Soalan Lazim - Skim Rumah Pertamaku

Skim Rumah Pertamaku

Q: Apakah Skim Rumah Pertamaku (SRP)?

A: Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah. Skim ini membolehkan pembeli rumah mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi kewangan untuk membolehkan mereka memiliki rumah.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan melebihi 90%., jika peminjam mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

 

Q: Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan di bawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

A: Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

 

Q: Adakah saya perlu membayar kadar faedah / keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang fi untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% di bawah skim ini?

A:Tidak, kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang berkenaan digunapakai dan peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk jaminan Cagamas SRP Berhad.

Q: Siapakah yang layak untuk Skim ini?

A: Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur hari jadi berikutnya adalah 36 tahun atau kurang) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.

 

Q: Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?

A: Tidak, skim ini terhad kepada pekerja sektor swasta sahaja. Pemohon mesti pekerja yang sah dengan tempoh pekerjaan sekurang-kurangnya 6 bulan dengan majikan yang sama.

 

Q: Saya bekerja sendiri dan pasangan saya bekerja dengan syarikat perdagangan dan purata pendapatan beliau sebulan ialah RM2,000. Adakah kami layak menjadi pemohon bersama untuk Skim ini?

A: Tidak. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) perlu memenuhi kriteria kerakyatan, rumah pertama, pekerjaan, umur dan pendapatan.

 

Q: Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500
sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak di bawah Skim ini?

A: Bawah Skim ini, amaun bayaran balik/ansuran bulanan  hendaklah tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walau bagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.

Contoh pengiraan:

  • Pendapatan gabungan kasar: RM 1, 500+ RM 1,500 = RM 3,000
  • 1/3 daripada RM 3,000 = RM 1,000

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh
maksimum pembiayaan yang dibenarkan selama 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.

 

Q: Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan Skim ini?

A: Tidak. Pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Q: Adakah Skim ini merangkumi hartanah yang sudah siap dan yang sedang dalam pembinaan?

A: Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan
yang dalam pembinaan. Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.

 

Q: Saya dan pasangan saya telah membeli hartanah yang
berharga RM220,000. Adakah kami layak mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?

A: Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang berkenaan. Secara amnya, bank akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel juru nilai mereka, yang mana lebih rendah.

 

Q: Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut di bawah Skim ini?

A: Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.

 

Q:  Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi bagi Skim ini?

A: Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang terlibat.

Q: Bagaimanakah cara untuk memohon pembiayaan di bawah Skim ini?

A: Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank yang terlibat.

 

Q: Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam di bawah Skim ini?

A: Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.

 

Q: Apakah tempoh maksimum pembiayaan?

A: Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

 

Q: Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?

A: Peminjam/pelanggan perlu membeli insurans/takaful kebakaran. Walau bagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank yang terlibat.

 

Q: Dengan pembiayaan 100% melalui Skim ini, adakah ini bermakna saya tidak perlu bayar wang pendahuluan?

A:Pembeli rumah perlu membayar fi tempahan dan/atau deposit kepada penjual mengikut terma Perjanjian Jual Beli sementara menunggu pembayaran balik pembiayaan rumah oleh bank.  Apabila dokumen pembiayaan lengkap, pembeli rumah akan dibayar balik daripada pembayaran pembiayaan oleh bank. Pembeli rumah boleh cuba untuk membuat perkiraan dengan penjual untuk penangguhan pembayaran deposit sementara menunggu pembayaran oleh bank.  Permintaan ini bergantung kepada kesanggupan penjual untuk menerimannya.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.