Bayaran Balik Lebihan Pembayaran dalam Akaun Kad Hong Leong
Kuala Lumpur, 10 Mac 2020
Pemegang Kad yang dihargai,
Berkuatkuasa 01 April 2020, Pemegang Kad HLB tidak lagi dibenarkan untuk membayar amaun melebihi jumlah baki tertunggak Kad Akaun mereka. Sekiranya Pemegang Kad membuat pembayaran melebihi jumlah baki tertunggak yang akan dirujuk sebagai baki kredit dalam Akaun Kad mereka, pihak Bank boleh menyekat kad dan/atau:
i) menggunakan lebihan amaun tersebut untuk menyelesaikan sebarang baki tertunggak Kad tersebut; dan/atau
ii) membayar balik ke Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Hong Leong mereka sendiri; atau
iii) membayar balik ke mana-mana Akaun Simpanan atau Semasa pemegang kad lain yang tidak dikekalkan dengan pihak Bank atas permintaan mereka.
Perjanjian Pemegang Kad Kredit akan dipinda seperti berikut:
Existing Clause |
Revised Clause |
---|---|
Fasal 46 – Budi bicara untuk mengendalikan Baki Kredit dalam Akaun Kad Jika Pemegang Kad mempunyai baki kredit dalam Akaun Kad, Pemegang Kad mungkin boleh: a) menyimpan kredit dalam Akaun Kad sehingga jumlah maksimum USD50,000 dalam Ringgit Malaysia (RM) atau jumlah lain yang ditentukan oleh pengawal selia dalam budi bicara mutlaknya dan memberitahu kepada Pemegang Kad dari semasa ke semasa (“ Baki Kredit Maksimum“) dan sama dengan penyelesaian caj dan/atau pembayaran yang terhutang berkenaan dengan Akaun Kad; atau b) meminta bayaran balik.
Apabila baki kredit dalam Akaun Kad telah melebihi Baki Kredit Maksimum (“Lebihan Wang”), Bank akan mengembalikan semua Baki Kredit Maksimum yang melebihi kepada Pemegang Kad tidak lewat daripada enam puluh (60) hari dari tarikh Lebihan Wang yang telah dibayar ke dalam Akaun Kad.
Apa jua yang terkandung di sini dan sebaliknya: i. tertakluk kepada Fasal 23 ini, pihak Bank berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk membayar atau meremitkan apa-apa baki kredit dalam Akaun Kad kepada wasi atau pentadbir Pemegang Kad sekiranya berlaku kematian Pemegang Kad dan Bank tidak mempunyai kewajipan untuk pertanyaan mengenai mana-mana hak bermanfaat daripada mana-mana pihak kepada apa-apa baki kredit tersebut. Apa-apa pembayaran atau penghantaran wang daripada mana-mana baki kredit yang dibuat oleh Bank kepada Pemegang Kad di bawah Fasal ini hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh dan muktamad akan liabiliti Bank berhubung dengan baki kredit itu; dan ii. Bank boleh atas budi bicara mutlaknya, menolak pembayaran balik wang dalam Akaun Kad yang ada dalam kredit dan mungkin memerlukan bukti tentang bagaimana Akaun Kad menjadi kredit untuk melaksanakan pembayaran balik. Pemegang Kad adalah bertanggungjawab untuk menyediakan semua keterangan berhubung dengan Akaun Kad dan Bank dibenarkan untuk mengesahkan keterangan itu untuk kepuasannya dengan mana-mana pihak yang difikirkannya patut dan keputusan Bank adalah muktamad.
|
Fasal 46 – Budi bicara untuk mengendalikan Baki Kredit dalam Akaun Kad a) Baki kredit tidak sepatutnya dikekalkan dalam Akaun Kad dan Pemegang Kad tidak sepatutnya membayar apa-apa amaun melebihi jumlah baki tertunggak Akaun Kad. b) Jika Pemegang Kad membayar amaun melebihi jumlah baki tertunggak Akaun Kad dan mengakibatkan baki kredit dalam Akaun Kad, baki kredit tersebut akan digunakan/diperuntukkan oleh pihak Bank untuk pembayaran mengikut Fasal 19 Perjanjian ini. c) Sekiranya masih terdapat baki kredit dalam Akaun Kad ("Lebihan Wang"), Lebihan Wang akan dikembalikan ke dalam akaun semasa atau akaun simpanan Pemegang Kad yang dikekalkan dengan pihak Bank atau bank lain di Malaysia seperti yang diarahkan oleh Pemegang Kad kepada pihak Bank ("CASA yang Dicalonkan"), dalam tempoh masa lima belas (15) Hari Bekerja dari penerimaan Lebihan Wang tersebut. d) Sekiranya terdapat Lebihan Wang dalam Akaun Kad dan/atau Pemegang Kad tidak memaklumkan kepada pihak Bank CASA Yang Dicalonkan, pihak Bank mempunyai hak untuk melakukan mana-mana atau kesemua yang berikut: i) menggantungkan penggunaan Kad; ii) menolak apa-apa transaksi yang dilakukan menggunakan Kad tersebut; iii) menolak apa-apa pembayaran selanjutnya ke dalam Akaun Kad; dan / atau iv) menamatkan Akaun Kad dengan notis kepada Pemegang Kad.
Apa jua yang terkandung di sini dan sebaliknya: a) tertakluk kepada Fasal 23 ini, i. pihak Bank mempunyai hak untuk membayar atau meremitkan apa-apa baki kredit dalam Akaun Kad kepada wasi atau pentadbir Pemegang Kad sekiranya Pemegang Kad meninggal dunia. ii. pihak Bank tidak mempunyai kewajipan untuk menyoal mengenai apa-apa hak yang bermanfaat daripada mana-mana pihak untuk apa-apa baki kredit tersebut; dan iii. Sebarang pembayaran atau pengiriman wang dari mana-mana baki kredit yang dibuat oleh pihak Bank kepada Pemegang Kad di bawah Fasal ini hendaklah disifatkan sebagai pelepasan penuh dan muktamad daripada liabiliti pihak Bank berhubung dengan baki kredit itu; dan
b) Pihak Bank boleh menolak pembayaran balik baki kredit dalam Akaun Kad dan mungkin memerlukan bukti tentang bagaimana Akaun Kad menjadi kredit untuk melaksanakan pembayaran balik. Pemegang Kad adalah bertanggungjawab untuk menyediakan semua keterangan berhubung dengan Akaun Kad dan pihak Bank dibenarkan untuk mengesahkan keterangan itu untuk kepuasannya dengan mana-mana pihak yang difikirkannya patut dan keputusan pihak Bank adalah muktamad.
|
Soalan Lazim
1. Mengapakah pihak Bank harus mengembalikan baki kredit dalam akaun kad kredit saya?
Sebagai langkah tambahan pihak Bank mengikuti keperluan Pencegahan Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) dan untuk mengurangkan risiko dengan menghalang menggunakan saluran ini bagi jenayah kewangan.
2. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya terlebih bayar akaun kad kredit saya?
Akaun kad kredit anda boleh disekat dan anda dikehendaki menghubungi pihak Bank untuk memaklumkan akaun CASA anda yang mana baki tersebut harus dikembalikan. Selepas bayaran balik berjaya, sekatan ke atas kad kredit anda akan dibuka semula dan anda boleh terus menggunakan kad anda.
3. Apakah yang akan berlaku pada arahan pembayaran yang saya tetapkan jika Bank menyekat Kad saya?
Semua transaksi termasuk pembayaran, debit automatik, arahan tetap, transaksi berulang (cth: insurans), dan penambahan nilai kad TNG ZING akan ditolak.
4. Bolehkah saya memberikan nombor akaun orang lain, selain daripada milik saya untuk tujuan pembayaran balik?
Bayaran balik HANYA boleh dilakukan ke atas akaun CASA milik anda sendiri.