Celcom Dan Hong Leong Berkolaborasi Menawarkan Rebat

HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Berita & Maklumat Terkini >
  • Celcom Dan Hong Leong Berkolaborasi Menawarkan Rebat Dan Ganjaran Eksklusif!
Banding Kad Kredit ()

Celcom Dan Hong Leong Berkolaborasi Menawarkan Rebat Dan Ganjaran Eksklusif!

news update banner en

 

Kuala Lumpur, 16 April 2018

 

Celcom & HLB Collaborations

 

KUALA LUMPUR, 16 APRIL 2018 – Celcom Axiata Berhad hari ini mengumumkan kerjasama strategiknya dengan Hong Leong Bank. Usaha sama jangka panjang bakal membolehkan pengguna menikmati lebih banyak nilai dan keistimewaan menarik serta faedah yang lebih besar untuk beberapa bulan akan datang.

 

Dalam usaha berterusan untuk menambahbaik pengalaman pelanggan, mulai hari ini sehingga 31 Julai 2018, semua pelanggan pascabayar Celcom FIRST ™ dan pemilik kad kredit Hong Leong berhak menikmati antara RM300 hingga RM800 dalam bentuk pulangan tunai (cash back) dan simpanan, apabila mereka membeli pakej peranti telefon pintar terkini daripada Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong terpilih.

 

Rebat pakej peranti eksklusif Celcom merangkumi pembelian telefon pintar berjenama terkini seperti iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, Huawei P20, Samsung Galaxy S9 dan banyak lagi! Pengguna kad kredit Hong Leong juga berpeluang menikmati rebat tunai apabila mereka membeli pakej peranti Celcom menggunakan kad kredit Hong Leong Sutera, GSC Gold / Platinum dan Infinite.

 

Di samping itu, pengguna juga akan menikmati rebat untuk Celcom Passport™ bernilai RM138 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya minimum RM2, 000 dalam satu transaksi di luar negara dengan kad kredit Hong Leong. Pelan perayauan 7-day 3-in-1 pass tersebut membolehkan para pelancong menggunakan perayauan internet 3GB, Panggilan Tanpa Wayar dan SMS di lebih 30 negara.

 

Azwan Khan Osman Khan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom Axiata Berhad berkata kolaborasi Celcom dengan Hong Leong Bank melambangkan kesungguhan dan komitmen syarikat telekomunikasi ini untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat, dengan penjimatan dan nilai terbaik untuk memiliki telefon pintar terkini.

 

"Pelanggan-pelanggan Celcom dan Hong Leong Bank bakal menikmati penjimatan tunai yang inovatif, lebih hebat serta ganjaran digital yang direka khusus untuk meningkatkan lagi pengalaman dan gaya hidup digital mereka," katanya.

 

Charles Sik, Pengarah Urusan, Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank menyatakan bahawa promosi dan memperluaskan tawaran nilai sebegini adalah cara bank tersebut memberikan penghargaan kepada para pengguna atas kepercayaan berterusan dan sokongan setia mereka.

 

Kerjasama eksklusif bersama Celcom ini merupakan salah satu daripada pelbagai cara bagi bank ini menawarkan program yang relevan, menarik dan sejajar dengan keperluan pengguna. Kami percaya program ini bakal mendapat sambutan di kalangan para pengguna yang mencari penjimatan yang lebih baik dalam menaik taraf peranti mereka," katanya.

 

Untuk merebut tawaran ini, sila layari www.celcom.com.my atau berkunjung ke mana-mana bluecube Celcom berdekatan untuk dapatkan peranti pintar terkini.

 

Para pelanggan boleh memohon kad kredit Hong Leong di  www.hlb.com.my/applynow  atau melawat mana-mana cawangan Hong Leong Bank.

Media Contact

Group Corporate Affairs & Public Relations

Hong Leong Bank Berhad

DID: 03-2081 8888 ext 61916

Email: capr@hongleong.com.my

For enquiries, connect with us online or drop by your nearest Hong Leong Bank Branch.


Connect with us

Branch locator
Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung