Penyemakan Perjanjian Pemegang Kad Kredit
Notis Penting: Penyemakan Perjanjian Pemegang Kad Kredit berkuatkuasa 6 Ogos 2019
Pelanggan yang Dihormati,
Berkuatkuasa 6 Ogos 2019, Perjanjian Pemegang Kad akan dipinda seperti berikut:
Fasal Sedia Ada |
Fasal Pindaan |
---|---|
v. “Bank” bermakna Hong Leong Bank Berhad, (No. Syarikat. 97141-X), sebuah institusi kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 diperbadankan di Malaysia dan mempunyai pejabat berdaftar di Aras 8, Wisma Hong Leong, 18, Jalan Perak, 50450 Kuala Lumpur; |
v. “Bank” bermakna Hong Leong Bank Berhad, (No. Syarikat. 97141-X), sebuah institusi kewangan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 diperbadankan di Malaysia dan mempunyai pejabat berdaftar di Aras 30, Menara Hong Leong, No. 6, Jalan Damanlela, 50490 Kuala Lumpur;
|
xviii. “Caj Kewangan” bermakna akan merangkumi Faedah Runcit dan Faedah Tunai yang dirujuk di bawah Fasal 16 di sini;
|
xviii. “Caj Kewangan” merangkumi yang dinyatakan dalam Fasal 16;
|
Fasal 16 (a) (i) Setelah menerima Penyata bulanan, Pemegang Kad hendaklah membayar, pada atau sebelum Tarikh Perlu Dibayar yang dinyatakan dalam Penyata, Bayaran Minimum Perlu Dibayar atau sehingga Baki Semasa. Semua baki belum bayar dan Transaksi Runcit baru termasuk Caj Kewangan yang dikenakan kepadanya mengikut cara yang ditetapkan dalam Fasal 16(a)(ii) dan Caj Pembayaran Lewat yang dikenakan atas Transaksi Runcit (jika ada) mengikut cara yang ditetapkan dalam Fasal 17 perjanjian ini akan dibawa ke hadapan ke dalam Penyata berikutnya dan dimasukkan ke dalam Baki Semasa yang ditunjukkan dalam Penyata tersebut sehingga penyelesaian penuh dan terakhir bagi baki belum dibayar tersebut.
Bayaran Minimum yang Perlu Dibayar ialah: i. 5% daripada Baki Semasa serta mana-mana Bayaran Minimum Perlu Dibayar sebelumnya atau RM50.00, yang mana lebih tinggi (atau peratus atau jumlah lain seumpamanya seperti yang mungkin ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa); atau ii. jika Baki Semasa melebihi had kredit ditetapkan atau had kredit ditentukan, jumlah yang melebihi had kredit ditetapkan atau had kredit ditentukan berserta 5% daripada Baki Semasa serta mana-mana Bayaran Minimum Perlu Dibayar sebelumnya (atau peratus atau jumlah lain seumpamanya seperti mungkin ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa).
|
Fasal 16 (a) (i) Setelah menerima Penyata bulanan, Pemegang Kad hendaklah membayar, pada atau sebelum Tarikh Perlu Dibayar yang dinyatakan dalam Penyata, Bayaran Minimum Perlu Dibayar atau sehingga Baki Semasa. Semua baki belum bayar dan Transaksi Runcit baru termasuk Caj Kewangan yang dikenakan kepadanya mengikut cara yang ditetapkan dalam Fasal 16(a)(ii) dan Caj Pembayaran Lewat yang dikenakan atas Transaksi Runcit (jika ada) mengikut cara yang ditetapkan dalam Fasal 17 perjanjian ini akan dibawa ke hadapan ke dalam Penyata berikutnya dan dimasukkan ke dalam Baki Semasa yang ditunjukkan dalam Penyata tersebut sehingga penyelesaian penuh dan terakhir bagi baki belum dibayar tersebut.
Bayaran Minimum yang Perlu Dibayar ialah: i. sekurang-kurangnya 5% daripada jumlah baki tertunggak (merujuk kepada jumlah amaun Transaksi Runcit (jika ada), amaun Pindahan Baki (jika ada) yang mana pelan Pindahan Baki bukan secara ansuran, amaun Pendahuluan Tunai (jika ada), Caj Kewangan dan yuran (jika ada)), ii. 100% Cukai, iii. 100% semua ansuran bulanan yang dikontrak (termasuk ansuran bulanan untuk Penukaran Baki Automatik, Pelan Pembayaran Lanjutan dan pelan ansuran lain yang tersedia dari semasa ke semasa), iv. sebarang Bayaran Minimum Perlu Dibayar dari penyata bulan sebelumnya yang belum dibayar, dan, v. 100% mana-mana amaun lebih had (merujuk kepada amaun melebihi Had Kredit Ditetapkan atau Had Kredit Ditentukan)
atau RM50.00, yang mana lebih tinggi (atau peratus atau jumlah lain seumpamanya seperti yang mungkin ditentukan oleh Bank dari masa ke semasa); atau penyelesaian baki yang belum dibayar.
|
Fasal 16 (a) (ii) Caj Kewangan akan dikira setiap hari dan pengiraan adalah berdasarkan: i. Semua Transaksi Runcit baru bermula pada tarikh sejurus selepas Tarikh Perlu Dibayar selepas tempoh tanpa faedah selama dua puluh (20) hari (atau tempoh lain seumpamanya seperti yang mungkin ditetapkan oleh Bank) dari tarikh Penyata dengan syarat baki terdahulu telah dibayar sepenuhnya sebelum atau pada Tarikh Perlu Dibayar. Sebaliknya, faedah akan dikira dari Tarikh Transaksi bil diterima. Faedah yang dikenakan ke atas Transaksi Runcit dikenali sebagai Faedah Runcit. ii. Baki Transaksi Runcit belum dibayar yang dibawa ke hadapan daripada Penyata sebelumnya, bermula pada tarikh berkenaan pengiraan Caj Kewangannya seperti yang ditetapkan dalam (i) di atas; iii. Semua pendahuluan tunai, bermula dari tarikh tarikh pendahuluan dibuat sehingga pembayaran balik sepenuhnya pada kadar 18% setahun atau pada kadar yang mungkin ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicaranya. Faedah yang dikenakan ke atas transaksi Pendahuluan Tunai dikenali sebagai Faedah Tunai.
|
Fasal 16 (a) (ii) Caj Kewangan akan dikenakan ke atas semua baki tertunggak yang dibawa ke hadapan termasuk Caj Kewangan dan yuran dan caj lain (kecuali Caj Pembayaran Lewat) dan dikira atas dasar harian.
Caj Kewangan atas Transaksi Runcit dan Pendahuluan Tunai dikira berdasarkan: i. Semua Transaksi Runcit baru bermula pada tarikh sejurus selepas Tarikh Perlu Dibayar selepas tempoh tanpa faedah selama dua puluh (20) hari (atau tempoh lain seumpamanya seperti yang mungkin ditetapkan oleh Bank) dari tarikh Penyata dengan syarat baki terdahulu telah dibayar sepenuhnya sebelum atau pada Tarikh Perlu Dibayar. Sebaliknya, faedah akan dikira dari Tarikh Transaksi bil diterima. Faedah yang dikenakan ke atas Transaksi Runcit dikenali sebagai Faedah Runcit. ii. Baki Transaksi Runcit belum dibayar yang dibawa ke hadapan daripada Penyata sebelumnya, bermula pada tarikh berkenaan pengiraan Caj Kewangannya seperti yang ditetapkan dalam (i) di atas; iii. Semua pendahuluan tunai, bermula dari tarikh pendahuluan dibuat sehingga pembayaran balik sepenuhnya pada kadar 18% setahun atau pada kadar yang mungkin ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicaranya. Faedah yang dikenakan ke atas transaksi Pendahuluan Tunai dikenali sebagai Faedah Tunai. |
Fasal 17 – Caj Pembayaran Lewat Tanpa mengambilkira Fasal 16(a)(iii), jika Pemegang Kad gagal menjelaskan jumlah amaun perlu dibayar (bayaran minimum, bayaran tunggakan dan jumlah lebih had) pada Tarikh Perlu Bayar, Caj Pembayaran Lewat minimum sebanyak RM10.00 atau 1% daripada jumlah baki tertunggak (kecuali Caj Kewangan) pada tarikh penyata, yang mana lebih tinggi, tertakluk kepada maksimum RM100.00, akan dicaj untuk setiap bulan selagi bayaran minimum tersebut belum dijelaskan. Caj Pembayaran Lewat akan dianggap sebagai kerugian liquiditi dan bukan sebagai penalti. Apabila penggunaan Kad ditamatkan, caj pembayaran lewat akan terus dikenakan untuk setiap bulan, sebelum dan selepas perintah mahkamah sehingga pembayaran penuh dibuat. |
Fasal 17 – Caj Pembayaran Lewat Tanpa mengambilkira Fasal 16(a)(iii), jika Pemegang Kad gagal menjelaskan jumlah Bayaran Minimum Perlu Dibayar pada Tarikh Perlu Bayar, Caj Pembayaran Lewat minimum sebanyak RM10.00 atau 1% daripada jumlah baki tertunggak (kecuali Caj Kewangan) pada tarikh penyata, yang mana lebih tinggi, tertakluk kepada maksimum RM100.00, akan dicaj untuk setiap bulan selagi bayaran minimum tersebut belum dijelaskan. Caj Pembayaran Lewat akan dianggap sebagai kerugian liquiditi dan bukan sebagai penalti. Apabila penggunaan Kad ditamatkan, caj pembayaran lewat akan terus dikenakan untuk setiap bulan, sebelum dan selepas perintah mahkamah sehingga pembayaran penuh dibuat. |
Fasal 19 – Permohonan Pembayaran Semua pembayaran kepada Bank mestilah dibuat dalam mata wang bil. Pembayaran oleh Pemegang Kad kepada Bank tidak akan dianggap telah dibuat sehingga dana berkenaan telah diterima untuk penilaian oleh Bank. Semua pembayaran melalui cek mestilah termasuk komisyen pertukaran dalam negeri jika berkenaan. Jika komisyen pertukaran dalam negeri tersebut tidak dimasukkan, maka Bank berhak untuk mendebitkan Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa atau melaksanakan haknya untuk membuat tolakan di bawah Fasal 23 perjanjian ini seperti yang dianggap sesuai oleh Bank. Pembayaran yang dibuat oleh Pemegang Kad kepada Bank sama ada didebitkan terus dari Akaun Lain Pemegang Kad atau dengan cara lain akan terpakai/diperuntukkan oleh Bank untuk menyelesaikan item yang menarik kadar faedah tertinggi dan diikuti item yang menarik kadar faedah rendah.
|
Fasal 19 – Permohonan Pembayaran Semua pembayaran kepada Bank mestilah dibuat dalam mata wang bil. Pembayaran oleh Pemegang Kad kepada Bank tidak akan dianggap telah dibuat sehingga dana berkenaan telah diterima untuk penilaian oleh Bank. Semua pembayaran melalui cek mestilah termasuk komisyen pertukaran dalam negeri jika berkenaan. Jika komisyen pertukaran dalam negeri tersebut tidak dimasukkan, maka Bank berhak untuk mendebitkan Akaun Kad MasterCard dan/atau Kad Visa atau melaksanakan haknya untuk membuat tolakan di bawah Fasal 23 perjanjian ini seperti yang dianggap sesuai oleh Bank. Pembayaran yang dibuat oleh Pemegang Kad kepada Bank sama ada didebitkan terus dari Akaun Lain Pemegang Kad atau dengan cara lain akan terpakai/diperuntukkan oleh Bank untuk menyelesaikan item yang menarik kadar faedah tertinggi dan diikuti item yang menarik kadar faedah rendah. Pembayaran yang diterima akan diperuntukkan bagi penyelesaian dalam susunan berikut: (a) cukai; (b) caj kewangan tertunggak; (c) baki tertunggak prinsipal; dan (d) yuran dan caj.
|
Soalan Lazim
1. Bagaimanakah perubahan pada Caj Kewangan akan memberi kesan kepada kad kredit saya yang sedia ada?
Jika anda tidak mempunyai baki yang dibawa ke hadapan dalam akaun kad kredit anda, perubahan ini tidak akan memberi sebarang kesan kepada akaun kad kredit anda yang sedia ada. Anda akan terus menikmati tempoh tanpa faedah selama dua puluh (20) hari dari tarikh penyata untuk semua transaksi runcit. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai baki yang dibawa ke hadapan dalam akaun kad kredit anda, caj kewangan berdasarkan kadar semasa Bank akan dikenakan ke atas semua baki belum dibayar termasuk caj kewangan dan yuran (kecuali caj pembayaran lewat). Oleh itu, sebarang caj kewangan dan yuran (kecuali caj pembayaran lewat) yang belum dibayar akan mengakru faedah sehingga tarikh bayaran penuh dibuat atas baki belum dibayar.
Ilustrasi Caj Kewangan:
Baki Dibawa ke Hadapan |
Kadar Faedah setiap bulan |
Caj Kewangan |
|||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis Transaksi |
Amaun Tertunggak (RM) |
Pecahan |
|||||
Amaun Tertunggak (RM) |
Faedah (RM) |
Yuran (RM) |
SEBELUM |
SELEPAS |
|||
Pendahuluan Tunai |
1,065.00 |
1,000.00 |
15.00 |
50.00 |
1.50% |
1,000.00*1.5% = 15.00 |
1,065.00*1.5% = 15.98 |
Ansuran Bulanan |
500.00 |
400.00 |
100.00 |
0.00 |
1.25% |
400.00*1.25% = 5.00 |
500.00*1.25% = 6.25 |
Transaksi Runcit |
202.50 |
200.00 |
2.50 |
0.00 |
1.25% |
200.00*1.25% = 2.50 |
202.50*1.25% = 2.53 |
Yuran Tahunan |
195.00 |
0.00 |
0.00 |
195.00 |
1.25% |
0*1.25% = 0.00 |
195*1.25% = 2.44 |
Jumlah Caj Kewangan |
22.50 |
27.20 |
2. Bagaimanakah pembayaran saya akan digunakan untuk menyelesaikan baki penyata saya? Dalam urutan keutamaan apa?
Sebarang pembayaran yang diterima daripada anda akan digunakan untuk cukai, diikuti dengan Pendahuluan Tunai, ansuran yang dibilkan setiap bulan (termasuk ansuran bulanan untuk Penukaran Baki Automatik, Pelan Pembayaran Lanjutan dan pelan ansuran lain yang tersedia dari semasa ke semasa) dan baki berputar yang menarik kadar faedah yang paling tinggi ke kadar faedah yang paling rendah. Pembayaran yang diterima akan diperuntukkan bagi penyelesaian untuk cukai, caj kewangan (atau faedah) tertunggak, diikuti baki tertunggak prinsipal dan yuran dan caj. Contohnya, sekiranya anda mempunyai baki penyata tertunggak yang terdiri daripada cukai dan transaksi pendahuluan tunai, pembayaran yang diterima akan digunakan untuk menyelesaikan cukai terlebih dahulu dan baki akan digunakan untuk menyelesaikan faedah pendahuluan tunai, diikuti oleh prinsipal pendahuluan tunai dan yuran pendahuluan tunai.
3. Mengapakah perubahan ini dibuat?
Bagi menggalakkan Pemegang Kad untuk membuat pembayaran penuh atas kad kredit mereka setiap bulan pada atau sebelum tarikh bayaran perlu dibuat untuk mengelakkan caj kewangan.
Media Contact
Group Corporate Affairs & Public Relations
Hong Leong Bank Berhad
DID: 03-20808888 ext 3281
Email: capr@hongleong.com.my