Hong Leong Bank Bekerjasama dengan CGC untuk menawarkan RM200 juta untuk pembiayaan PKS
Kuala Lumpur, 6 Mac 2018
Hong Leong Bank Berhad (“HLB” atau “Bank”) memeterai perkongsian strategik dengan Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), untuk mengambil bahagian dalam Skim Jaminan Portfolio CGC bagi menawarkan pembiayaan sehingga RM200 juta kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Menurut Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, bank tersebut mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh PKS dalam kemajuan negara dan juga ekonomi.
“Sebagai sebuah bank komuniti, kami berbangga untuk menyokong perkembangan PKS di Malaysia dan kami bermatlamat untuk menjadi platform sehenti bagi menyediakan penyelesaian pengurusan perniagaan untuk semua keperluan perniagaan PKS.”
“Kami mengakui cabaran utama yang dihadapi para PKS hari ini iaitu mendapat kemudahan pembiayaan tanpa cagaran, untuk memajukan perniagaan mereka. Melalui skim portfolio ini, para PKS yang mempunyai model perniagaan yang berdaya maju tetapi kurang cagaran yang releven dalam mendapatkan kemudahan kredit yang diperlukan kini, boleh mendapatkan akses Pembiayaan yang mampu membawa perubahan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.
“Adalah penting bagi kita untuk memberikan sokongan yang sepatutnya kepada para PKS supaya mereka boleh fokus dalam mengoptimakan peluang bagi menjalankan perniagaan mereka secara efisien. Sebagai sebahagian daripada matlamat kami untuk menjadi platform sehenti bagi menyediakan penyelesaian perniagaan, para PKS yang menerima jaminan pembiayaan dari HLB melalui skim ini, akan juga mendapat akses kepada bantuan pengurusan perniagaan seperti ‘Connect First’ yang dilancarkan baru-baru ini,” tambah Domenic.
HL’s Connect First merupakan saluran perbankan digital maju yang disediakan untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat yang mampu menjalankan perbankan dan perkhidmatan pengurusan perniagaan mereka sendiri termasuk pengurusan akaun, akaun hutang, akaun penerima, pengurusan likuiditi, perdagangan, pengurusan perbendaharaan, e-pelaburan dan e-perolehan.
HL’s Connect First juga menyediakan perisian penyelesaian Sumber Manusia yang dikenali sebagai ‘Kakitangan.com’, bagi membolehkan para PKS menguruskan akaun gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial secara efisien.
“Para PKS terus menjadi dorongan untuk pertumbuhan dan kami mengucapkan tahniah kepada CGC dalam usaha mereka bagi meningkatkan sektor ini melalui pelbagai skim jaminan dan pinjaman yang disediakan. Kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dengan CGC dalam menyokong PKS dan mengucapkan tahniah kepada mereka dalam menjalankan pelbagai program bagi menaik taraf sektor PKS."
Selaras dengan warisan keusahawanan yang kuat, Hong Leong Bank berusaha menyediakan penyelesaian sokongan dan perbankan kepada PKS, dengan memahami cabaran perniagaan dan keperluan untuk pertumbuhan mereka.
"Perjanjian perkongsian strategik kami ini yang telah dimeterai melalui jalinan usahasama kami dengan CGC merupakan satu lagi contoh bagi membuktikan bagaimana Hong Leong Bank bersinergi pembiayaan dan solusi yang dibawa oleh Connect First yang bebas kerumitan, untuk memudahkan perjalanan pelanggan kami dan menyokong mereka dalam setiap langkah. Hong Leong Bank tetap komited untuk menyokong pertumbuhan segmen PKS di Malaysia, dalam membantu PKS mencapai matlamat perniagaan mereka dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masa depan negara, " tambah Domenic.
"Kami berbesar hati untuk memeterai perjanjian perkongsian strategik yang pertama dengan Hong Leong Bank, yang mempunyai objektif yang sama iaitu membantu PKS dalam mencapai matlamat perniagaan mereka dengan menangani keperluan pembiayaan mereka. Komitmen CGC terhadap PKS telah menjangkau empat dekad dan kami kini menawarkan pelbagai pilihan pembiayaan untuk memenuhi keperluan PKS; terutamanya pelanggan rakan perbankan kami melalui skim Jaminan Portfolio (PG) yang inovatif,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak.
“Melalui kerjasama ini, para PKS kini akan mempunyai lebih banyak pilihan untuk mempertimbangkan untuk akses pembiayaan bagi perniagaan mereka,” ujar Zamree.
Zamree menambah bahawa skim tersebut juga boleh didapati di imSME, platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS dalam talian yang pertama di Malaysia, yang akan membuat padanan untuk PKS yang layak dengan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh bank-bank yang mengambil bahagian.
Untuk keterangan lanjut, sila layari laman sesawang di www.imsme.com.my.
Hubungan Media
Hal Ehwal Korporat & Perhubungan Awam Kumpulan
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-2081 8888 ext 61916
Email: capr@hongleong.com.my