Aplikasi Apply@HLB 25

Cara baru
untuk membuka akaun
tanpa perlu berkunjung ke bank.

Buka akaun bank HLB secara dalam talian dengan serta-merta menggunakan aplikasi

Apply@HLB

  • Pembukaan akaun
    dalam talian dipermudahkan

  • Kad debit dihantar terus
    ke alamat anda

  • Tidak perlu bersusah
    payah pergi ke bank

Muat turun aplikasi Apply@HLB & buka akaun HLB anda secara dalam talian dengan langkah mudah berikut

slide 1
slide 2
slide 3
slide 4
slide 5
  • 1

    Masukkan nombor Kad Pengenalan dan nombor telefon anda
  • 2

    Imbas MyKad anda dan ambil swafoto
  • 3

    Isikan butiran anda
  • 4

    Cipta profil Perbankan Dalam Talian HLB Connect anda
  • 5

    Masukkan deposit pertama anda daripada akaun bank anda yang lain

qr-apply-hlb apply-hlb-app-icon

Muat turun & buka akaun bank secara dalam talian sekarang!

DAPATKAN CASHBACK SEHINGGA RM25

apabila anda membuka akaun bank melalui Apply@HLB

Ketahui caranya

Jika anda tidak mempunyai akaun bank lain di Malaysia, sila klik di sini dan Pengurus Perhubungan Deposit kami akan membuat janji temu dengan anda bagi membuka akaun bank pertama anda

Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit.

S1. Siapakah yang layak untuk memohon akaun bank HLB secara dalam talian melalui aplikasi Apply@HLB?

J1. Mana-mana rakyat Malaysia, berusia 18 tahun dan ke atas, yang mempunyai akaun bank sedia ada.

 

S2. Apakah syarat umur untuk memohon akaun bank HLB secara dalam talian melalui aplikasi Apply@HLB?

J2. Untuk memohon akaun bank HLB secara dalam talian melalui aplikasi Apply@HLB anda mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.

 

S3. Apakah dokumen yang diperlukan untuk memohon akaun bank HLB secara dalam talian melalui aplikasi Apply@HLB?

J3. Kami hanya memerlukan MyKad (Kad Pengenalan) anda. Buat masa ini, kad-kad lain seperti MyKid, MyPR, MyKAS, MyPolis dan MyTentera adalah tidak diterima.

 

S4. Perlukah saya melengkapkan permohonan dalam talian secara sekali gus?

J4. Tidak, anda tidak perlu berbuat demikian. Anda boleh memilih untuk meninggalkannya separuh jalan dan menyambung semula permohonan dalam talian kemudian pada masa yang sesuai dengan anda. Anda hanya perlu memastikan permohonan yang telah dilengkapkan dihantar dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh anda pertama kali memulakan permohonan dalam talian.

 

S5. Bolehkah saya memilih untuk tidak menetapkan nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian HLB Connect saya apabila memohon akaun bank HLB?

J5. Menetapkan nama pengguna dan kata laluan perbankan dalam talian HLB Connect adalah sebahagian daripada proses permohonan dalam talian. Anda perlu menggunakan aplikasi/portal dalam talian HLB Connect untuk menguruskan akaun bank anda apabila ianya berjaya dibuka, contoh semakan baki, membuat pembayaran & pemindahan dalam talian serta pengeluaran wang melalui ATM HLB menggunakan ciri Pengeluaran ATM Connect sementara menunggu kad debit anda tiba.

 

S6. Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses permohonan dalam talian akaun bank HLB saya?

J6. Satu notifikasi akan dihantar kepada anda melalui e-mel dan SMS bagi memaklumkan anda bahawa permohonan dalam talian anda akan diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas anda berjaya menghantar permohonan anda.

 

S7. Bagaimana saya tahu bahawa permohonan dalam talian saya telah diluluskan? Adakah saya akan menerima sebarang notifikasi untuk mendepositkan wang ke dalam akaun bank HLB saya?

A7. Anda akan menerima e-mel dan SMS yang dijana oleh sistem sebaik sahaja permohonan dalam talian anda telah diluluskan dan meminta anda untuk membuat deposit pertama dalam tempoh tujuh (7) hari. 

 

S8. Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan kad debit saya?

J8. Anda akan menerima kad debit anda melalui pos berdasarkan kepada alamat yang telah anda tentukan di dalam permohonan dalam talian anda. Kad debit akan dihantar kepada anda dalam tempoh empat belas (14) hari selepas anda berjaya membuat deposit pertama ke dalam akaun bank anda yang baru dibuka melalui pemindahan dalam talian.

 

S9. Bolehkah deposit pertama saya ke dalam akaun yang baru dibuka dilakukan melalui pemindahan dalam talian daripada akaun bank rakan/ahli keluarga saya?

J9. Tidak, deposit pertama ke dalam akaun bank HLB anda yang baru dibuka mestilah daripada akaun anda sendiri dengan bank lain (bukan HLB/HLISB).

 

S10. Bila saya boleh mula menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah saya cipta semasa permohonan dalam talian untuk mengakses perkhidmatan aplikasi/portal dalam talian HLB Connect?

J10. Sebaik sahaja anda berjaya membuat deposit pertama ke dalam akaun bank anda yang baru dibuka, HLB Connect anda akan diaktifkan dalam tempoh satu hari. Anda boleh log masuk ke dalam aplikasi/portal dalam talian HLB Connect menggunakan nama pengguna dan kata laluan yang telah anda cipta semasa peringkat permohonan dalam talian.

 

S11. Bolehkah saya mengeluarkan wang daripada akaun bank saya yang baru dibuka sementara menunggu kad debit saya tiba?

J11. Ya, anda boleh mengeluarkan wang daripada akaun bank anda yang baru dibuka di mana-mana ATM Hong Leong Bank dengan menggunakan ciri Pengeluaran ATM Connect yang ada di dalam aplikasi HLB Connect. Sila muat turun aplikasi HLB Connect dan log masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan sama yang dicipta semasa permohonan. Anda mungkin perlu log masuk melalui portal dalam talian HLB Connect terlebih dahulu untuk menetapkan had transaksi dan perbelanjaan harian untuk akaun bank anda.

 

S12. Adakah saya akan dimaklumkan sebaik sahaja HLB Connect saya diaktifkan?

J12. Ya, anda akan menerima notifikasi melalui e-mel dan SMS sebaik sahaja HLB Connect anda diaktifkan.

 

S13. Bagaimana saya mengaktifkan kad debit saya?

J13. Anda boleh mengaktifkan kad debit anda melalui portal dalam talian HLB Connect dengan mengikuti langkah-langkah mudah ini:

Log masuk > klik pada ‘Perkhidmatan Lain’ > klik pada ‘Aktifkan Kad’ di bawah Kad Debit/ATM dan ikuti arahan yang diberikan.