Hong Leong Bank Anjur ‘Digital Day 2018’ Bagi Meraikan Pengalaman Dan Inovasi Digital Pelanggan
- Para pelanggan berpeluang memenangi hadiah dan e-baucar berjumlah lebih RM17 juta sepanjang Digital Day 2018 HLB bermula pada 7 hingga 13 Julai 2018
- HLB menjadi bank pertama di Malaysia yang menggunakan Facebook Augmented Reality (AR) Filter untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada para pelanggannya menerusi penganjuran HLB Digital Day AR Challenge yang menawarkan hadiah berupa 7,000 e-baucar aiskrim serta simpanan tetap RM49,000 untuk dimenangi.

Dari kiri: Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Domenic Fuda bersama-sama dengan Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank, Charles Sik merasmikan Digital Day 2018 di Menara Hong Leong.
Kuala Lumpur, 4 Julai 2018
Hong Leong Bank Berhad (HLB) terus menyaksikan peningkatan penggunaan platform digital dalam kalangan penggunanya. Pada hujung 2017, 48% pengguna HLB telah beralih kepada penggunaan platform digital dan mudah alih untuk transaksi perbankan, dengan transaksi digital terus berkembang pada kadar 73%, menguatkan lagi aspirasi digital bank berkenaan.
“Peningkatan penggunaan platform digital kami menjadi bukti kepada kematangan serta harapan tinggi dalam kalangan pelanggan kami dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Kami menjangkakan transaksi perbankan digital akan terus meningkat apabila kami mengembangkan lagi penawaran produk serta perkhidmatan di dalam platform digital,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Domenic Fuda pada majlis pelancaran acara tahunan Digital Day bank berkenaan, yang mula diadakan pada tahun lepas.
Para pemain industri perbankan perlu sentiasa peka terhadap keperluan dan kehendak pelanggan untuk kekal relevan di dalam lanskap perkhidmatan kewangan yang pantas berubah dengan peningkatan penggunaan teknologi. “Untuk memastikan kami sentiasa memenuhi keperluan pelanggan yang sering berubah-ubah, kami telah mengambil pendekatan untuk mendefinisikan semula perkhidmatan perbankan dengan memasukkan elemen digital ke dalam apa jua yang kami lakukan di setiap peringkat. Kami telah membuat perubahan yang menyeluruh terhadap cara kami bekerja, cara kami memperkasakan komuniti kami dan lebih penting lagi, cara kami berkhidmat dan berinteraksi dengan pelanggan kami,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Bank, Domenic Fuda pada majlis pelancaran kempen Digital Day 2018 anjuran bank berkenaan.
Menegaskan bahawa proses pendigitalan perlu dilaksanakan sebaik mungkin bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Fuda berkata, “Sebenarnya, perbankan digital dan inovasi-inovasi yang dilaksanakan telah banyak memberikan kawalan kepada pelanggan yang sebelum ini tidak dimiliki oleh mereka. Kami di HLB, akan sentiasa berusaha berpandukan kepada etos kami iaitu “Digital-At-The-Core with Customers-At-The-Forefront”, untuk memenuhi keperluan mereka yang sebenar dan harapan yang kian meningkat agar mereka dapat meneruskan kehidupan tanpa gangguan, menikmati Life365 yang sebenar. Digital Day kami sememangnya ialah satu hari di mana kami meraikan para pelanggan dan memberikan mereka ganjaran kerana menggunakan perkhidmatan bank kami serta menyertai platform digital kami.”
Bagi meningkatkan kefahaman mengenai penawaran digital oleh bank berkenaan, Hong Leong Bank akan menampilkan beberapa inovasi dalam segmen perbankan Pengguna, PKS serta Perniagaan dan Korporat di sepanjang kempen tahunan Digital Day diadakan bermula pada hari ini hingga 31 Julai 2018.
Menetapkan standard baru dengan menjadi bank pertama menggunakan Facebook Augmented Reality untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pelanggan.
Sebagai peneraju dalam senario perbankan digital tempatan, HLB telah melancarkan HLB Digital Day AR Challenge, menggunakan platform Facebook Augmented Reality (AR) yang baharu sahaja diperkenalkan untuk mempamerkan produk serta perkhidmatan digital yang ada sekarang serta yang sedang dibangunkan untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pengguna melalui cara yang menyeronokkan.
Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi Hong Leong Bank, Charles Sik berkata, “Dengan 89.3% rakyat Malaysia kerap mengunjungi laman media sosial, ianya jelas menunjukkan bahawa kami perlu menarik perhatian pelanggan baru dan yang sedia ada di mana mereka sentiasa aktif dalam talian bagi mewujudkan pengalaman menarik yang disukai dan tidak dapat dilupakan oleh mereka. Saya dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa kami telah menetapkan satu standard baru bagi keterlibatan pelanggan di dalam industri perbankan dengan menjadi bank pertama di Malaysia yang mempunyai Facebook Augmented Reality Experience sendiri, untuk memberi ganjaran serta berinteraksi dengan para pelanggan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.”
Bermula pada 4 hingga 31 Julai 2018, HLB akan melancarkan 7 Facebook AR filter miliknya secara beransur-ansur. Ketujuh-tujuh filter tersebut mencerminkan kreativiti inovasi digital bank berkenaan di dalam usahanya untuk menghidupkan aspirasi digital HLB. Filter tersebut menampilkan perkakasan digital bank berkenaan seperti pengecaman wajah, permohonan pembayaran, Chatbot, Pay Mobile (PEx), Perbualan AI, Imbas dan Bayar, serta sebuah filter utama yang menunjukkan bagaimana HLB menjadikan perbankan lebih mudah, senang dan lebih baik untuk para pelanggannya. HLB Digital Day AR Challenge terbuka kepada semua di mana mereka hanya perlu mengambil gambar dan berkongsi gambar mereka untuk menerima 7,000 e-baucar Baskin Robbins serta berpeluang untuk memenangi satu daripada tujuh simpanan tetap RM7,000 dengan tempoh simpanan selama tujuh bulan.
Selain daripada HLB Digital Day AR Challenge, bank berkenaan turut mengatur promosi-promosi istimewa dalam talian untuk semua produk utamanya di sepanjang kempen Digital Day ini diadakan, bermula pada 7 hingga 13 Julai 2018.
Eksklusif Satu Hari Sahaja Dalam Talian pada 7 Julai
- Pinjaman Peribadi/-i – Daftar untuk mendapat kadar tetap 3.70% setahun
- eFixed Deposit/-i – Nikmati 4.37% setahun untuk 3 bulan
- Kad Kredit – Mohon dalam talian dan dapatkan pulangan tunai RM477 sebaik sahaja pertama kali digunakan
SpinToWin Tujuh Hari Dalam Talian bermula pada 7 hingga 13 Julai
- Berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah serta e-baucar berjumlah lebih RM17 Juta, termasuk Huawei P20 setiap hari dalam SpinToWin HLB di dalam aplikasi mudah alih Hong Leong Connect.
“Kami berharap agar para pelanggan kami yang baru dan sedia ada akan berasa teruja untuk menyertai setiap aktiviti yang disusun oleh kami untuk meraikan pengalaman digital mereka bersama-sama dengan kami. Kami akan terus menginovasi produk serta penawaran kami agar mereka dapat meneruskan hidup tanpa gangguan, dan menjalani kehidupan sempurna Life365,” jelas Sik.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami di: www.hlb.com.my/DigitalDay.
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my