- Soalan Lazim - Am >
- Notis Pertukaran Asing
Notis Pertukaran Asing
PENGENALAN
Bank Negara Malaysia ("BNM") telah mengeluarkan Notis Pertukaran Asing baharu ("Notis FE") pada 30 April 2020 dan telah berkuatkuasa pada tarikh yang sama.
Dasar Pertukaran Asing sebelum ini telah ditambahbaik bertujuan untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan memberikan fleksibiliti kepada individu dan syarikat untuk menguruskan pendedahan risiko pertukaran asing mereka dengan lebih baik. Para pelanggan bertanggungjawab untuk memastikan agar mereka mematuhi Notis FE, dan dengan itu, kami ingin memberikan peringatan berikut untuk membantu anda memahami peraturan tersebut.
ADAKAH ANDA PEMASTAUTIN ATAU BUKAN PEMASTAUTIN?
Peraturan yang telah ditetapkan di dalam Notis FE adalah berbeza antara Pemastautin dan Bukan Pemastautin. Definisi BNM mengenai Pemastautin dan Bukan Pemastautin dinyatakan seperti di bawah dan kami sertakan beberapa contoh bagi membantu anda memahaminya:
|
Pemastautin |
Bukan Pemastautin |
---|---|---|
Individu |
|
|
Entiti |
|
Untuk mengelakkan keraguan, ini termasuk Kedutaan Besar Malaysia, Konsulat dan Suruhanjaya Tinggi |
APA YANG KAMI PERLUKAN DARIPADA ANDA?
Sila ambil perhatian tentang perkara berikut:
(a) isytiharkan taraf pemastautin anda semasa anda membuka akaun dengan kami dan harus memaklumkan kepada kami apabila terdapat perubahan;
(b) pastikan aktiviti yang dilakukan di dalam akaun yang dikendalikan dengan kami mematuhi Notis FE yang sedia ada pada setiap masa; dan
(c) memberikan bukti dokumentasi kepada kami sebagai sebahagian daripada proses usaha wajar kami untuk memastikan Notis FE dipatuhi sepenuhnya.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Notis FE (boleh diakses di sini).
Sekiranya kelulusan atau pendaftaran diperlukan untuk sebarang transaksi yang ingin dilakukan, anda boleh mengemukakan permohonan anda di laman web BNM (boleh diakses di sini). Salinan kelulusan atau pendaftaran tersebut mungkin akan diminta daripada anda sebelum transaksi anda dilaksanakan.
Adalah diingatkan bahawa anda tidak boleh menggunakan produk atau perkhidmatan kewangan Bank untuk transaksi terlarang/menyalahi undang-undang, seperti (tetapi tidak terhad kepada) perdagangan pertukaran wang asing dan skim pelaburan haram. Anda boleh merujuk laman web BNM di https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert untuk maklumat lanjut.