Prof Dr Rusni chairs HLISB Shariah Committee

HongLeong Bank Logo
  • Priority
  • Islamic
  • Global Markets
  • Blue Header
  • Interim Homepage
  • Priority Banking Form
  • test
  • test
  • Loan Cal
  • Log Viewer
  • asdsadsad
  • stand alone page
  • Master Form Page
  • Master Form Page
HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Personal
  • Business
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Berita & Maklumat Terkini >
  • Hong Leong Islamic Bank Lantik Veteran Perbankan Islam Prof. Dr. Rusni binti Hassan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Shariah
Banding Kad Kredit ()

Hong Leong Islamic Bank Lantik Veteran Perbankan Islam Prof. Dr. Rusni binti Hassan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Shariah

credit cardholder agreement article banner en
ENTER THE DETAIL BELOW FOR SUBTITLE COMPONENT

Kuala Lumpur, 2 Jun 2020

Hong Leong Islamic Bank (‘HLISB’ atau ‘Bank’)  telah melantik Prof. Dr. Rusni binti Hassan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Shariah Bank berkenaan, berkuat kuasa 1 April 2020.

 

Dr. Rusni sebelum ini memegang jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Shariah HLISB yang dipegang olehnya sejak Februari 2017. Sebagai Pengerusi yang baru, strategi utama Dr. Rusni ialah untuk meletakkan HLISB sebagai bank Islam digital terkemuka di negara ini menerusi inovasi produk serta perkhidmatan perbankan Islam. Strategi ini adalah selaras dengan strategi berteraskan digital Bank dalam memastikan perbankan Islam bersedia untuk menghadapi masa depan bagi memenuhi evolusi keperluan pelanggan di dalam era serba digital.

 

Sebagai seorang pensyarah di Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM serta veteran berpengaruh dalam industri kewangan dan perbankan Islam tempatan dan antarabangsa, Dr. Rusni turut memegang pelbagai jawatan penasihat serta ahli jawatankuasa Syariah yang lain.

 

Pada 2010 hingga 2016, beliau pernah dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, sebuah badan perundangan tertinggi yang menetapkan undang-undang Islam untuk tujuan perniagaan kewangan Islam di negara ini. Beliau adalah seorang Penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan juga seorang ahli jawatankuasa Syariah Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) serta ahli jawatankuasa Syariah Housing Development Finance Corporation Maldives.

 

Selain daripada menjadi penasihat untuk pelbagai persatuan kewangan dan perbankan Islam, Dr. Rusni juga merupakan seorang penceramah yang paling disegani dalam mengupas pelbagai isu kewangan dan perbankan Islam, dan telah menerbitkan banyak buku yang membincangkan topik-topik berkaitan takaful, tadbir urus korporat institusi kewangan Islam serta kes-kes serta ulasan perbankan Islam.

 

Hasil titik peluh serta sumbangan beliau terhadap kewangan Islam turut mendapat pengiktirafan antarabangsa termasuk disenaraikan dalam senarai berprestij 10 Wanita Paling Berpengaruh dalam Perniagaan dan Kewangan Islam 2019 serta 50 Wanita Paling Berpengaruh dalam Kewangan Islam 2018 oleh Cambridge IFA; dan Wanita Cemerlang dalam Kewangan dan Perundangan Islam oleh Venus International Women Awards 2016. Beliau turut dianugerahkan dengan Pengiktirafan Kebangsaan atas Sumbangan Cemerlang Wanita terhadap Pembangunan dan Kelestarian Industri Kewangan Islam di Maldives oleh kerajaan Maldives.

 

Dr. Rusni memegang ijazah LLB (Kepujian), LLB (Syariah) (Kelas Pertama), Sarjana Undang-undang Perbandingan (MCL) dan Ph.D dalam bidang Perundangan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Dr. Rusni akan menyertai ahli jawatankuasa yang sedia ada Tuan Hj. Imran Mohammad Khayat dan Prof. Madya Dr. Amir Shaharudin, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), seorang ahli baru Jawatankuasa Shariah HLISB berkuat kuasa 1 April 2020. 

Edit here to enter details for contact us
Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung