Pinjaman Perumahan – Skim Rumah Pertamaku

null

HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Pinjaman Hartanah >
  • Skim Rumah Pertamaku
Skim Rumah Pertamaku

Jadikan rumah itu milik anda dengan Pinjaman Perumahan ini.

Apply Now
Saya berminat

Ciri & Manfaat

  • Ciri & Manfaat
  • Soalan Lazim
  • Kelayakan
  • Borang Permohonan
  • Helaian Pendedahan Produk
  • Fi & Caj

Miliki Rumah Pertama Anda

Skim Rumah Pertamaku membantu pembeli rumah pertama yang muda mendapat sehingga 100% pembiayaan untuk rumah kediaman pertama mereka.

Ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

A. Skim Rumah Pertamaku
Q: Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan di bawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja? 

A: Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%).  Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

 

B. Pembiayaan
Q: Siapakah yang layak untuk Skim ini?

A: Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon dan tempoh bekerja minimum 6 bulan dengan majikan yang sama. 

Q: Saya bekerja sendiri dan pasangan saya bekerja dengan syarikat perdagangan dan purata pendapatan beliau sebulan ialah RM2,000.  Adakah kami layak menjadi pemohon bersama untuk Skim ini? 

A: Ya. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) perlu memenuhi kriteria kerakyatan, rumah pertama, pekerjaan, umur dan pendapatan. 

Q: Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan.  Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan
Skim ini? 

A: Tidak. Pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

C. Hartanah
Q: Adakah Skim ini merangkumi hartanah yang sudah siap dan yang sedang dalam pembinaan? 

A: Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan. Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat. 

Q: Saya dan pasangan saya telah membeli hartanah yang berharga RM220,000.  Adakah kami layak mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan? 

A: Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang berkenaan. Secara amnya, bank akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah. 

Q: Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama.  Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut di bawah Skim ini?

A: Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.

Q: Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi bagi Skim ini? 

A: Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang terlibat.

D. Program Pendidikan Kewangan
Q: Adakah pendidikan kewangan wajib dan percuma?

A: Ya. Pendidikan Kewangan adalah wajib. Ia ditawarkan secara percuma melalui portal dalam talian penilaian kendiri yang mudah disebut "Rumahku" di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39. Bagi peminjam bersama, semua peminjam mesti menglengkapkan modul ini.

Q:  Apakah tujuan program pendidikan kewangan?

A: Tujuan pembelajaran atas talian "Rumahku" adalah untuk mendidik peminjam / pelanggan mengenai kewajiban dan tanggungjawab kewangan mereka.

Q:  Adakah saya perlu mengemukakan hasil pendidikan kewangan saya untuk permohonan pembiayaan?

A:  Ya. Anda diminta untuk memberikan nombor sijil / ID sijil  "Rumahku" pembelajaran atas talian untuk permohonan pinjaman / pembiayaan.

 
E: Soalan Lain
Q: Adakah pendidikan kewangan wajib dan percuma?

A:  Ya. Pendidikan Kewangan adalah wajib. Ia ditawarkan secara percuma melalui portal dalam talian penilaian kendiri yang mudah disebut "Rumahku" di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39.

Bagi peminjam bersama, semua peminjam mesti menglengkapkan modul ini.

Q: Apakah tujuan program pendidikan kewangan?

A: Tujuan pembelajaran atas talian "Rumahku" adalah untuk mendidik peminjam / pelanggan mengenai kewajiban dan tanggungjawab kewangan mereka.

Q: Adakah saya perlu mengemukakan hasil pendidikan kewangan saya untuk permohonan pembiayaan?

A: Ya. Anda diminta untuk memberikan nombor sijil / ID sijil  "Rumahku" pembelajaran atas talian untuk permohonan pinjaman / pembiayaan.

Q: Bagaimanakah cara untuk memohon pembiayaan di bawah Skim ini? 

A: Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank yang terlibat.

Q: Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam di bawah Skim ini? 

A: Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.

Q: Apakah tempoh maksimum pembiayaan? 

A: Tempoh maksimum pembiayaan ialah 35 tahun, atau sampai umur 70, mana-mana yang lebih awal.

Q: Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)? 

A: Peminjam/pelanggan perlu membeli insurans/takaful kebakaran. Walau bagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank yang terlibat.

Q: Dengan pembiayaan 100% melalui Skim ini, adakah ini bermakna saya tidak perlu bayar wang pendahuluan? 

A: Pembeli rumah perlu membayar fi tempahan dan/atau deposit kepada penjual mengikut terma Perjanjian Jual Beli sementara menunggu pembayaran balik pembiayaan rumah oleh bank.  Apabila dokumen pembiayaan lengkap, pembeli rumah akan dibayar balik daripada pembayaran pembiayaan oleh bank.

Peminjam yang Layak:
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli Rumah Pertama
  • Pendapatan kasar peminjam tunggal tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Semua kewajipan membayar semula hutang yang tertunggak daripada bank dan bukan bank (termasuk yang tidak diliputi oleh CCRIS) tidak boleh lebih daripada 60% pendapatan bulanan selepas potongan berkanun (contohnya Cukai, KWSP, PERKESO) atau had maksimum bank yang memberi pinjaman, yang mana lebih rendah.

Dokumen Pendapatan yang Diterima

  • Pemohon Individu

Dokumen Pendapatan yang Diterima

  • Slip gaji tiga (3) bulan terkini
  • Borang BE terkini (disokong dengan resit pembayaran cukai)
  • Penyata KWSP terkini
  • Penyata Bank tiga (3) bulan terkini / buku bank
  • Surat tawaran kerja

Hartanah yang Layak:

  • Nilai hartanah sehingga maksimum RM 500,000
  • Hartanah kediaman sahaja
  • Bagi pegangan pajak, baki pajakan ≥ 60 tahun
  • Didiami pemilik
  • Salinan Hak Milik Induk/Individu adalah wajib

Syarat-syarat Pembiayaan:

  • Hartanah yang telah siap: Tempoh pembiayaan maksimum hingga 35 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal
  • Hartanah sedang dalam pembinaan: Tempoh pembiayaan maksimum hingga 33 tahun atau umur 70 tahun, yang mana lebih awal
  • Tiada ciri pengambilan semula
  • Ansuran dibayar melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans / takaful kebakaran diwajibkan*

 

Untuk pembelian harta tanah sebanyak RM300,000 dan bawah, pemohon dengan pendapatan isi rumah kasar bulanan tidak melebihi dari RM5,000:

a. Wajib melengkapkan modul pendidikan kewangan atas talian yang disediakan oleh AKPK yang boleh diakses dari portal RumahKu AKPK di https://power.akpk.org.my/eLearning/Courses/View/39

b) Tempoh moratorium 5 tahun

c) Pemohon boleh memilih untuk memenuhi obligasi pembayaran balik bulanan pokok dan bunga / keuntungan sepanjang tempoh pembiayaan; atau memilih untuk pembiayaan bertingkat, di mana pemohon hanya membayar bahagian faedah / keuntungan selama lima tahun pertama tempoh pembiayaan.

 

* Secara umum, Bank akan membeli insurans / takaful kebakaran bagi pihak pelanggan. Sebagai alternatif, pembeli rumah boleh membeli insurans kebakaran individu mereka sendiri dari syarikat insurans yang mana dicalonkan dari bank sebagai penerima kerugian. Mereka perlu menyerahkan laporan insurans kebakaran setiap tahun kepada Bank, untuk meyakinkan Bank bahawa mereka mempunyai polisi insurans / takaful kebakaran yang sah.

English & Bahasa Malaysia

Borang Permohonan

Bahasa Malaysia

Individual Mortgage Product Disclosure Sheet

English

Individual Mortgage Product Disclosure Sheet

Klik di sini untuk senarai fi dan caj yang lengkap, atau lawati mana-mana cawangan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Yang berikut ini juga mungkin menarik minat anda

Edit here to enter details for productdetail page promotion
shop loan promo tile en
Gadai Janji
Pinjaman Kedai

Ketahui Lebih Lanjut

mortgage plus promo tile en
Gadai Janji
MortgagePlus

Ketahui Lebih Lanjut

Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung