Program Penangguhan Pinjaman / Pembiayaan HLB / HLISB

Ciri-ciri utama Program ini

  • Menawarkan penangguhan 6 bulan secara automatik ke atas pembayaran balik pinjaman / pembiayaan dari 1 April 2020
  • Tersedia untuk semua PKS (seperti yang dimaksudkan BNM) dengan pinjaman/pembiayaan tanpa tunggakan melebihi 90 hari
  • Hanya untuk pinjaman / pembiayaan dalam Ringgit Malaysia
  • Pelanggan HLB didaftarkan secara automatik untuk program ini kecuali mereka memilih untuk tidak mengikutinya

 

Pelanggan korporat/bukan PKS boleh memohon penjadualan semula & penstrukturan semula pinjaman melalui Pengurus Perhubungan mereka dan akan dinilai berdasarkan kes demi kes.

 

Jika anda tidak pasti tentang kelayakan anda untuk Program ini atau inginkan pertanyaan lanjut, sila rujuk Soalan Lazim atau anda boleh hubungi Pusat Panggilan HLB di talian 03 7626 8899 atau Pengurus Perniagaan Komuniti atau Pengurus Perhubungan anda. Selain itu, anda juga boleh emelkan ke sme@hlbb.hongleong.com.my

 

 

Kemudahan Bantuan Khas Bank Negara Malaysia

HLB dan BNM juga menyediakan Kemudahan Bantuan Khas untuk menyokong PKS mengharungi saat mencabar ini.

Ciri-ciri Utama

Panduan

Nama Skim

Kemudahan Bantuan Khas – COVID-19 BNM

(mulai 6 Mac 2020)

Kelayakan

  • PKS Malaysia yang terjejas akibat COVID-19
  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pejabat kuasa/daerah di Sabah dan Sarawak atau  badan undang-undang untuk pembekal perkhidmatan profesional;
  • Rakyat Malaysia yang tinggal di sini dengan minimum 51% pegangan saham dalam PKS;
  • Perniagaan pemegang saham oleh Syarikat Disenarai Awam dan Syarikat Pautan Kerajaan (jika ada) dalam PKS tidak harus melebihi 20%.

1 PKS seperti yang dimaksudkan oleh BNM dan SME Corp Malaysia

Tujuan Pembiayaan

Modal Kerja

Nota: Pembiayaan ini tidak boleh digunakan sebagai pembiayaan semula untuk kemudahan kredit/pembiayaan sedia ada.

Kadar Pembiayaan

Sehingga 3.50% setahun (termasuk fi jaminan sebanyak 0.5% setahun)

Had Pembiayaan

  • Maksimum RM1 juta setiap PKS, termasuk pembiayaan pada syarikat berkaitan yang mempunyai pemegang saham sama*.
  • PKS yang mempunyai pemegang saham yang sama kini tertakluk kepada had pembiayaan  maksima yang berasingan di bawah naugan Tabung BNM untuk PKS, sekiranya PKS tersebut mempunyai tenaga kerja yang berbeza
  • Permohonan  untuk pembiayaan Kemudahan Bantuan Khas BNM tidak tertakluk kepada had pembiayaan agregat bejumlah RM5 juta bagi setiap PKS di bawah naungan Tabung BNM untuk PKS.

Jaminan Perlindungan

Sehingga 80% perlindungan jaminan daripada CGC / SJPP

Jenis Kemudahan

Terma Pinjaman

Tempoh Maksimum Pembiayaan

Sehingga 5.5 tahun dari tarikh surutan pertama (termasuk tempoh moratorium selama 6 bulan untuk pembayaran kedua-dua –wang pokok dan faedah/keuntungan)

Cagaran

Tiada cagaran diperlukan daripada PKS untuk Kemudahan ini

Tempoh Penyediaan Kemudahaan

6 Mac 2020 hingga 31 Dis 2020

Dokumen Diperlukan

●        Penyata bank 6 bulan

●        Dokumen pendaftaran perniagaan

●        Salinan KP pengarah / rakan niaga / pemegang saham

*Nota: Had kelulusan pinjaman terakhir untuk semua permohonan adalah tertakluk pada kelulusan BNM.