Penggabungan Cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 4 April 2022
Terima kasih atas sokongon anda kerana memilih Hong Leong Bank untuk perbankan anda.
Merujuk kepada notis berkenaan dengan penutupan cawangan berikut pada bulan November 2021, kami ingin maklumkan bahawa penutupan cawangan berikut akan dipinda kepada hari disebutkan dibawah (tertakluk kepada kelulusan dari pihak Bank Negara Malaysia).
Sila maklum bahawa kami akan memasang Mesin Deposit and Pengeluaran Tunai (CRT) di 7 Eleven,Taman Desa Murni yang terletak hanya 38 meter dari cawangan yang bakal ditutup. Mesin layan diri ini akan mula berfungsi sebelum penutupan cawangan,dan ini akan membantu urusan simpanan dan pengeluaran tunai para pelanggan kami.
Akaun anda yang diuruskan di cawangan ini akan dipindahkan secara automatik ke cawangan utama baharu anda di lokasi berikut, manakala nombor akaun dan segala kemudahan yang berkaitan kekal sama.
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baru |
---|---|---|
22 Jul 2022 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Sungai Dua, Butterworth No. 26, 28 & 30, Jalan Murni 1 Taman Desa Murni, Sungai Dua 13800 Butterworth Pulau Pinang |
Hong Leong Bank Cawangan Jalan Ong Yi How, Butterworth No. 6963 & 6964, Jalan Ong Yi How Kawasan Perusahan Raja Uda 13400 Butterworth Pulau Pinang |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran berikut:
A. Kunjungi mana-mana 235 cawangan kami di seluruh negara. Sila layari laman web kami, di www.hlb.com.my atau www.hlisb.com.my untuk senarai cawangan terdekat dengan anda,
B. 1,015 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara,
C. Sila layari laman web www.hongleongconnect.my dan / atau menggunakan perkhidmatan perbankan mudah alih yang beroperasi 24 jam seperti ringkasan akaun, kemudahan pemindahan wang, pembayaran bil dan banyak lagi. Jika anda belum mendaftar di HLB Connect App sila muat turun aplikasi di Google Play store dan Apple App Store.
Kami sedang mengemaskini maklumat pelanggan kami dan anda diminta untuk mengemaskini maklumat e-mel dan nombor telefon anda dengan secepat mungkin melalui HLB Connect App / perbankan Internet atau kunjungi cawangan terdekat anda.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Hong Leong kami di 03-76268899 sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Kami berharap dapat terus melayani anda dengan lebih baik.