Operasi Perbankan semasa COVID-19
Menjaga Keselamatan Komuniti Kita
Cawangan dan Terminal Layan Diri
Keselamatan pelanggan, pekerja dan komuniti tetap menjadi keutamaan kami.
Cawangan kami di seluruh negara akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di pelbagai negeri dan kawasan setempat, manakala Terminal Layan Diri (SST) akan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam. Sila ambil perhatian bahawa keselamatan kesihatan awam adalah usaha kolektif dan kami meminta kerjasama pelanggan untuk mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan:
- Imbas aplikasi MySejahtera atau isi borang pelawat
- Benarkan pengambilan suhu badan
- Memakai mask sebelum memasuki premis, dan
- Mematuhi prosedur penjarakkan sosial. Keutamaan akan diberikan kepada warga emas, ibu hamil dan orang kelainan upaya.
- Anda diminta untuk menangguhkan lawatan ke cawangan dan uruskan urusan perbankan dengan selesa dan selamat dari rumah melalui aplikasi HLB Connect/Online jika anda mengalami keadaan berikut :
- Berasa tidak sihat / mempunyai demam, batuk dan sesak nafas, sila menangguhkan lawatan anda ke cawangan.
- Kontak rapat dengan pesakit positif COVID 19 atau Pesakit Bawah Siasatan (PUI)
- Menunggu keputusan ujian COVID 19 anda dan
- Telah dinasihatkan untuk kuarantin kendiri.
Kami akan terus mengamalkan langkah berjaga-jaga dalam memastikan pelanggan dan pekerja kami di cawangan mahupun di bangunan kami sentiasa selamat dan dilindungi.
- Proses sanitasi dan pembersihan akan dilaksanakan setiap jam dan setiap hari di semua tempat sentuhan pelanggan/pelawat, termasuk kawasan umum dan Terminal Layan Diri pada waktu operasi.
- Memberi cecair pembasmi kuman kepada pelanggan dan pelawat.
Membantu Anda Dalam Urusan Perbankan Dengan Selamat
Keselamatan dan kesejahteraan anda sentiasa menjadi keutamaan kami dan berikutan penularan COVID-19, ramai di antara anda yang perlu berada di kediaman masing masing dan mengamalkan penjarakkan sosial. Kami mengesyorkan anda untuk menggunakan saluran digital kami bagi keperluan perbankan harian anda, yang boleh dilakukan melalui Aplikasi HLB Connect / Online secara selesa dari rumah anda dengan akses 24 x 7 pada perkhidmatan seperti Gambaran Keseluruhan Akaun, Pemindahan Wang, Pembayaran Bil dan banyak lagi.
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun bank bersama HLB, kami amat berbesar hati untuk menawarkan pengalaman digital yang sepenuhnya di mana anda tidak perlu hadir ke cawangan secara fizikal atau ke Terminal Layan-Diri. Anda hanya perlu memuat-turun aplikasi 'Apply@HLB' untuk membuka akaun anda pada bila-bila masa, di mana sahaja dan Kad Debit akan dihantar kepada anda di mana sahaja anda berada di Malaysia.
Muat turun aplikasi ‘Apply @ HLB’ dari
Hubungi kami
Kami menggalakkan para pelanggan untuk menggunakan Aplikasi Hong Leong Connect/Online untuk keperluan perbankan anda. Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila email kami di https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/help-support/contact-us.html dan kami akan menghubungi anda dengan secepat mungkin.
Sebagai alternatif, anda boleh hubungi Talian Khidmat Pelanggan di 603 - 7626 8899, yang akan beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang mulai Isnin hingga Sabtu, sehingga diberitahu kelak.
Ikuti Kami di Media Sosial
Kami akan memberi anda maklumat terkini mengenai sebarang perubahan pada perkhidmatan kami dan kami menggalakkan anda untuk melawat halaman kami atau mengikuti kami di @HLBMalaysia di Facebook dan @MYHongLeong di Twitter untuk sebarang kemas kini baru.
Keselamatan pelanggan dan pekerja merupakan keutamaan kami di masa mencabar ini.
Terima kasih kerana memahami dan kekal selamat.
*Maklumat Terkini setakat 13 Januari 2021