HLB BNM Kemudahan Agromakanan (AF)

HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Skim BNM >
  • BNM Kemudahan Agromakanan (AF)
BNM Kemudahan Agromakanan (AF)

BNM Kemudahan Agromakanan (AF)

Apply Now
Saya Berminat

 

BNM Kemudahan Agromakanan (AF)

BNM Kemudahan Agromakanan (AF) ialah skim pembiayaan oleh BNM untuk menyediakan akses pembiayaan kepada PKS untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan negara dan untuk eksport melalui penyediaan pembiayaan pada kadar yang berpatutan, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2 bilion. Ini termasuk pembiayaan projek yang berdaya maju yang melibatkan pengeluaran makanan pertanian utama (upstream), pemprosesan/pengilangan agromakanan, atau aktiviti hiliran makanan yang lain.

Ciri-Ciri Utama

Skim

BNM Kemudahan Agromakanan (AF)

Objektif

Menyediakan akses pembiayaan kepada PKS untuk meningkatkan pengeluaran agromakanan negara dan untuk eksport.

Kriteria Kelayakan
PKS¹ Malaysia yang memenuhi kriteria berikut:
 
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa/pejabat daerah di Sabah and Sarawak atau badan pentauliahan bagi penyedia perkhidmatan professional.

  • Saham PKS yang dimiliki Syarikat Awam Tersenarai dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) tidak melebihi 20%.

  • Warganegara Malaysia bermastautin di Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% dalam PKS tersebut
     

¹* Berdasarkan definisi PKS yang diluluskan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan (MPUPK)  https://www.smecorp.gov.my/images/pdf/2022/Garis_Panduan_bagi_Definisi_PKS_Dikemaskini_Sept_2020_Akhir.pdf

Tujuan Pembiayaan
  • Perbelanjaan modal

  • Modal kerja

  • Pembangunan projek agromakanan


Aktiviti yang layak ialah projek yang berdaya maju melibatkan pengeluaran makanan pertanian utama (upstream), pemprosesan/ pengilangan agromakanan, atau aktiviti hiliran makanan yang lain. Separuh daripada jumlah pengeluaran dijual di pasaran tempatan, dan menyokong pengeluaran makanan/pertanian utama tempatan.
 

(Tidak boleh digunakan untuk membiayai semula pembiayaan sedia ada)

Tempoh Pembiayaan Maksimum

Sehingga 8 tahun

Jumlah Pembiayaan Maksimum

Sehingga RM5 juta

Kadar Pembiayaan

Sehingga 3.75% setahun (termasuk sebarang fi jaminan)

Jaminan

Skim jaminan dari Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) / Credit Guarantee Corporation (CGC)

Nota: Kelulusan muktamad pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh pihak Bank.  


Untuk maklumat lanjut, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan “Saya Berminat” dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.
 

Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.

Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung