Anda mungkin menyukai
Ciri & Manfaat
Tanpa Cukai Perkhidmatan Kerajaan (GST) RM50
Kad Zing Debit tidak akan dicaj GST RM50.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Fungsi Tambah Nilai Automatik
Tambah nilai auto RM50 apabila baki kurang daripada RM50.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Pratambah sebanyak RM50
Pratambah sebanyak RM50. Didebitkan daripada Akaun Pembelian Runcit Kad Debit selepas Kad Zing Debit dikeluarkan.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Dipautkan kepada Kad Debit Hong Leong
Tawaran hanya untuk Pemegang Kad Debit Hong Leong sahaja. Sejumlah RM100 akan diperuntukkan dalam Akaun Pembelian Runcit Kad Debit.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Penggunaan Lain
Boleh digunakan untuk pengangkutan awam, tempat letak kereta, outlet saudagar Touch ’n Go, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.
Maklumat Lanjut
Kurang Butiran
Penerangan Fi & Caj |
Fi & Caj* |
---|---|
Fi Pengeluaran |
RM10.00 setiap kad |
Fi Penggantian (Bagi Kad Zing Hilang/ Dicuri/ Rosak) |
RM10.00 setiap kad |
Fi Pembaharuan |
RM10.00 setiap kad |
Fi Tambah Nilai Auto |
RM0.50 setiap tambah nilai |
PFi Pemprosesan atas Pemulangan Nilai Belum Guna |
RM5.00 setiap permohonan |
Fi Penyenggaraan (Setiap 6 bulan sekali) |
RM5.00 |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
S: Apakah Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?
J: Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong adalah Kad Touch ‘n Go dengan ciri tambah nilai automatik yang dipautkan kepada Akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong melalui Kad Debit Hong Leong iaitu Akaun Pembelian Runcit Kad Debit. Setiap kali baki Kad Zing Debit anda jatuh di bawah RM50, ia secara automatik akan ditambah nilai sebanyak RM50 dan amaun ini akan didebitkan dari Akaun Pembelian Runcit Kad Debit anda.
S: Apakah tempoh sah Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?
J: Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong mempunyai anggaran jangka hayat 64,000 transaksi atau bersamaan 10 tahun bagi pengguna aktif. Pembaharuan kad perlu dilakukan sebelum tarikh tamat yang dicatatkan pada kad. Sebulan sebelum pembaharuan, HLB akan menghantar surat bersama dengan Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong yang BAHARU kepada anda.
Permohonan Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong
S: Bagaimanakah cara memohon Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?
J: Kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank berhampiran anda. Bawa bersama MyKad anda untuk pengesahan dan buka Akaun Semasa atau Simpanan dan dapatkan Kad Debit dengan serta-merta. Anda secara automatik layak untuk memohon Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong.
S: Berapa lamakah masa untuk menerima Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?
J: Anda akan dapat Kad Zing Debit Touch ’n Go Hong Leong melalui pos dalam masa 30 hari selepas menyerahkan permohonan anda.
Melapor Kad Hilang
S: Apakah yang perlu saya lakukan jika Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong saya hilang atau dicuri?
J: Anda boleh segera:
Laporkan kepada Pusat Hubungan Hong Leong di 03-7626 8899 untuk kad hilang di dalam Malaysia atau luar negara. Untuk pelanggan Perbankan Priority, sila hubungi Talian Bebas Tol Perbankan Priority di 1800-18-9000 untuk pemberitahuan kad hilang kepada Bank. Pemberitahuan hendaklah dibuat kepada Bank secara peribadi atau melalui telefon, telegram, faksimili, atau e-mel dan pengesahan yang sama perlu dibuat secara bertulis.
Fi & Caj
S: Apakah fi dan caj yang akan dikenakan kepada Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong?
J:
Penerangan Fi & Caj |
Fi & Caj* |
---|---|
Fi Pengeluaran |
RM10.00 setiap kad |
Fi Penggantian (Bagi Kad Zing Hilang/ Dicuri/ Rosak) |
RM10.00 setiap kad |
Fi Pembaharuan |
RM10.00 setiap kad |
Fi Tambah Nilai Auto |
RM0.50 setiap tambah nilai |
PFi Pemprosesan atas Pemulangan Nilai Belum Guna |
RM5.00 setiap permohonan |
Fi Penyenggaraan (Setiap 6 bulan sekali) |
RM5.00 |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
- Fi Pemprosesan akan dikenakan jika ada permintaan bagi Pemulangan Nilai Belum Guna (biasanya untuk kad hilang & dicuri, tarikh tamat, rosak dan pembatalan).
- Fi Penyenggaraan merujuk kepada Penyenggaraan Nilai Belum Guna pada waktu selang enam (6) jarak bulanan dari tarikh Cip TNG dalam Kad Zing dianggap tidak aktif.
- Tidak aktif bermaksud Kad Zing tanpa Transaksi Kad (tambah nilai atau penggunaan) bagi tempoh 24 bulan berturut-turut.
S: Berapa lamakah proses bayaran balik jika saya ingin menamatkan kad dan masih terdapat baki dalam kad?
J: Ia memerlukan 14 hari bekerja dan amaun baki akan dikreditkan kembali ke Akaun Pembelian Runcit Kad Debit pelanggan.
S: Bilakah amaun RM100 yang dipertentukan dilepaskan selepas pelanggan meminta untuk membatalkan Kad Zing/Kad Debit?
J: RM100 akan dilepaskan dalam masa 14 hari selepas tarikh permintaan pelanggan dikemukakan.
S: Berapa kerap saya boleh menambah nilai Kad Zing Debit Touch ‘n Go Hong Leong saya dalam satu hari?
J: Hanya satu (1) tambah nilai automatik dibenarkan dalam sehari.