Tengok Wayang Sampai Goyang Dengan Kad Kredit Hong Leong Bank Gsc

Dari Kiri ke Kanan: Mr. Srihari Sikhakollu, Head of Payments & Partnerships of Hong Leong Bank Berhad;
Charles Sik, Managing Director of Personal Financial Services of Hong Leong Bank Berhad;
Domenic Fuda, Group Managing Director and Chief Executive Officer of Hong Leong Bank Berhad;
Koh Mei Lee, Chief Executive Officer of Golden Screen Cinemas Sdn Bhd and
Mr. Perry Ong, Country Manager of Mastercard Malaysia and Brunei.
Kuala Lumpur, 19 Julai 2018
Jika anda gemar menonton filem blockbuster terkini di layar besar serta menikmati pengalaman bunyi sekeliling yang menakjubkan, sambil menjamah popcorn dan minum minuman ringan kegemaran anda, maka anda perlu memiliki Kad Kredit Hong Leong Bank (HLB) GSC yang telah dinaik taraf dan Kad Kredit HLB GSC Mastercard yang baharu sahaja dilancarkan. Dengan memiliki kad berkenaan, kaki wayang seperti anda boleh menonton lebih banyak filem sambil menikmati lebih banyak penjimatan dan pelbagai hadiah serta ganjaran lain di Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian panggung wayang terbesar di seluruh Malaysia.
Dengan langkah menaik taraf kad terbaharu, para pemegang kad akan menikmati potongan RM6 untuk tiket bagi setiap panggung termasuk Signature Halls dan potongan 30% untuk snek serta minuman apabila anda membuat tempahan dan pembayaran melalui laman sesawang serta aplikasi mudah alih GSC. Selain daripada penjimatan besar, pemegang kad itu juga boleh menikmati:
- Diskaun 20% apabila menjamu selera di gerai makanan dan minuman GSC.
- Dapatkan 3X Mata Ganjaran atas perbelanjaan di luar negara, e-dagang dan semua perbelanjaan di GSC.
- Tebus mata ganjaran untuk mendapatkan tiket wayang bagi filem 3D, 4DX, Kerusi Berkembar, D-Box, MAXX, Kerusi Kulit Premium dan snek serta minuman di semua panggung GSC, termasuk Signature Halls.
- Pemegang kad prinsipal Platinum dan Emas baharu turut layak menerima Hadiah Selamat Datang berupa 10 (sepuluh) dan 5 (lima) tiket wayang setiap satu.
Kerjasama terbaharu dengan Mastercard beserta dengan penaiktarafan terhadap ciri-ciri serta manfaat untuk pemegang kad HLB GSC merupakan satu pencapaian penting bagi HLB dan GSC, menandakan ulang tahun kesembilan pelancaran kad yang amat popular itu. Sesuai dengan semangat keusahawanan HLB, kad tersebut merupakan kad kredit jenama bersama yang pertama seumpamanya dengan rangkaian panggung wayang di Malaysia semasa ia dilancarkan pada 2009.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata, “Kami sangat berpuas hati dengan kerjasama kukuh yang terjalin antara kami dengan GSC selama ini, di dalam usaha memberi ganjaran kepada semua pelanggan kami. Sejak kad berkenaan diperkenalkan, ia kekal menjadi salah satu kad kredit utama yang memberi nilai tambah kepada para penonton wayang. Kami berasa amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan Mastercard dan GSC bagi memperkenalkan kad kredit yang dapat memberikan ganjaran berganda terhadap gaya hidup pemegang kad setiap kali mereka menggunakannya untuk membeli tiket wayang, snek serta minuman melalui platform digital GSC, sama ada melalui laman sesawang atau aplikasi miliknya. Kami yakin bahawa kad berkenaan mampu memenuhi jangkaan para pemegang kad, menjadikan ianya sebagai “kad wayang paling goyang!”
Selain daripada mengkaji perubahan dari segi kecenderungan penonton wayang membuat keputusan pembelian menggunakan platform digital, HLB turut melihat cara bagaimana untuk menjadikan ciri-ciri serta manfaat kad berkenaan menjadi lebih intuitif kepada pengalaman serta jangkaan pelanggan hari ini. Pengarah Urusan Perkhidmatan Pembiayaan Peribadi HLB, Charles Sik berkata, “Menonton wayang sepatutnya menjadi detik yang gembira serta tanpa gangguan bersama-sama dengan rakan serta ahli keluarga. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi kami untuk menaik taraf nilai yang ditawarkan oleh kad kami bagi memberi ganjaran kepada pemegang kad yang setia dan membolehkan lebih ramai kaki wayang menikmati filem tanpa perlu bimbang tentang terma dan syarat. Dengan Kad Kredit HLB GSC yang telah dinaik taraf, para pelanggan dapat menikmati ganjaran benar-benar daripada pengalaman menonton, setiap hari untuk semua filem di panggung GSC, tanpa syarat.”
Bagi GSC pula, kad baharu itu menjadi pelengkap kepada pengalaman digital pelanggan yang membeli tiket di dalam talian. Walaupun pilihan untuk membeli tiket di kaunter masih ada, platform dalam talian GSC iaitu laman sesawang GSC dan Aplikasi Mudah Alih GSC (untuk iOS dan Android) telah memberikan kemudahan serta ganjaran yang memuaskan kepada pemegang kad.
Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee berkata, “Sebagai peneraju utama dalam sektor penayangan filem di negara ini, GSC sentiasa berinovasi ke arah menyediakan pengalaman menonton yang berkualiti untuk dinikmati oleh para penonton mengikut keselesaan mereka dan pada harga yang terbaik. Selama hampir sedekad lamanya, kami telah bekerjasama dengan Hong Leong Bank bagi memberikan kad paling baik untuk kaki wayang, yang menawarkan pelbagai faedah terhebat setiap kali mereka datang menonton filem di GSC. Kami berasa amat teruja dan berbangga kerana dapat melanjutkan kerjasama ini dengan Mastercard yang dapat memberikan lebih banyak lagi keistimewaan, ganjaran serta pelbagai tawaran menarik yang dinanti-nantikan oleh para pelanggan yang menonton di panggung kami.”
Pengurus Negara Malaysia dan Brunei Mastercard, Perry Ong berkata, “Kerjasama dengan peneraju industri, Hong Leong Bank dan GSC, dilakukan tepat pada masanya ketika permintaan dari kalangan pengguna di Malaysia telah berkembang menjadi semakin canggih dan kad Hong Leong Bank GSC Mastercard kini didatangkan dengan pelbagai tawaran serta ganjaran hebat yang direka khusus bukan sahaja untuk memenuhi keperluan gaya hidup tetapi sebagai pelengkap kepada pengalaman mereka yang gemar menonton wayang. Kerjasama ini menandakan satu detik penting kerana ia merupakan kad jenama bersama pertama Mastercard dengan panggung wayang di Malaysia, membuktikan kesungguhan Mastercard terhadap inovasi dan komitmen berterusan kepada para pelanggan. Berbekalkan ilmu pengetahuan serta kepakaran teknologi yang dimiliki oleh Mastercard, kami akan menambah kaedah mudah, selamat serta pintar untuk membuat pembayaran sebagai komponen penting dalam usaha mewujudkan pengalaman yang memuaskan serta lancar untuk para pelanggan di semua panggung GSC.”
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.hlb.com.my/GSC
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my