Penyemakan Perjanjian Pemegang Kad Kredit berkuatkuasa 10 Oktober 2019
Notis Penting: Penyemakan Perjanjian Pemegang Kad Kredit berkuatkuasa 10 Oktober 2019
Pelanggan yang Dihormati,
Berkuatkuasa 10 Oktober 2019, Perjanjian Pemegang Kad akan dipinda seperti berikut:
Fasal Sedia Ada |
Fasal Pindaan |
---|---|
Fasal 13 – Urusniaga Luar Negara
Urusniaga Kad yang dibuat dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia akan didebitkan ke Akaun Pemegang Kad selepas ditukarkan kepada Ringgit Malaysia. Transaksi dalam mata wang asing akan ditukarkan pada kadar pertukaran asing dan penyebaran, jika ada, sebagaimana yang telah ditentukan oleh Visa International, atau MasterCard International, ditambah sehingga 1% kadar tambahan yang dikenakan oleh Bank.
Transaksi luar negara yang dilaksanakan dalam Ringgit Malaysia, adalah tertakluk kepada sebarang yuran pentadbiran yang dicaj oleh Visa International atau MasterCard International.
|
Fasal 13 – Urusniaga Luar Negara
Urusniaga Kad yang dibuat dalam mata wang selain daripada Ringgit Malaysia akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia pada tarikh ia diproses oleh Visa International dan/atau MasterCard International pada kadar pertukaran asing sebagaimana yang ditentukan oleh Visa International dan/atau MasterCard International. Yuran tambahan berikut akan dikenakan ke atas penukaran:
i. 1% yuran transaksi dikenakan oleh Visa International dan/atau MasterCard International; dan ii. maksimum 1% yuran penukaran tukaran asing dikenakan oleh Bank. Kadar tambahan 1% penukaran tukaran asing ini yang dikenakan oleh Bank tidak berkenaan dengan Kad Kredit I’m.
Pemegang Kad patut mematuhi Notis mengenai Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dengan apa-apa transaksi, termasuk transaksi luar negara, seperti yang terdapat dalam laman sesawang BNM. Pemegang Kad akan bertanggungjawab atas apa-apa pelanggaran atau ketidakpatuhan peraturan dan apa-apa pindaan kepadanya. Transaksi luar negara yang dilaksanakan dalam Ringgit Malaysia, adalah tertakluk kepada sebarang yuran pentadbiran yang dicaj oleh Visa International atau MasterCard International. |
Fasal 14 (a), (b), (c) & (d) – Penyata Akaun Fasal
14 (a) i. Penyata Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa akan diberikan kepada Pemegang Kad sebulan sekali atau secara berkala seperti yang dianggap sesuai oleh Bank ke alamat terakhir Pemegang Kad yang diketahui dalam rekod Bank dan dengan ini dipersetujui bahawa semua Penyata tersebut hendaklah dianggap telah diterima oleh Pemegang Kad dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam dari Tarikh Pencatatan. ii. Setelah Penyata diterima, Pemegang Kad dianggap telah memeriksa semua butiran dalam Penyata. iii. Pemegang Kad dengan ini dengan nyatanya berwaad dan mengaku janji dengan Bank bahawa adalah menjadi kewajipannya untuk melaporkan secara bertulis kepada Bank mana-mana kesilapan dalam Penyata dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Pemegang Kad menerimanya atau dianggap telah menerima Penyata tersebut. iv. Jika Pemegang Kad atas apa jua sebab tidak, dalam tempoh empat belas (14) hari yang disebut di atas, memberitahu Bank secara bertulis tentang apa-apa kesilapan dalam Penyata, maka Pemegang Kad akan dianggap telah menerima butiran yang terkandung dalam Penyata tersebut, yang dibuat hingga tarikh terakhir dalam Penyata sebagai benar dan keterangan muktamad bagi fakta yang terkandung di dalamnya dan Penyata tersebut hendaklah dianggap muktamad dan mengikat MASTERCARD OR VISA CARDHOLDER AGREEMENT TERMS & CONDITIONS 19 6 OGOS 2019 Pemegang Kad dan wakil guamannya dan penggantinya dan Pemegang Kad dengan itu dihalang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan mendakwa Penyata tersebut mengandungi kesilapan
|
Fasal 14 (a), (b), (c) & (d) – Penyata Akaun
Fasal 14 (a) i. Penyata Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa akan diberikan kepada Pemegang Kad sebulan sekali atau secara berkala seperti yang dianggap sesuai oleh Bank ke alamat terakhir Pemegang Kad (secara fizikal atau eletronik) yang diketahui dalam rekod Bank. Ia adalah dipersetujui bahawa semua Penyata tersebut hendaklah dianggap telah diterima oleh Pemegang Kad dalam tempoh empat puluh lapan (48) jam (bagi Penyata yang dihantar melalui pos) dan dalam tempoh dua puluh empat (24) jam (bagi Penyata yang dihantar secara elektronik) dari tarikh pengeposan/penghantaran. ii. Setelah Penyata diterima, Pemegang Kad dianggap telah memeriksa semua butiran dalam Penyata. iii. Pemegang Kad dengan ini dengan nyatanya berwaad dan mengaku janji dengan Bank bahawa adalah menjadi kewajipannya untuk melaporkan secara bertulis kepada Bank mana-mana kesilapan dalam Penyata dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Pemegang Kad menerimanya atau dianggap telah menerima Penyata tersebut.
iv. Jika Pemegang Kad atas apa jua sebab tidak, dalam tempoh empat belas (14) hari yang disebut di atas, memberitahu Bank secara bertulis tentang apa-apa kesilapan dalam Penyata, maka Pemegang Kad akan dianggap telah menerima butiran yang terkandung dalam Penyata tersebut, yang dibuat hingga tarikh terakhir dalam Penyata sebagai benar dan keterangan muktamad bagi fakta yang terkandung di dalamnya dan Penyata tersebut hendaklah dianggap muktamad dan mengikat Pemegang Kad dan wakil guamannya dan penggantinya dan Pemegang Kad dengan itu dihalang daripada membuat apa-apa tuntutan terhadap Bank dengan mendakwa Penyata tersebut mengandungi kesilapan.
|
Fasal 19 – Permohonan Pembayaran
Semua pembayaran kepada Bank mestilah dibuat dalam mata wang bil. Pembayaran oleh Pemegang Kad kepada Bank tidak akan dianggap telah dibuat sehingga dana berkenaan telah diterima untuk penilaian oleh Bank. Semua pembayaran melalui cek mestilah termasuk komisyen pertukaran dalam negeri jika berkenaan. Jika komisyen pertukaran dalam negeri tersebut tidak dimasukkan, maka Bank berhak untuk mendebitkan Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa atau melaksanakan haknya untuk membuat tolakan di bawah Fasal 23 perjanjian ini seperti yang dianggap sesuai oleh Bank. Pembayaran yang dibuat oleh Pemegang Kad kepada Bank sama ada didebitkan terus dari Akaun Lain Pemegang Kad atau dengan cara lain akan terpakai/diperuntukkan oleh Bank untuk menyelesaikan item yang menarik kadar faedah tertinggi dan diikuti item yang menarik kadar faedah rendah. Pembayaran yang diterima akan diperuntukkan bagi penyelesaian dalam susunan berikut: (a) cukai; (b) caj kewangan tertunggak; (c) baki tertunggak prinsipal; dan (d) yuran dan caj.
|
Fasal 19 – Permohonan Pembayaran
Semua pembayaran kepada Bank mestilah dibuat dalam mata wang bil. Pembayaran oleh Pemegang Kad kepada Bank tidak akan dianggap telah dibuat sehingga dana berkenaan telah diterima untuk penilaian oleh Bank. Semua pembayaran melalui cek mestilah termasuk komisyen pertukaran dalam negeri jika berkenaan. Jika komisyen pertukaran dalam negeri tersebut tidak dimasukkan, maka Bank berhak untuk mendebitkan Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa atau melaksanakan haknya untuk membuat tolakan di bawah Fasal 23 perjanjian ini seperti yang dianggap sesuai oleh Bank. Pembayaran yang dibuat oleh Pemegang Kad kepada Bank sama ada didebitkan terus dari Akaun Lain Pemegang Kad atau dengan cara lain akan terpakai/diperuntukkan oleh Bank untuk menyelesaikan item yang menarik kadar faedah tertinggi dan diikuti item yang menarik kadar faedah rendah. Pembayaran yang diterima akan diperuntukkan bagi penyelesaian dalam susunan berikut: (a) cukai; (b) caj kewangan tertunggak; (c) baki tertunggak prinsipal; dan (d) yuran dan caj. Selanjutnya, tidak mengira mana-mana fasal lain dalam perjanjian ini, Pemegang Kad bersetuju bahawa Bank mempunyai hak pada setiap masa, dengan atau tanpa notis kepada Pemegang Kad, bagi mengguna / memperuntukkan / memindahkan sebarang atau semua pembayaran yang dibuat oleh Pemegang Kad untuk Kadnya ke arah kepuasan jumlah wang yang terhutang kepada Bank berkaitan dengan Akaun Lain Pemegang Kad sama ada secara keseluruhan atau sebahagiannya dan pembayaran tersebut akan dipakai ke Akaun Lain Pemegang Kad dalam susunan penyelesaian yang dinyatakan dalam Fasal 19 ini. |
Fasal 34 (a) & (b) – Perkhidmatan Fasal 34 (a) Pemegang Kad dengan ini bersetuju dengan penghantaran mana-mana notis di bawah Perjanjian ini atau mana-mana proses mahkamah melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau ke alamat terakhir Pemegang Kad yang diketahui dalam rekod Bank dan penghantaran tersebut akan dianggap berkuat kuasa dua (2) hari selepas penghantaran. Penghantaran proses mahkamah juga boleh berkuat kuasa melalui mana-mana cara yang dibenarkan oleh undang-undang.
Fasal 34 (b) Pemegang Kad mestilah dengan segera memberitahu Bank secara bertulis atau menerusi Perbankan Telefon mengenai sebarang perubahan pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat dan/atau kediaman) atau jika Pemegang Kad berhasrat untuk ke luar negara lebih daripada 60 hari dan semua maklumat mestilah lengkap dan benar.
|
Fasal 34 (a) & (b) – Perkhidmatan Fasal 34 (a) Pemegang Kad dengan ini bersetuju dengan penghantaran mana-mana notis dan/atau peringatan di bawah Perjanjian ini melalui pos biasa ke alamat yang dinyatakan dalam borang permohonan Kad atau ke alamat terakhir Pemegang Kad yang diketahui dalam rekod Bank atau secara eletronik seperti yang diperuntukkan di bawah Fasal 38 di bawah dan penghantaran tersebut akan dianggap berkuat kuasa dua (2) hari selepas penghantaran / berkuatkuasa dua puluh empat (24) jam selepas dihantar secara elektronik. Penghantaran proses mahkamah haruslah diserahkan secara pos berdaftar dan/atau melalui mana-mana cara yang dibenarkan oleh undang-undang.
Fasal 34 (b) Pemegang Kad mestilah dengan segera memberitahu Bank secara bertulis atau menerusi Perbankan Telefon mengenai sebarang perubahan pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat dan/atau kediaman) atau jika Pemegang Kad berhasrat untuk ke luar negara lebih daripada 60 hari dan semua maklumat mestilah lengkap dan benar. |
Fasal 38 – Peringatan melalui SMS
Bank berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, menghantar peringatan kepada Pemegang Kad berkenaan amaun Baki Semasa, Bayaran Minimum Perlu Dibayar dan Tarikh Perlu Dibayar (“Peringatan”), Sistem Pesanan Ringkas (“SMS”) melalui telefon bimbit Pemegang Kad (jika disokong oleh syarikat telekomunikasi Pemegang Kad), tertakluk kepada terma dan caj berkaitan oleh pengendali telefon. Penerimaan setiap Peringatan mungkin terlewat atau dihalang oleh faktor (-faktor) yang berkaitan dengan pembekal perkhidmatan atau syarikat telekomunikasi atau pasaran matawang yang berkaitan atau faktor lain. Bank tidak menjamin penghantaran, ketidakhantaran mahupun ketepatan isi kandungan setiap Peringatan dan tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Kad atau mana-mana pihak ketiga untuk kerugian atau kerosakan yang timbul kerananya.
Bank berhak untuk mengubah atau menamatkan Peringatan kepada Pemegang Kad mengikut budi bicara mutlak Bank.
|
Fasal 38 – Peringatan / Notis
Bank berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya, menghantar peringatan dan/atau notis kepada Pemegang Kad berkenaan amaun Baki Semasa (termasuk faedah), Bayaran Minimum Perlu Dibayar dan Tarikh Perlu Dibayar (“Peringatan”), melalui: i. Sistem Pesanan Ringkas (“SMS”) melalui telefon bimbit Pemegang Kad (jika disokong oleh syarikat telekomunikasi Pemegang Kad), tertakluk kepada terma dan caj berkaitan oleh pengendali telefon atau secara sebarang cara-cara elektronik lain yang dianggap sesuai oleh Bank. Penerimaan setiap Peringatan mungkin terlewat atau dihalang oleh faktor (-faktor) yang berkaitan dengan pembekal perkhidmatan atau syarikat telekomunikasi atau pasaran matawang yang berkaitan atau faktor lain. Bank tidak menjamin penghantaran, ketidakhantaran mahupun ketepatan isi kandungan setiap Peringatan dan tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Kad atau mana-mana pihak ketiga untuk kerugian atau kerosakan yang timbul kerananya; ii. mel elektronik ke alamat e-mel yang diberikan oleh Pemegang Kad atau alamat e-mel terakhir yang diketahui dalam rekod Bank
Bank berhak untuk mengubah atau menamatkan Peringatan kepada Pemegang Kad mengikut budi bicara mutlak Bank. |
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-20808888 ext 3281
Email: capr@hongleong.com.my