Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Perbankan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) >
  • Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)
Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

Apply Now
Saya berminat

 

Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

 

Kami dengan bangga mengumumkan penyertaan kami dalam Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (Targeted Relief and Recovery, TRRF), untuk menyediakan bantuan dan sokongan pemulihan untuk Perniagaan Kecil and Sederhana (PKS) dalam sektor perkhidmatan yang terjejas berikutan pelaksanaan langkah-langkah pembendungan COVID-19 sejak bulan Jun 2020.

Ciri- Ciri Utama
Skim

 

Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF)

(bermula dari  1 Disember 2020)

 

Kriteria Kelayakan

 

  • PKS Malaysia* dengan sekurang- kurangnya 51% saham dimiliki oleh rakyat Malaysia dan telah beroperasi sekurang- kurangnya 2 tahun; 
  • Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), pejabat berkuasa / daerah di Sabah dan Sarawak atau badan berkanun untuk penyedia perkhidmatan profesional;
  • PKS dalam sektor berikut yang terjejas berikutan perlaksanaan Langkah-langkah pembendungan  COVID- 19 sejak Jun 2020 :

 

  a) Sektor perkhidmatan (kecuali sector pelancongan dan subsektor berkaitan dengan pelancongan) seperti:

      i) Perkhidmatan peribadi (contoh: membaiki komputer/ barangan isi rumah, dobi, dandanan rambut, kecantikan)

      ii) Aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman

      iii) Aktiviti kesihatan manusia dan kerja sosial

      iv) Seni, hiburan dan rekreasi

      v) Perdagangan borong dan runcit

      vi) Perkhidmatan perniagaan (contoh: aktiviti profesional, saintifik dan teknikal, pentadbiran dan aktiviti perkhidmatan sokongan)

 

  b) Sektor bukan perkhidmatan

      PKS di negeri yang berada dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan masih tidak dibenarkan beroperasi dalam Fasa 2**

 

  • Penerima Kemudahan Bantuan Khas (Special Relief Facility, SRF) dan Pembiayaan PKS PENJANA (PENJANA SME Financing, PSF) layak untuk memohon TRRF sehingga had agregat sebanyak RM500,000 bagi setiap PKS.

 

Nota:

*Berdasarkan definisi SME mengikut SME Corp Malaysia  www.smecorp.gov.my

** Senarai sektor bukan perkhidmatan yang tidak dibenarkan beroperasi dalam Fasa 2 mengikut prosedur operasi standard terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

 

Tujuan Pembiayaan

 

  • Modal kerja
  • Pembiayaan semula (sehingga 30% daripada pembiayaan yang diluluskan) 

 

Nota: Pembiayaan perniagaan sedia ada di bawah Dana BNM untuk PKS tidak boleh dibiayai semula.

 

Kadar Faedah Pembiayaan

 

  • Sehingga 3.50% setahun termasuk yuran jaminan

 

Had Pembiayaan

 

  • PKS: Sehingga RM 500,000 bagi setiap PKS
  • Perusahaan mikro: Sehingga RM 75,000 bagi setiap perusahaan mikro

 

Nota: Had pembiayaan yang dinyatakan di atas akan dikenakan ke atas PKS yang mempunyai pemegang saham bersama yang setara atau lebih daripada 20%. Had pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada kelulusan BNM, penilaian kredit oleh Bank dan jaminan Credit Guarantee Corporation (CGC) / Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

 

Jenis Kemudahan

 

  • Pinjaman Berjangka

 

Tempoh Pembiayaan

 

  • Sehingga 7 tahun termasuk tempoh moratorium sekurang- kurangnya selama 6 bulan.
  • Faedah akan dikenakan selama 6 bulan tempoh penangguhan moratorium / pembayaran balik dan disebarkan dalam tempoh pembayaran balik 6.5 tahun

 

Perlindungan Jaminan*

 

  • PKS: Sehingga 80%
  • Perusahaan mikro: Sehingga 90%

 

*Perlindungan jaminan boleh diperolehi dari Credit Guarantee Corporation (CGC) / Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

 

Cagaran

 

  • Tiada cagaran diperlukan.

Tempoh Tamat Permohonan

 

  • Sehingga 30 Jun 2022 atau setelah habis dana (mana yang lebih awal)

 

Dokumen yang Diperlukan

 

 

1) Dokumen pendaftaran perniagaan

2) Penyata bank minimum 6 bulan

3) Penyata kewangan (diaudit dan / atau pengurusan)

4) Salinan IC pengarah / rakan kongsi / pemegang saham

 

Nota: Kelulusan muktamad pembiayaan adalah berdasarkan penilaian kredit oleh pihak Bank.   

Pelanggan PKS yang berminat boleh memohon skim pembiayaan ini melalui Pengurus Perhubungan PKS kami.

Sebagai alternatif, anda boleh memberikan maklumat perniagaan anda melalui butang pautan “Saya Berminat” dan Pengurus Perhubungan PKS kami akan menghubungi anda.

Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung