Penempatan Semula / Penutupan Cawangan-cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 23 Julai 2020
Pelanggan yang dihormati,
Pemindahan / Penutupan Cawangan-Cawangan Hong Leong Bank
Merujuk kepada notis terdahulu kami bertarikh 21 Februari 2020 berkenaan dengan pemindahan dan penutupan cawangan seperti dibawah, kami ingin memaklumkan bahawa hari terakhir perniagaan bagi cawangan tersebut akan dijadualkan pada bulan November 2020 (tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia).
Akaun anda yang diuruskan di cawangan ini akan dipindahkan secara automatic kepada cawangan berikut sebagai cawangan utama baharu;nombor akaun dan segala kemudahan yang berkaitan tidak akan terjejas.
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baru |
---|---|---|
20 November 2020 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Taman Sri Tebrau Branch (pemindahan) GF Bangunan Persekutuan Tiong Hua JB, No 8, Jalan Keris, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor Tel : 07-3321323 |
Hong Leong Bank Southkey Branch (cawangan baru akan dibuka mulai hari Isnin, 23 November 2020) 01-01, 01-02, 01-03, 01-05, Blok D,Komersil Southkey Mozek, Persiaran Southkey 1 Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor. |
27 November 2020 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Taman Abad Branch (penutupan) No 20 & 21, Jalan Harimau Tarum, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor Tel : 07-3311421 |
Hong Leong Bank Taman Pelangi Branch (cawangan sedia ada) No 173 and 175, Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor Tel : 07-3353614 |
Selain itu, anda juga boleh melakukan transaksi perbankan anda dengan lancar melalui mana-mana saluran berikut:
a. Kunjungi mana-mana 254 cawangan kami di seluruh negara. Sila layari laman web kami, di www.hlb.com.my atau www.hlisb.com.my untuk senarai cawangan terdekat dengan anda,
b. 1,075 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara,
c. Sila layari laman web www.hongleongconnect.my dan / atau menggunakan perkhidmatan perbankan mudah alih yang beroperasi 24 jam seperti ringkasan akaun, kemudahan pemindahan wang, pembayaran bil dan banyak lagi. Jika anda belum mendaftar di HLB Connect App sila muat turun aplikasi di Google Play store dan Apple App Store.
Kami berharap untuk melayani anda dengan lebih baik dari cawangan utama anda.
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my