Notis Menghentikan Pengeluaran Resit Bagi Peletakan Deposit Tetap Yang Baru
Kuala Lumpur, 2 August 2019
Pelanggan yang Dihormati,
Untuk melengkapi usaha mempromosikan kelestarian alam sekitar, kami akan menghentikan pengeluaran Resit bagi semua perletakan Deposit Tetap baru berkuatkuasa 26 Ogos 2019. Pelanggan boleh melanggani penyata eletronik melalui Hong Leong Connect untuk lihat / muat turun e-penyata atau kemas kini alamat e-mel untuk menerima e-penyata.
Berkuatkuasa 1 Oktober 2019, pengeluaran sebahagian dan penuh bagi Deposit Tetap “Receipt-less” boleh dilakukan melalui Hong Leong Connect untuk individu, sama-ada secara peribadi atau nama bersama di mana penandatangan adalah salah seorang daripada pemegang akaun yang telah berdaftar dengan Hong Leong Connect.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma dan Syarat yang telah dipinda.
Hubungan Media
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-20808888 ext 3281
Email: capr@hongleong.com.my