Penggabungan Cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 31 Januari 2022
Terima kasih atas sokongon anda kerana memilih Hong Leong Bank untuk perbankan anda.
Merujuk kepada notis berkenaan dengan penutupan cawangan berikut pada bulan September 2021, kami ingin maklumkan kepada anda bahawa penutupan cawangan berikut akan ditangguhkan. Cawangan berikut akan terus beroperasi dan anda boleh melakukan transaksi perbankan anda seperti biasa.
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama akan Datang |
---|---|---|
Ditangguhkan |
Hong Leong Bank Cawangan Batu Berendam Lot BB-371A & B, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka |
Hong Leong Bank Cawangan Taman Malim Permai No. 1, 1-1 & 3, Jalan Malim Jaya 2/7A, Taman Malim Permai, 75250 Melaka |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran berikut:
a. Kunjungi mana-mana 237 cawangan kami di seluruh negara. Sila layari laman web kami, di www.hlb.com.my atau www.hlisb.com.my untuk senarai cawangan terdekat dengan anda,
b. 1,023 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara,
c. Sila layari laman web www.hongleongconnect.my dan / atau menggunakan perkhidmatan perbankan mudah alih yang beroperasi 24 jam seperti ringkasan akaun, kemudahan pemindahan wang, pembayaran bil dan banyak lagi. Jika anda belum mendaftar di HLB Connect App sila muat turun aplikasi di Google Play store dan Apple App Store.
Kami sedang mengemaskini maklumat pelanggan kami dan anda diminta untuk mengemaskini maklumat e-mel dan nombor telefon anda dengan secepat mungkin melalui HLB Connect App / perbankan Internet atau kunjungi cawangan terdekat anda.
Sila hubungi Pusat Perhubungan Hong Leong kami di 03-76268899 sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan.
Kami berharap dapat terus melayani anda dengan lebih baik.