Hong Leong Bank Lancar Set Penyelesaian Perniagaan Digital Lengkap Dengan Perkhidmatan Kewangan SMElite
- HLB memperkenalkan Penyelesaian Perniagaan Digital yang komprehensif dan dijana oleh 5 alat perniagaan, iaitu HL ConnectFirst Lite, Biztory, Kakitangan, SimpleTax dan Digital Advert bagi memperkasakan PKS.
- HLB komited untuk memenuhi keperluan PKS bagi mendapatkan dana dengan memperkenalkan Program SMElite (disebut sebagai ‘SME Elite’)

Left to Right:
Bryan Soong, Founder of Biztory; Dato’ Vimmy Yap, Founder of Simple Tax; Charles Sik, Managing Director of Personal Financial Services, Hong Leong Bank; Irnyza Binti Ngah, Chief Operating Officer of Hong Leong Islamic Bank Berhad; Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak, President & Chief Executive Officer of Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad; Domenic Fuda, Group Managing Director & Chief Executive Officer of HLB; Terrence Teoh, Head of GSME Banking, HLB; Effon Khoo, Founder of Kakitangan; Wong Pi Yee, Managing Director of Publicis Media and Yow Kuan Tuck, Managing Director of Business & Corporate Banking, HLB.
Kuala Lumpur, 27 Jun 2018
Ada kalanya para usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia berdepan dengan kesukaran untuk berkembang kerana bimbang tidak dapat memenuhi tuntutan pasaran yang kian meningkat. Oleh sebab HLB memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan ini, maka Hong Leong Bank Berhad (HLB) telah melancarkan satu set penyelesaian perniagaan dan kewangan digital yang berinovasi serta komprehensif bagi memenuhi segala keperluan PKS, termasuklah pengurusan kewangan, promosi dan pengiklanan serta skim pembiayaan hartanah dan modal kerja bagi membantu dan menyokong PKS dalam operasi harian perniagaan mereka.
Penyelesaian Perniagaan Digital HLB: Membantu meningkatkan kecekapan operasi perniagaan secara digital
Sebagai tambahan kepada platform miliknya sendiri, HL ConnectFirst Lite, HLB turut menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi yang disegani serta terbaik dalam bidang yang sama seperti Biztory, Kakitangan, SimpleTax dan Digital Advert untuk menghasilkan satu Penyelesaian Perniagaan Digital yang holistik bagi memperkasakan PKS yang ada sekarang.
“Sebagaimana proses automasi dan pendigitalan pantas mengubah cara pengendalian perniagaan, HLB sentiasa berusaha untuk membantu pelanggan menyiapkan diri serta menaik taraf perniagaan mereka dengan menyediakan satu penyelesaian perniagaan serta kewangan digital yang lengkap supaya mereka lebih berdaya saing dalam pasaran. Kami percaya bahawa dengan bantuan alat yang betul seperti set Penyelesaian Perniagaan Digital ini, akan menjadikan mereka lebih pantas dan cekap dalam menguruskan perniagaan supaya mereka boleh memberikan tumpuan terhadap usaha mencari jalan serta mengejar peluang untuk mengembangkan perniagaan,” kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda.
Dengan memahami keperluan untuk memanfaatkan platform digital bagi menjalankan operasi perniagaan dengan lebih cekap, HL ConnectFirst Lite merupakan platform perbankan dalam talian yang mesra pengguna dan memudahkan pelanggan PKS membuat transaksi perbankan dalam talian. Platform ini menawarkan penyelesaian pengurusan tunai untuk kemudahan “Akaun Semasa” dan penyelesaian “Pedagang” secara percuma.
Penyelesaian Perniagaan Digital HLB turut mengandungi empat e-alat yang membolehkan pelanggan PKS menjalankan fungsi utama pentadbiran dan pemasaran dengan mudah.
E-alat yang dimaksudkan ialah Biztory, sebuah penyelesaian perisian e-perakaunan serta invois; Kakitangan, sebuah platform e-HR yang menguruskan fungsi sumber manusia seperti sistem gaji; SimpleTax, sebuah alat penasihat Cukai Jualan dan Perkhidmatan serta Cukai Pendapatan dalam talian, dan Digital Advert, sebuah perkhidmatan perintis industri yang menawarkan pakej pengiklanan digital luar bangunan pada harga berpatutan untuk mengakses 3,500 skrin digital di Malaysia.
“Penyelesaian perniagaan digital kami yang serba baharu merupakan bukti kepada komitmen kami untuk menjadi teras digital (Digital at the Core’) supaya kami akan sentiasa menambah baik perkhidmatan agar pelanggan kami dapat menikmati pengalaman perbankan yang terunggul dan menyokong keperluan segmen komuniti perniagaan PKS melangkaui urusan perbankan,” kata Ketua Perbankan Kumpulan Perusahaan Kecil Sederhana HLB, Terrence Teoh.
SMELITE: Menyokong PKS Malaysia dengan keperluan pembiayaan hartanah dan modal kerja
Sebagai tambahan kepada Penyelesaian Perniagaan Digital HLB, HLB turut memperkenalkan SMElite, sebuah skim pembiayaan bersandarkan hartanah yang membolehkan PKS mendapatkan pinjaman untuk pembelian hartanah dan pembiayaan modal kerja. Skim tersebut dijamin oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) menerusi Skim Jaminan Portfolio.
“Kami memahami cabaran yang mungkin dihadapi dalam perniagaan, termasuk PKS, dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan. Antara halangan utama yang sering dialami oleh mereka yang ingin mengembangkan perniagaan adalah untuk mendapatkan pembiayaan,” kata Teoh.
“Kami komited dalam menyokong pembangunan PKS di Malaysia yang penting demi kemajuan ekonomi negara. Kami telah memperuntukkan satu portfolio bernilai RM1 bilion untuk skim pembiayaan SMElite bagi memastikan PKS mempunyai pilihan bagi mendapatkan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan,” jelas beliau.
SMElite membolehkan PKS yang layak mendapatkan pinjaman hingga RM5 juta untuk pembelian hartanah dan pembiayaan semula serta didatangkan dengan keperluan modal kerja hingga 150 peratus margin pembiayaan.
“Kami percaya skim SMElite itu berupaya menarik minat pelanggan PKS kami yang sedang mencari dana untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka secara fizikal dan mencari penyelesaian hartanah. Menerusi skim berkenaan, pelanggan bukan sahaja mampu memperoleh hartanah yang berkaitan untuk tujuan pengembangan, tetapi mereka juga boleh mendapat akses kepada modal kerja bagi membiayai perbelanjaan untuk mengembangkan perniagaan mereka seperti kos pemindahan dan pengubahsuaian, serta kos-kos lain yang berkaitan,” kata Teoh.
“Sebagai sebuah bank komuniti, kami amat berbangga kerana mempunyai kesedaran serta kefahaman yang tinggi tentang apa yang diperlukan oleh PKS untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh yang demikian, kami boleh memberikan sokongan serta penyelesaian yang diperlukan bagi membolehkan PKS menggunakan peluang yang ada untuk mencapai kejayaan,” kata Fuda.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang kami di https://www.hlb.com.my/en/business-banking/group-sme-banking/loan.html
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my