Kad Debit | 01 November 2019-31 January 2020




Terma dan Syarat: Pembayaran melalui tanpa sentuh (“Wave”) mesti dibuat menggunakan Kad Debit Hong Leong Bank (HLB)/Hong Leong Islamic Bank (HLISB) yang dikeluarkan di Malaysia. Tempoh Peraduan adalah dari 1 November 2019 hingga 31 Januari 2020. Peraduan dibuka kepada semua pemegang kad HLB/HLISB dengan pembelian RM100 dan ke atas dengan gabungan maksima tiga (3) resit di mana-mana Isetan Malaysia tidak termasuk kedai vendor yang terletak di Isetan Lot 10 dalam tempoh peraduan dan resit tersebut mestilah dicetak dengan jelas untuk layak diambil kira sebagai penyertaan yang sah di dalam peraduan ini [“Bukti Pembelian”]. Peserta dikehendaki melengkapkan borang peraduan yang boleh didapati di mana-mana kaunter I-Club Isetan yang mengambil bahagian. Peserta juga dikehendaki melengkapkan borang Peraduan dengan menjawab dua (2) soalan mudah. Pemilihan dan cabutan rawak secara untuk Hadiah akan dijalankan oleh pihak Penganjur melalui sistem cabutan rawak selepas pengumpulan semua borang Peraduan yang sah. Proses ini akan disahkan dan disaksikan oleh audit dalaman yang sah dari Isetan. Keputusan Peraduan akan diumumkan selepas Tempoh Peraduan dan pemenang akan dimaklumkan melalui panggilan telefon, emel atau surat. Terma dan Syarat Isetan boleh didapati di https://paynet.my/promotion/2019/MyDebit-Isetan/MyDebit%20Isetan%20Unbelivable%20Campaign%20%20T&Cs%20BM_Final.pdf. Tawaran tidak boleh ditukar dengan wang tunai, cek atau jenis dan/atau digunakan bersempena dengan apa-apa diskaun, keistimewaan, promosi, kad diskaun dan kesetiaan kecuali dinyatakan sebaliknya. Isetan berhak meminda, melanjutkan atau menamatkan tawaran ini termasuk tempoh promosinya pada bila-bila masa. HLB dan HLISB tidak membuat perwakilan atau jaminan untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Isetan dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang terhasil daripada tawaran ini. Gambar yang ditunjukkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja.