Penggabungan Cawangan-Cawangan Hong Leong Bank
Kuala Lumpur, 29 Mac 2024
Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap Hong Leong Bank.
Kami ingin maklumkan cawangan-cawangan berikut akan ditutup. Akaun anda dan segala kemudahan yang berkaitan dengannya akan kekal seperti sedia ada, selepas dipindahkan ke cawangan utama baharu seperti yang disenaraikan di bawah:
Hari Terakhir Beroperasi |
Cawangan Utama Semasa |
Cawangan Utama Baharu |
---|---|---|
18 Oktober 2024 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Silibin, Ipoh, Perak No. 28, Medan Silibin, 30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. |
Hong Leong Bank Cawangan Jalan Besar, Menglembu, Perak Ground & First Floors, No.116 & 117, Jalan Besar, 31450 Menglembu, Ipoh, Perak. |
18 Oktober 2024 (Jumaat) |
Hong Leong Bank Cawangan Sungai Dua, Penang No. 723-G-G, 723-H-G & 723-I-G, Jalan Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang. |
Hong Leong Bank Cawangan Sungai Ara, Penang No. 306-F, Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. |
Anda juga boleh melakukan transaksi perbankan dengan lancar melalui cara-cara berikut:
a. Kunjungi mana-mana cawangan kami yang lebih daripada 220 atau 1,087 kemudahan terminal layan diri di seluruh negara seperti yang tersenarai di laman sesawang.
b. Layari platfom Perbankan Digital kami HLB Connect App dan Online untuk menggunakan perkhidmatan menyeluruh seperti Penyata Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan sebagainya.
Di Hong Leong Bank, pandangan anda amat kami hargai. Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau jika memerlukan bantuan tambahan, melalui borang cadangan yang terdapat di laman sesawang kami di www.hlb.com.my selewat-lewatnya pada 12 Mei 2024.
Bukan pengguna HLB Connect?
Nikmati perbankan mudah alih, imbas QR untuk muat turun HLB Connect App
Kami kesali atas sebarang kesulitan, dan menantikan kedatangan anda ke cawangan utama baharu anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Pelanggan HLB di 03-7626 8899.