Soalan Lazim - Kad The Store & Pacific

Kad The Store & Pacific

Q: Bolehkah Pemegang Kad menebus Rebat Tunai atau Baucar Hadiah tanpa Kad Kredit?

A: Tidak, Rebat Tunai atau Baucar Hadiah hanya boleh ditebus DENGAN Kad Kredit.

 

Q: Apa yang berlaku kepada Rebat Tunai yang tidak ditebus (tidak ditukar kepada Baucar Hadiah)?

A: Bagi Rebat Tunai yang tidak dituntut, ia akan dipindahkan untuk dikumpulkan pada bulan berikutnya

 

Q: Apakah caj untuk penyata bulanan?

A: RM5 akan dicajkan kepada pemegang kad yang memilih untuk kedua-dua e-penyata &penyata bulanan fizikal

 

Q: Bagaimana dengan Mata Ganjaran The Store/Pacific?

A: Kad jenama bersama The Store/Pacific tidak diberikan Mata Ganjaran The Store/Pacific kerana kami telah memberikan Rebat Tunai.

 

Q: Bagaimanakah caranya untuk pemegang Kad memeriksa amaun Rebat Tunai mereka?

A: Pemegang Kad boleh memeriksa baki Rebat Tunai dalam penyata bulanan Kad Kredit The Store/Pacific mereka.

 

Q: Bolehkah Pemegang Kad menebus Rebat Tunai/Baucar Hadiah tanpa Kad Kredit?

A: Tidak, Rebat Tunai/Baucar Hadiah hanya boleh ditebus DENGAN Kad Kredit

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.