Personal Loan | HLB Connect | 18 Februari 2021-18 Februari 2021
Mohon Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i pada bila-bila masa, di mana jua
Nikmati kadar rendah eksklusif daripada 3.88% setahun
Ansuran berpatutan sepanjang tempoh 2 – 5 tahun
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Amaun Kemudahan |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
---|---|---|
RM5,000 – RM250,000 (sehingga RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i) |
3.88% setahun |
2 hingga 5 tahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza daripada 7.21% setahun sehingga 7.29% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun.
0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Andaikan jumlah amaun kemudahan diluluskan anda ialah RM5,000 dengan tempoh pembiayaan 5 tahun pada kadar rata 3.88% setahun:

Deskripsi/Servis |
Fi/Caj |
---|---|
Fi Duti Setem |
0.50% daripada amaun kemudahan yang disalurkan untuk setiap kemudahan diluluskan |
Caj Bayaran Lewat (terpakai untuk Pinjaman Peribadi) |
1% setahun atas jumlah tunggakan untuk setiap kemudahan (dasar rehat seharian) |
Penyelesaian Awal |
Tiada fi/caj asalkan notis awal 3 bulan secara bertulis diberikan kepada pihak bank atau bayaran untuk faedah 3 bulan atas amaun yang ditebus sebagai ganti untuk notis (bayaran faedah 3 bulan sebagai ganti untuk notis tidak terpakai untuk Pembiayaan Peribadi-i)
|
Caj Pampasan (terpakai untuk Pembiayaan Peribadi-i) |
Untuk pembayaran lalai sepanjang tempoh kemudahan = 1% setahun atas amaun ansuran tertunggak
Untuk pembayaran lalai yang menyebabkan kemudahan ditamatkan atau dibawa ke mahkamah = 1% setahun atas baki tertunggak (amaun tertunggak yang belum dijelaskan tambah keuntungan terakru)
Untuk pembayaran lalai selepas tamat tempoh kemudahan = kadar Islamic Interbank Money Market BNM (IIMM) atas baki tertunggak (amaun tertunggak yang belum dijelaskan tambah keuntungan terakru)
Untuk pembayaran lalai selepas pertimbangan = kadar IIMM atas jumlah pertimbangan asas |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minima sebanyak RM24,000
- Amaun minima pinjaman/pembiayaan ialah RM5,000
- Amaun maksima pinjaman/pembiayaan ialah RM250,000 (RM150,000 untuk Pembiayaan-i)
- Eksklusif untuk permohonan dalam talian (melalui saluran Dalam Talian) dan melalui Perbankan Dalam Talian Connect sahaja
- Untuk permohonan melalui Perbankan Dalam Talian Connect, pemohon harus memegang sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank yang sah dan aktif atau Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun gabungan dan akaun korporat tidak layak)