Soalan Lazim - Kad I'm

Kad I'm

Q: Adakah terdapat sebarang syarat untuk menikmati pengecualian Fi Tahunan?

A: Fi Tahunan kad kredit I'm dikecualikan sepanjang hayat tanpa apa-apa syarat.

 

Q: Adakah terdapat manfaat lain memiliki kad kredit I'm?

A: Selain pengecualian Fi Tahunan sepanjang hayat, Penambahan Transaksi Luar Negara juga tidak dikenakan caj.

 

Q: Kenapakah saya perlu bayar fi penyertaan RM21.20 bagi setiap kad (prinsipal dan tambahan)?

A: Yuran penyertaan RM21.20 (terdiri daripada Yuran Penyertaan = RM20.00; 6% GST = RM1.20) adalah yuran pentadbiran satu kali untuk memproses permohonan setiap kad.

 

Q: Kenapakah kad kredit I'm tidak disertakan dengan ciri mata ganjaran dan/atau pulangan tunai?

A: Ini kerana I'm adalah kad kredit asas. Selain itu, Fi Tahunan dan Penambahan Transaksi Luar Negara tidak dikenakan untuk kad ini.

 

Q: Bolehkah saya guna kad kredit I'm apabila saya menerimanya (sebelum diperibadikan)?

A: Boleh. Jangan lupa untuk mengaktifkan kad dengan mengikuti arahan pada pembawa kad sebelum anda mula menggunakannya.

 

Q: Di manakah saya boleh buat ciri peribadi?

A: Anda boleh ke Cawangan Mach di Pusat Membeli Belah Mid Valley semasa waktu perniagaan. Anda juga boleh melayari www.hlb.com.my/iam dari semasa ke semasa untuk menyemak senarai pameran bergerak cawangan di mana perkhidmatan ciri peribadi akan ditawarkan.

 

Q: Bolehkah saya memperibadikan kad dengan sebarang perkataan yang saya mahu?

A: Anda boleh memperibadikan dengan sebarang perkataan dengan syarat perkataan tidak melanggar sebarang hak empunya atau harta intelek. Perkataan kesat tidak dibenarkan.

 

Q: Bolehkah saya mengubah ciri peribadi?

A: Ya, anda boleh ubah untuk mencerminkan peringkat hidup semasa dan/atau watak anda.

 

Q: Bolehkah saya memilih jenis fon untuk ciri peribadi?

A: Maaf, tidak boleh. Hanya Bradley Hand ITC disediakan.

 

Q: Bolehkah saya memilih warna untuk ciri peribadi?

A: Maaf, hanya warna hitam yang disediakan.

 

Q: Kenapakah terdapat caj kembali pada Penambahan Transaksi Luar Negara dalam penyata saya?

A: Ini disebabkan pembalikan yang dibuat bagi Transaksi Luar Negara anda. Kami perlu caj kembali Penambahan yang kami telah balikkan/potong sebelum ini.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.