Hong Leong Bank Memulakan Tahun Kewangan Baharu dengan Sambutan Hari Digital Tahunan untuk Pelanggan
Hong Leong Bank Memulakan Tahun Kewangan Baharu dengan Sambutan Hari Digital Tahunan untuk Pelanggan
Selain daripada promosi Bank yang mengujakan bagi membantu pelanggan “reboot” 2020 mereka, Bank mengukuhkan komitmen kepada solusi, produk dan perkhidmatan perbankan digital yang memenuhi keperluan pelanggan

Dari Kiri ke Kanan:
Jasani Abdullah – Ketua Pegawai Eksekutif, Hong Leong Islamic Bank; Zalman Zainal – Ketua Pegawai Pemasaran & Komunikasi, HLB; Domenic Fuda – Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, HLB; Charles Sik – Pengarah Urusan, Perkhidmatan Kewangan Peribadi, HLB; Yow Kuan Tuck – Pengarah Urusan, Perniagaan & Perbankan Korporat, HLB dan Shailesh Grover – Ketua Pegawai Digital & Innovasi, HLB.
Kuala Lumpur, 6 Julai – Pandemik COVID-19 yang membawakan Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) pelbagai peringkat untuk mengawal penularan virus menjadi realiti yang menggemparkan buat penduduk Malaysia. Dalam tempoh masa yang singkat virus ini menyebabkan perubahan gaya hidup yang ketara dengan peningkatan pantas amalan gaya hidup tanpa tunai atau kontak, sama ada untuk membeli makanan dan barang keperluan ataupun bekerja dengan menggunakan panggilan video. Ketika kita maju melalui fasa pemulihan, Hong Leong Bank (“HLB” atau “Bank”) bersempena kempen Hari Digital tahunan, memulakan tahun kewangan yang baharu dengan Hari Digital HLB yang ke-4, bertemakan “Reboot Your 2020”, bagi menggalakkan dan mengganjarkan pelanggan supaya terus mendalami gaya hidup digital.
Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata bahawa tempoh PKP menjadi kes ujian nyata bagi individu dan perniagaan memahami cara pelantar digital seperti perbankan dan pembayaran digital dapat memudahkan urusan harian dan perniagaan tanpa gangguan. Amalan digital dan transformasi digital ekonomi ini akan lebih menekankan pentingnya penduduk Malaysia bersikap tangkas, mudah menyesuaikan diri dan berminda digital.
“Dalam era ‘kebiasaan baharu,’ setiap apa yang disentuh dan dilakukan kini memiliki sisi digital. Sikap celik dan pintar digital kini bukan lagi pilihan, tetapi keperluan. Malah, kajian yang dijalankan sebelum pandemik menunjukkan bahawa 69% warga Malaysia yang diwawancara[1] menyuarakan hasrat untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai dengan lebih kerap. Pandemik sekadar mempercepatkan peralihan digital dan penyesuaian tanpa tunai,” kata Domenic.
Dari Mei 2019 sehingga Mei 2020, HLB sekali lagi menyaksikan peningkatan tahun ke tahun (“y-o-y”) ketara dari segi bilangan muat turun serta penggunaan pelantar perbankan digital. Setakat Mei 2020, hampir 80% pelanggan HLB kerap menggunakan HLB Connect, aplikasi perbankan mudah alih Bank, peningkatan lebih daripada seperempat berbanding tahun lepas. Lebih menarik, pelanggan berusia lebih daripada 50 tahun mencatatkan peningkatan tahun ke tahun terbesar, sebanyak 42%. Transaksi perbankan mudah alih mencatatkan peningkatan yang mengkagumkan di setiap peringkat, dengan peningkatan 80% dalam jumlah keseluruhan traksaksi, serta peningkatan 75% dalam bilangan transaksi yang dilakukan.
Namun, lonjakan besar dalam gaya hidup tanpa tunai ketika PKP menunjukkan betapa pelanggan Bank menyesuaikan diri kepada kebiasaan baharu, situasi yang turut dipacu oleh peningkatan bilangan pedagang dan peniaga yang menawarkan pilihan pembayaran tanpa tunai. Sebagai contoh, Bank menyaksikan kenaikan 13 kali ganda dalam jumlah keseluruhan transaksi tambah nilai e-dompet dalam tempoh 2 bulan Mac-Mei 2020, berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.
“Hari Digital ini, yang dianjurkan buat tahun keempat, mengetengahkan komitmen kami kepada menjadi institusi kewangan digital yang sangat berdaya saing. Kami terus menabur dana dan usaha kepada solusi digital bertumpukan pelanggan di segenap segmen pelanggan, untuk memudah cara perbankan tanpa sekatan, 24x7, tanpa perlu melawat cawangan atau mengisi borang. Kempen Hari Digital tahunan kali ini diberi tema yang sesuai, “Reboot Your 2020” pada masa kami terus ke hadapan dan meninggalkan cabaran yang disebabkan pandemik COVID-19 pada suku kedua 2020,” kata Domenic.
Sepanjang satu tahun yang akan datang, pelanggan akan dapat melihat “reboot” dan penaikan taraf digital di semua segmen perbankan dan bukan sahaja perbankan runcit, termasuk Perbankan Perniagaan dan Korporat, PKS dan perbankan Islam. Solusi digital baharu yang akan diperkenalkan bakal memudahkan peralihan dan amalan gaya hidup digital. Antaranya termasuk solusi pembayaran tanpa kontak kos rendah, penaikan taraf perbankan mudah alih untuk pelanggan perniagaan, pelaburan digital, pembukaan akaun eKYC, serta penambahbaikan produk sedia ada bagi menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih mudah dan bertumpukan pelanggan.
Charles Sik, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi berkongsi bahawa ramai pelanggan Bank menantikan peluang memulakan kembali rutin sosial pada kebiasaan baharu yang lebih banyak kelonggaran.
“Dalam tiga bulan yang lepas, kita diselubungi ketidaktentuan terutama sekali berkaitan impak COVID-19 kepada pekerjaan dan pendapatan, lantas lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan. Kini setelah memasuki fasa pemulihan, pelanggan kami telah menyatakan bahawa meluangkan masa bersama keluarga dan rakan dengan makan minum di luar, menjalankan aktiviti luar rumah dan melancong di dalam negara adalah tiga aktiviti sosial utama yang mereka bersedia untuk lakukan serta merta dalam tempoh enam bulan yang akan datang. Oleh itu, kami mengatur Hari Digital HLB tahun ini dengan pelbagai tawaran dan promosi istimewa untuk bulan Julai yang berkaitan dengan makan dan minum, membeli-belah dan melancong, selain perbankan, bagi membolehkan pelanggan kami “reboot” 2020 dan gaya hidup mereka,” kata Sik.
“Menyedari bahawa kita kini berada di era kebiasaan baharu di mana pembayaran digital dan tanpa kontak menjadi unsur penting dalam kehidupan harian, kami turut meluaskan kerjasama dengan pemain industri yang berkaitan bagi memenuhi aspirasi gaya hidup pelanggan kami untuk sepanjang tahun ini. Ini termasuk penggerak e-dagang seperti Lazada, Shopee, Zalora dan Hermo, serta tawaran hotel bagi mereka yang ingin melancong di dalam negara,” tambah beliau.
Pada 7 Julai, Hari Digital rasmi HLB, terdapat tujuh tawaran mega 1 hari sahaja:
- Pemegang kad kredit HLB boleh menikmati pulangan tunai sehingga RM700, manakala pemegang baharu kad kredit dapat menerima diskaun perbelanjaan sebanyak 50%
- Pemegang kad kredit juga diberi pilihan Pelan Pembayaran Flexi (FPP) sebanyak 0% p.a.
- Dapatkan pinjaman peribadi bermula daripada kadar faedah 3.20% p.a dengan rebat POT melalui HLB Connect
- Kadar e-Simpanan Tetap sebanyak 2.80% p.a selama 3 bulan
- Akaun Pelaburan Berjangka-i sebanyak 2.95% p.a. selama 3 bulan
- Call-for-Cash bermula daripada 1% p.a. untuk tiga bulan atau 3% p.a. untuk 18 bulan
- PKS turut menikmati langganan percuma selama 2 bulan kepada Solusi Perniagaan Digital PKS dan 60% diskaun langganan kepada Kakitangan
Selain itu, terdapat tawaran istimewa sepanjang bulan Julai 2020 berupa diskaun dan “freebie” dari rakan dagang seperti 99Speedmart, PUMA, Amazin Graze dan banyak lagi apabila anda membeli-belah dalam talian bersama HLB. Pelanggan turut berpeluang menikmati jumlah pulangan tunai yang tinggi serta ganjaran dan kadar faedah menarik bagi pinjaman dan pembiayaan, pelaburan berjangka, simpanan tetap, akaun CASA dan banyak lagi, sepanjang bulan. Pelanggan juga diminta menandakan tarikh 20 Julai kerana terdapat Jualan Mega selama satu hari sahaja, menawarkan lebih daripada RM1 juta dalam pulangan tunai dan diskaun.
Untuk maklumat lanjut tentang Hari Digital HLB 2020 dan bagaimana anda boleh ‘Reboot Your 2020’, sila layari https://www.hlb.com.my/digitalday.