Notis Penutupan Sementara Operasi Hong Leong Bank (HLB) Taman Sentosa, Klang dari 7hb-8hb Disember 2020
Kuala Lumpur, 7 Disember 2020
Para pelanggan yang dihormati,
Sila maklum bahawa HLB Taman Sentosa, Klang akan ditutup dari 7hb-8hb Disember 2020 untuk tujuan pembersihan dan disinfeksi premis berikutan kemungkinan terdapat pendedahan terhadap kes Covid-19. Terminal Layan Diri (SST) tetap beroperasi seperti biasa.
Kami ingin memberi jaminan bahawa sejak Februari 2020, semua cawangan Hong Leong Bank telah membuat pembersihan setiap jam di semua tempat di mana adanya pelanggan setiap hari dan membersihkan saluran udara penghawa dingin kami secara berkala sebelum kejadian ini.
Lokasi Cawangan HLB terdekat ialah HLB Taman Sri Andalas (3.4KM) (No telefon: : 603-3324 2545). Sila rujuk www.hlb.com.my untuk senarai penuh Cawangan Hong Leong Bank. Anda juga boleh menghubungi pusat panggilan kami di talian 03-76268899 jika ada pertanyaan.
Kami amat mendorong para pelanggan untuk menggunakan saluran digital untuk keperluan perbankan harian yang dapat dilakukan dengan mudah melalui Aplikasi HLB Connect / Dalam Talian dari keselesaan rumah anda, dengan akses 24 jam x 7 hari seminggu, bagi perkhidmatan seperti Pemeriksaan Akaun, Pemindahan Dana, Pembayaran Bil dan banyak lagi. Sekiranya anda belum mendaftar untuk Aplikasi HLB Connect, pergi ke www.hongleongconnect.my atau muat turun Connect App hari ini di Google Play dan Apple Store.
Kami mohon maaf di atas kesulitan ini dan memberi jaminan bahawa keselamatan pelanggan dan pekerja kami tetap menjadi keutamaan kami.
Terima kasih dan kekal selamat.