Soalan Lazim - Kad Wise

Kad Wise

Q: Berapa banyak kategori pulangan tunai yang boleh saya pilih untuk menikmati pulangan tunai 10%?

A: Anda boleh pilih maksimum dua kategori, selain daripada satu kategori bonus default (buat masa ini, kategori bonus default ialah 'Mobile') yang ditawarkan oleh Bank untuk menikmati pulangan tunai 10%.

               

Q: Bilakah saya boleh memilih kategori pulangan tunai? Adakah terdapat kos/fi dikenakan untuk pemilihan?

A: Pemilihan kategori pulangan tunai disediakan pada borang permohonan kad. Semua pendaftaran baru pada masa permohonan adalah percuma dan akan berkuat kuasa apabila kad diluluskan.

               

Q: Bagaimanakah saya mendapat pulangan tunai 10%?

A: Cuma leretkan minimum RM2,000 perbelanjaan runcit yang dicatatkan dalam bulan kalendar untuk layak mendapat pulangan tunai 10% dalam kategori pilihan anda.

               

Q: Adakah terdapat had bagi amaun pulangan tunai?

A: Pulangan tunai dihadkan pada maksimum RM100 sebulan.

               

Q: Bolehkah saya menukar kategori perbelanjaan yang dipilih selepas pendaftaran?

A: Ya, anda boleh menukar kategori pulangan tunai pada bila-bila masa sepanjang tempoh kad, untuk menyesuaikan dengan gaya hidup anda dan memaksimumkan ganjaran pulangan tunai yang diperoleh. Untuk setiap pertukaran kategori pulangan tunai, fi perkhidmatan penyelenggaraan sekali sebanyak RM10.60 (terdiri daripada fi perkhidmatan penyelenggaraan = RM10, 6% GST = RM0.60) akan dikenakan pada masa penyelenggaraan dan ia akan berkuatkuasa pada bulan kalendar yang berikut. Kategori bonus TIDAK terpakai untuk penukaran, kecuali jika dipinda pada bila-bila masa oleh Bank.

               

Q: Bagaimanakah saya boleh mengesahkan pertukaran telah dibuat?

A:Anda akan terima pesanan SMS apabila penyelenggaraan dibuat. (Contohnya RM0.00 HLB - Kad HLBB anda berakhir 2525 telah didebitkan dengan MYR10.60 (terdiri daripada fi perkhidmatan penyelenggaraan = RM10, 6% GST = RM0.60) untuk penyelenggaraan akaun. Kategori yang baru dipilih – PELANCONGAN akan berkuatkuasa mulai JAN13)

               

Q: Di manakah saya boleh buat pertukaran?

A: Anda boleh tukar kategori melalui:-

  • Pusat Hong Leong Contact di 03-7626 8899
  • Muat turun borang penyelenggaraan kategori daripada www.hlb.com.my
  • Kunjungi mana-mana cawangan Hong Leong Bank

 

Q: Adakah transaksi runcit Kad Tambahan yang terkumpul ke dalam jumlah perbelanjaan untuk memenuhi syarat 10 leretan runcit sebulan dan adakah transaksi tersebut layak mendapat pulangan tunai 10%?

A: Ya, semua transaksi runcit yang dicatatkan pada kad tambahan akan diambil kira seperti di kad prinsipal. Walau bagaimanapun, pulangan tunai yang diperoleh akan dikreditkan ke dalam akaun Pemegang Kad Prinsipal sahaja.

               

Q: Bilakah pulangan tunai dikreditkan ke dalam akaun Pemegang Kad Prinsipal?

A: Pulangan tunai akan dikira pada akhir setiap bulan kalendar dan akan dikreditkan ke akaun Pemegang Kad prinsipal pada 28 hari bulan yang berikutnya. Pemegang Kad akan melihat ini ditunjukkan di dalam penyata mereka.

               

Q: Adakah Mata Ganjaran diberikan melalui Kad Kredit Wise?

A: Tiada mata ganjaran disediakan untuk kad Kredit Wise.

               

Q: Adakah Kad Kredit Wise menawarkan pelan insurans automatik?

A: Kad Kredit Wise tidak menawarkan pelan insurans percuma.

               

Q: Adakah saya akan menikmati pulangan tunai bagi perbelanjaan lain di luar kategori pulangan tunai yang didaftarkan?

A: Tidak, anda layak mendapat 10% pulangan tunai ke atas transaksi runcit berdasarkan kategori pulangan tunai yang anda pilih.

               

Q:  Bagaimanakah saya mengetahui peniaga mana yang layak untuk pulangan tunai dalam kategori tertentu?

A: Pelbagai jenis peniaga yang layak untuk pulangan tunai disenaraikan di sini dan akan dikemas kini secara berkala. Sila ambil perhatian bahawa pulangan tunai akan diberikan berdasarkan Merchant Category Code (MCC) peniaga yang ditentukan pada setiap kategori. Penentuan kategori peniaga untuk setiap peniaga tertakluk kepada pengelasan oleh bank pemerolehan masing-masing.

               

Q: Adakah saya mendapat pulangan tunai bagi transaksi luar negara bagi kategori pulangan tunai pilihan saya?

A: Ya, selagi transaksi untuk peniaga dengan MCC yang sama dengan kategori pulangan tunai yang didaftarkan oleh Pemegang Kad. Sebagai contoh Anda berbelanja USD100 di restoran di Los Angeles, dan salah satu kategori pulangan tunai adalah Hidangan Makan. Anda akan mendapat pulangan tunai 10% bagi kategori ini dalam mata wang tempatan selepas pertukaran pada kadar lazim tolak sebarang fi pentadbiran.

               

Q: Transaksi runcit manakah yang layak untuk perbelanjaan minimum RM2,000?

A: Transaksi runcit yang layak termasuk pembelian runcit dan dalam talian dalam dan luar negara, pembvayaran berulang, premium insurans, pelan pembayaran Mudah Faedah 0% (amaun pokok satu kali sahaja) dan Pelan Ansuran Pembayaran Mudah (amaun pokok satu kali sahaja); KECUALI Cash-on-Call, Call-for-Cash, Pelan Pembayaran Flex, pindahan dana, fi dan caj yang dikenakan oleh Bank.

               

Q: Adakah transaksi runcit dalam satu bulan kalendar dikira berdasarkan tarikh diposkan atau tarikh transaksi?

A: Transaksi runcit dalam satu bulan kalendar dikira berdasarkan tarikh transaksi diposkan. Pulangan Tunai diberikan berdasarkan jumlah amaun Ringgit yang diposkan bagi pembelian runcit yang layak yang dicajkan kepada Kad Wise.

               

Q: Adakah pasar raya Aeon Big dan Aeon diklasifikasikan sebagai Kategori Barangan Runcit untuk menikmati pulangan tunai 10%?

A: Bagi Aeon, hanya Aeon Big sahaja diklasifikasikan sebagai Kategori Barangan Runcit untuk menikmati pulangan tunai 10%. Semua pasar raya lain dalam kumpulan outlet Aeon TIDAK diklasifikasikan sebagai Kategori Barangan Runcit untuk layak mendapat pulangan tunai. Penentuan kategori peniaga untuk setiap peniaga tertakluk kepada pengelasan oleh bank pemerolehan masing-masing.

               

Q: Jika saya telah mendaftar bagi kategori Petrol, bolehkah saya menikmati pulangan tunai di mana-mana stesen petrol? Dan adakah kedua-dua transaksi kad di pam petrol / pam bahan api automatik dan kaunter juruwang layak untuk pulangan tunai petrol?

A: Ya, anda boleh menikmati pulangan tunai petrol untuk transaksi kad di pam petrol automatik, terpakai untuk mana-mana stesen petrol.   Tetapi, transaksi  kad di kaunter juruwang stesen petrol tidak layak untuk pulangan tunai petrol kerana leretan di kaunter mungkin termasuk pembelian pelbagai, contohnya makanan, minuman, dan lain-lain.

               

Q: Bolehkah saya memohon untuk kad Wise jika saya memegang satu lagi kad kredit Hong Leong Bank?

A: Boleh.

Untuk pertanyaan hubungi kami dalam talian atau singgah ke cawangan Bank Hong Leong yang terdekat.