Hong Leong Bank Menerima Perusahaan Sosial ‘The Asli Co’ ke Pelantar CSR ‘HLB Jumpstart’
Hong Leong Bank Menerima Perusahaan Sosial ‘The Asli Co’ ke Pelantar CSR ‘HLB Jumpstart’
The Asli Co., perusahaan sosial keempat yang diterima ke pelantar HLB Jumpstart, bertumpukan penjanaan
pendapatan mampan bagi komuniti Orang Asli

Kuala Lumpur, 8 Julai – Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) mengumumkan kerjasama dengan The Asli Co, perusahaan sosial yang bertumpukan penjanaan pendapatan mampan untuk kelompok ibu-ibu Orang Asli, di bawah pelantar CSR Bank, ‘HLB Jumpstart.’ Melalui pelantar tersebut, The Asli Co. akan menerima bantuan dan bimbingan dari mentor bagi membolehkan mereka mengukuhkan operasi, menjadikan perniagaan lebih menguntungkan dan boleh diskalakan agar membawa impak kesan positif jangka panjang dari segi memperbaiki sumber pendapatan komuniti Orang Asli.
Diasaskan oleh Jason Wee dan Lim Xin Yu pada April 2019, The Asli Co. adalah perusahaan sosial berpacukan impak, dengan misi menaik taraf kehidupan Orang Asli di Malaysia dengan memperkasakan golongan ibu-ibu Orang Asli untuk menjana pendapatan mampan dengan menghasilkan kraftangan dan produk di rumah, dan dengan in membantu anak-anak mereka meneruskan persekolahan dalam usaha menamatkan kitaran kemiskinan dalam komuniti tersebut.
Ibu-ibu Orang Asli yang bekerjasama dengan The Asli Co. berasal dari dua perkampungan, iaitu Kampung Orang Asli Serendah dan Kampung Orang Asli Sungai Buloh. Produk buatan tangan yang dihasilkan mereka adalah tanaman pasu simen yang diperbuat dari cawan minuman ‘bubble tea’ kitar semula, sabun buatan tangan yang menyerupai kuih-muih tempatan serta pembersih tangan yang dirumuskan dengan bahan semulajadi.
Semenjak wabak COVID-19 merebak di Malaysia, diikuti Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) dan PKP Bersyarat, The Asli Co. meningkatkan pembuatan pembersih tangan bagi memenuhi permintaan pasaran. Mereka turut merancang untuk menghasilkan pelitup muka buatan kain sebagai alternatif mampan kepada pelitup muka pakai buang, supaya penduduk Malaysia dapat membendung penularan virus secara mampan, selain menyediakan sumber pendapatan yang stabil kepada golongan ibu-ibu Orang Asli di saat-saat mencabar seperti kini.
Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata. “Kami percaya berkerjasama dengan rakan kongsi yang bergiat membentuk ekosistem komuniti yang rancak dan bertenaga, dan kerjasama The Asli Co. dengan komuniti rentan memenuhi ciri-ciri yang dicari kerana ia memberi peluang pendapatan serta kemahiran baharu yang boleh menaikkan taraf kehidupan mereka. Lebih-lebih lagi pada ketika ini, kita melawan krisis kesihatan sedunia, tempoh di mana komuniti ini terpinggir paling terkesan oleh impak ekonomi dan sosial. Kami menantikan peluang memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan The Asli Co. ke arah operasi yang mampan, selain membuka laluan untuk bersama-sama menyumbang dan membina impak positif kepada komuniti terpinggir, selaras dengan nilai asas Bank iaitu keusahawanan, kemampanan dan tanggungjawab sosial.”
HLB Jumpstart, yang dirasmikan pada September 2018, bekerjasama rapat dengan perusahaan sosial di Malaysia dengan matlamat membantu perusahaan membina perniagaan mampan melalui lima tonggak utama: Pengetahuan Kewangan, Peralatan dan Pendigitan, Penjenamaan dan Pemasaran, Komersialisasi, dan Kesukarelawanan. Dalam tahun pertama didirikan, HLB Jumpstart diiktiraf di CSR Malaysia Awards 2019 kerana sokongan kuat yang diberikan kepada ekosistem perusahaan sosial tempatan.
Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi di Hong Leong Bank berkata, “Pandemik ini ternyata sangat mencabar bagi perniagaan, apatah lagi perusahaan sosial yang berusaha membantu pihak lain ketika beroperasi. Memperkenalkan The Asli Co. sebagai rakan kerja CSR kami di HLB Jumpstart sangat menepati keperluan semasa dan kami akan berkongsi kepakaran keusahawanan, memberi amalan terbaik dan solusi berkaitan bagi membantu mereka menskalakan perusahaan dan paling utama, membantu lebih ramai ibu Orang Asli meningkatkan kemahiran supaya mereka dapat lebih banyak peluang pendapatan. Sebagai permulaan, kami akan membantu mereka memperoleh mesin jahit untuk digunakan bagi membuat pelitup muka kain, mendirikan gerbang pembayaran yang lebih mudah digunakan untuk manfaat pelanggan mereka, memberi bimbingan mentor melalui pasukan perbankan PKS kami serta memperluaskan pelan pemerolehan sosial mereka. Selain itu, kami turut merancang untuk menganjurkan sesi kecelikan kewangan untuk kelompok ibu Orang Asli bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang kepentingan memiliki rancangan kewangan yang kukuh demi masa hadapan.”
Jason Wee, Pengasas The Asli Co. meluahkan keterujaan untuk bekerjasama dengan HLB, kerana HLB berkongsi visi yang sama tentang kepentingan menghasilkan impak sosial yang positif demi kebaikan masyarakat.
“Menyertai HLB Jumpstart adalah ‘game changer’ untuk kami kerana dapat menerima bimbingan dalam memperbaiki, menskalakan dan memampankan perniagaan melalui kepakaran perniagaan, pendigitan, pemasaran dan penyelesaian HLB. Kemiskinan sudah lama membelenggu komuniti Orang Asli dan merupakan sebab utama kadar keciciran sekolah kanak-kanak yang tinggi, lantas meneruskan kitaran ganas yang seperti tiada penghujung. Kami berharap perhubungan profesional dengan HLB akan membolehkan kami membantu dan meninggalkan impak positif kepada lebih banyak komuniti Orang Asli di dalam negara, dan mengeluarkan keluarga terpinggir dari kemiskinan dengan bermartabat.”
Kelompok ibu Orang Asli menerima bayaran pendahuluan sebanyak 14% ke 20% dari hasil penjualan kerja tangan mereka.. Bagi memastikan mereka menerima pendapatan yang adil dan munasabah, Jason berkongsi bahawa The Asli Co. membayar upah sehingga empat kali ganda gaji minimum. Dalam tempoh 2 tahun yang akan datang, The Asli Co. menyasarkan penghasilan sekurang-kurangnya 20 produk buatan tangan untuk meluaskan pasaran dan menyediakan peluang pendapatan kepada lebih ramai ibu Orang Asli. Antara produk yang direncanakan adalah pelitup kain muka yang boleh digunakan semula, cecair nyahjangkit permukaan, , lilin penyingkiran rambut, perhiasan rumah dan barang kemas.
The Asli Co. adalah perusahaan sosial keempat yang menyertai pelantar HLB Jumpstart. Tiga perusahaan yang lain adalah SURI, perusahaan sosial pemegang anugerah yang bertumpukan kitar semula kain denim yang bekerja dengan kelompok ibu-ibu tunggal dari golongan kurang bernasib baik bagi menawarkan peluang kewangan dan kemahiran hidup yang utama; Green Hero yang bertujuan menghapuskan pembaziran makanan di dalam negara serta Coffee for Good yang bertujuan membantu belia-belia B40 dengan program latihan semasa bekerja dalam bidang barista.
Perusahaan Sosial yang ingin mendapat bantuan dalam mengendalikan visi dan perniagaan mereka boleh berhubung dengan capr@hlbb.hongleong.com.my atau melayari https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/about-us/csr.html