Penggabungan Cawangan-Cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 03 November 2023
Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Hong Leong Bank.
Kami ingin maklumkan cawangan-cawangan berikut akan ditutup. Akaun anda dan segala kemudahan yang berkaitan dengannya akan kekal seperti sedia ada, selepas dipindahkan ke cawangan utama baharu seperti yang disenaraikan di bawah:
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baharu |
---|---|---|
14 Jun 2024 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Penang Times Square, Penang Lot G-17 & G-18, Jalan Dato Keramat, Penang Times Square 10150 Georgetown Pulau Pinang |
Hong Leong Bank Cawangan 300, Jalan Jelutong, Penang No. 300, Jalan Jelutong 11600 Pulau Pinang |
14 Jun 2024 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Sungai Petani, Kedah Ground & 1st Floor, No. 64 & 65, Jalan Pengkalan, Taman Pekan Baru 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman |
Hong Leong Bank Cawangan Jalan Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah No. 9A & 9B, Jalan Kampung Baru 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan dengan lancar melalui cara-cara berikut:
a. Kunjungi mana-mana cawangan kami yang lebih daripada 220 atau 1,046 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara seperti yang tersenarai di laman sesawang.
b. Layari platfom Perbankan Digital kami HLB Connect App dan Online untuk menggunakan perkhidmatan menyeluruh seperti Penyata Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan sebagainya.
Di Hong Leong Bank, pandangan anda amat kami hargai. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau jika memerlukan bantuan tambahan, melalui borang cadangan yang terdapat di laman sesawang kami di www.hlb.com.my selewat-lewatnya pada 17 Disember 2023.
Bukan pengguna HLB Connect?
Nikmati perbankan mudah alih, imbas QR untuk muat turun HLB Connect App

Kami kesali atas sebarang kesulitan, dan menantikan kedatangan anda ke cawangan utama baharu anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pelanggan HLB di 03-7626 8899.