SEBAGAI MENASIHATI ANDA BERHUBUNG DENGAN MANA-MANA MAKLUMAT PADA LAMAN WEB INI. ANDA PERLU MENDAPATKAN NASIHAT PROFESIONAL PADA SEPANJANG MASA DAN MEMPEROLEH PENGESAHAN MAKLUMAT DAN BAHAN YANG TERKANDUNG DI SINI SECARA BEBAS SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN BERDASARKAN MANA-MANA MAKLUMAT ATAU BAHAN TERSEBUT.

 

Maklumat yang dipaparkan di laman web ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa dan pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad tiada kewajipan untuk mengemas kini maklumat di laman web ini untuk menggambarkan perubahan keadaan di mana maklumat akan berbeza daripada maklumat yang disiarkan sebelum ini.

 

Dalam keadaan apa pun Hong Leong Bank tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul, sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian atau sebaliknya yang berkaitan dengan akses atau penggunaan laman web ini oleh anda, atau bergantung pada sebarang maklumat, bahan atau perkhidmatan yang disediakan di laman web ini.

Pautan ke laman web luaran

Sekiranya anda meninggalkan laman ini melalui pautan yang terkandung di laman web ini ke laman-laman web yang tidak dimiliki atau dikendalikan oleh Hong Leong Bank Berhad, anda melakukannya atas risiko anda sendiri. Hong Leong Bank Berhad tidak mengawal laman web yang dipautkan tersebut dan oleh itu tidak akan bertanggungjawab dan tidak membuat sebarang jaminan berhubung kandungan laman web yang dipautkan, mana-mana pihak ketiga yang disebut di dalamnya atau produk atau perkhidmatan mereka. Hong Leong Bank Berhad tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau kerugian yang timbul daripada akses anda ke dan/atau penggunaan laman web yang dipautkan tersebut.

 

Selain itu, pautan yang disediakan pada laman ini ke laman web lain tidak boleh dianggap sebagai sokongan atau pengesahan atau kelulusan kepada laman web yang dipaut atau kandungan yang terdapat di dalamnya. Anda dinasihatkan membaca kenyataan dasar privasi (jika ada) bagi mana-mana laman web yang dipautkan tersebut.

 

Pautan ke laman ini dari laman web pihak ketiga

Pautan dalam apa-apa bentuk daripada laman web pihak ketiga ke laman ini hanya boleh dicipta dengan kebenaran secara bertulis daripada Hong leong bank Berhad terlebih dahulu. Sebarang penggunaan atau paparan apa-apa logo, nama perniagaan, tanda niaga, kandungan web atau bahan Hong Leong Bank dalam apa jua bentuk adalah tidak dibenarkan kecuali dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Hong Leong Bank Berhad.

 

Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Hong Leong Bank Berhad todak bertanggungjawab untuk menyediakan sebarang hiperpautan daripada laman web pihak ketiga ke laman ini dan kemunculan pautan di laman web luaran ke laman ini tidak bermakna bahawa pautan tersebut telah diberi kebenaran oleh HLB mahupun menjadi sebarang bentuk kerjasama dengan atau sokongan oleh Hong Leong Bank Berhad terhadap laman web pihak ketiga tersebut ataupun kandungannya. 

Hong Leong Bank Berhad memiliki semua hak dalam laman web ini dan semua komponen yang terkandung termasuk tanpa had, semua teks, maklumat, bahan, struktur, urutan dan susunan laman dan skrin. Tiada bahagian daripada laman web ini yang boleh disalin, dihasilkan semula, dimuat naik, disiarkan, dihantar, diagihkan dalam sebarang bentuk atau cara (termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya) atau melalui sebarang kaedah (termasuk disimpan di dalam mana-mana sistem dapatan semula dalam sebarang bentuk) tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Hong Leong Bank Berhad. Pengubahsuaian laman web ini atau mana-mana bahagiannya atau penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam laman ini untuk sebarang tujuan adalah melanggar undang-undang hak cipta dan hak ketuanpunyaan yang lain. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam laman ini pada mana-mana laman web lain atau persekitaran rangkaian komputer adalah dilarang.

Terma dan syarat ini ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia, walau apa pun sebarang prinsip konflik undang-undang.

 

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.