‘Cashless Lagi Senang’ kini di Pasar Awam
‘Cashless Lagi Senang’ kini di Pasar Awam
Hong Leong Bank lancar Cashless Lagi Senang’ untuk membolehkan para peniaga di lebih daripada 20 pasar
awam di Pulau Pinang menerima transaksi tanpa tunai sejajar dengan inisiatif ‘Pasar Awam Cashless’ Kerajaan Negeri


Kuala Lumpur, 15 Jun 2020
Peralihan ke transaksi tanpa tunai sudah menjadi kebiasaan di sektor peruncitan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Pandemik COVID-19 yang dihadapi menunjukkan betapa pentingnya bayaran tanpa sentuh tanpa tunai. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk membantu pelanggan beralih ke transaksi tanpa tunai Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) telah melancarkan kempen “Cashless Lagi Senang” untuk membolehkan para peniaga menyediakan kemudahan kaedah bayaran tanpa sentuh tanpa tunai bagi kemudahan pembeli.
Program ini bermula dengan penyertaan para peniaga di 20 pasar awam di Pulau Pinang sepanjang tiga bulan yang akan datang, bagi menyokong inisiatif ‘Pasar Awam Cashless’ oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertujuan melaksanakan sistem transaksi tanpa tunai di semua pasar awam sekaligus meningkatkan penggunaan bayaran digital di seluruh Negeri.
Meskipun kadar digitalisasi perniagaan semakin memberangsangkan di negara semenjak beberapa tahun kebelakangan ini pasar awam seperti pasar basah, pasar pagi dan pasar malam belum giat menyertai migrasi digital. Namun, krisis COVID-19 baru-baru ini jauh meningkatkan kesedaran bahawa bayaran tanpa sentuh adalah lebih selamat dan bersih, sekaligus menjadi antara langkah mencegah penularan pandemik dan harus digalakkan untuk menjadikan kaedah bayaran tanpa sentuh unsur penting di semua sektor ekonomi. Ini turut seiring dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (“WHO) yang menggalakkan bayaran tanpa kontak disebabkan potensi transaksi wang tunai untuk membolehkan jangkitan merebak¹.
Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkongsi bahawa peralihan kepada transaksi tanpa tunai adalah keperluan dalam kebiasaan baharu bagi terus menghadkan jangkitan virus selain membolehkan semua perniagaan, tidak kira kecil atau besar, untuk mendigitalisasikan infrastruktur dan kaedah bayaran.
“HLB menantikan peluang untuk bekerjasama dengan peniaga pasar awam yang selama ini sering menjalankan perniagaan berasaskan tunai, untuk memudahkan peralihan kepada menerima kaedah bayaran tanpa tunai. Menyesuaikan diri kepada kebiasaan baharu sangat mencabar lebih-lebih bagi mereka yang kekurangan sumber dan pengetahuan. Sebagai sebuah bank dan penyedia perkhidmatan kewangan dengan strategi khidmat digital asas perniagaan, kami komited untuk membantu peniaga menyesuaikan diri dengan mudah kepada penyelesaian digital yang mudah, lancar dan selamat yang senang diterima dan digunapakai. Kami juga memahami bahawa aliran tunai adalah antara cabaran hebat buat PKS dalam suasana genting sebegini, dan oleh itu, kami tidak akan mengenakan bayaran permulaan yang berkaitan dengan mendigitalisasikan perniagaan mereka dengan sistem bayaran tanpa tunai.”
Di bawah kempen ‘Cashless Lagi Senang’, HLB akan bermula dengan (5) lima pasar awam sebagai pasar angkat - Kampung Baru, Kepala Batas, Air Itam, Pulau Tikus dan Bagan Ajam. HLB akan menyediakan terminal jualan (Point-of-sale, POS) mudah alih dan Semua-Dalam-Satu, bagi membolehkan peniaga menerima semua jenis bayaran tanpa tunai dan bayaran tanpa sentuh, iaitu kad kredit dan debit, e-dompet termasuk Boost, GrabPay, TNG e-wallet, Alipay, WeChat Pay serta Samsung Pay. Dengan terminal POS Semua-Dalam-Satu, peniaga bukan sahaja mendapat manfaat kemudahan ini apabila tidak perlu memaparkan pelbagai kod QR fizikal untuk menerima bayaran, tetapi juga dengan adanya ciri bayaran automatik dan laporan transaksi harian, peniaga tidak perlu menyimpan jumlah wang tunai yang banyak, selain mengelakkan keperluan ke bank untuk melakukan urusniaga deposit tunai.
Dalam usaha menggalakkan peniaga pasar awam untuk mengamalkan perniagaan tanpa tunai dan sentuh, kos penyertaan adalah SIFAR untuk peniaga yang menggunakan solusi bayaran digital HLB, kerana Bank akan membatalkan caj sewa terminal, caj memasang dan deposit sekuriti serta kadar diskaun peniaga (“MDR”) untuk semua peniaga sehingga 31 Disember 2020. Selain itu, peniaga yeng menggunakan solusi bayaran digital HLB akan menjadi pelanggan Bank yang dapat menikmati akses mudah kepada rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan, solusi digital dan bimbingan oleh mentor dalam bidang yang melangkaui topik perbankan serta pinjaman dan pembiayaan.