HLB Kelestarian Pelaburan Komuniti

Pelaburan Komuniti

Sebagai sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab sosial, kami menyedari akan tanggungjawab yang perlu kami laksanakan untuk membawa perubahan positif kepada komuniti di mana kami beroperasi. Pendekatan bersasar kami memberi tumpuan kepada membentuk perkongsian dengan perusahaan sosial yang menjanjikan untuk memacu pembangunan komuniti. Kami berhasrat menyediakan kepakaran kami untuk terus membangunkan platform mereka untuk menggalakkan pembangunan sosio-ekonomi yang lebih besar dalam kumpulan masyarakat yang ingin diperkasakan.

 

Tema Pelaburan Komuniti kami dipacu oleh Topik Material berikut:

Membina Komuniti


Membina Komuniti

Menyokong komuniti tempatan melalui inisiatif yang memupuk keusahawanan sosial dan melaksanakan program jangkauan sosial yang menyediakan akses kepada pendidikan dan kebajikan kewangan, di samping memperkasakan komuniti dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang diperlukan untuk menjamin pembangunan ekonomi dan meningkatkan kualiti kehidupan mereka, mewujudkan kesan sosial yang positif untuk tempoh jangka panjang.

Literasi Kewangan


Literasi Kewangan

Meningkatkan pemahaman mengenai perkhidmatan kewangan, termasuk kewangan Islam melalui perkongsian pengetahuan dan program literasi kewangan yang bertujuan untuk memacu keinklusifan dengan membantu dan memperkasakan komuniti bagi mencapai matlamat kewangan.

 

Beberapa inisiatif kami untuk memacu tema Pelaburan Komuniti kami :

 

HLB Jumpstart

 

HLB Jumpstart adalah platform CSR kami yang memberikan perusahaan sosial sokongan yang mereka perlukan untuk kekal mampan dan terus memberi impak.

 

Ketahui lebih lanjut tentang HLB Jumpstart

 

DuitSmart

 

DuitSmart adalah platform inisiatif kami, yang diwujudkan untuk menjadikan maklumat kewangan lebih ringkas dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

 

Ketahui lebih lanjut tentang DuitSmart

 

Yayasan Hong Leong

 

Yayasan Hong Leong adalah sebuah yayasan korporat yang dibiayai oleh sumbangan daripada syarikat-syarikat Kumpulan Hong Leong.

 

Klik di sini untuk ke laman web Yayasan Hong Leong

Untuk pertanyaan, hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.