HLB Jumpstart | Hong Leong Bank Malaysia

Apakah HLB Jumpstart?

HLB Jumpstart adalah platform CSR kami yang menyokong keperluan perusahaan sosial bagi membolehkan mereka terus kekal dan memberikan impak kepada masyarakat.

Dengan barisan pakar dan rakan dalam bidang-bidang seperti kewangan, penjenamaan dan periklanan, rekaan serta sukarelawan, kami bukan sekadar ingin membantu, malah juga turut serta dalam pengembaraan mereka.

HLB Jumpstart

Apakah Perusahaan Sosial?

Perusahaan sosial merupakan perniagaan yang menyelesaikan isu-isu sosial. Mereka tidak mengharapkan sumbangan atau derma. Sebaliknya, mereka menjana pendapatan sendiri dengan menjual barangan atau perkhidmatan untuk menyara hidup dan membantu orang lain.

What are Social Enterprises?

Kerja Bersama SURI

SURI telah bekerja bersama kami untuk kembangkan impak sosial mereka.

Kami bantu mereka menerusi alatan kewangan kami seperti pengurusan inventori dan telah kemaskini kemampuan kad kredit ke dalam sistem mereka. Kami juga memperkenalkan Tarik Jeans dan Naga DDB Tribal untuk memberi nafas baru dalam produk dan jenama mereka.

Kami berharap SURI terus mekar di masa depan dan kami bangga kami dapat menjadi sebahagian daripada usaha ini.

Kami ingin bekerja dengan lebih banyak Perusahaan Sosial!

Hubungi kami kalau anda kenal Perusahaan Sosial yang memerlukan sokongan.