Personal Loan/Financing-i | HLB Connect | 16 Julai 2022-30 September 2022
Ciri & Faedah



*Terpakai untuk pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas atau permohonan melalui Perbankan HLB Connect Online
Kadar Faedah/Keuntungan untuk Permohonan Dalam Talian melalui Laman Sesawang Bank dan melalui Perbankan HLB Connect Online
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Permohonan: Dalam Talian (Laman Sesawang Bank)
Pendapatan Bulanan Sah |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
---|---|---|
RM2,000 – RM7,999 |
8.00% setahun |
2 hingga 5 tahun |
RM8,000 dan ke atas |
6.00% setahun |
Saluran Permohonan: Perbankan HLB Connect Online
Pendapatan Bulanan Sah |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
---|---|---|
RM2,000 dan ke atas |
6.00% setahun |
2 hingga 5 tahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 6.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 10.85% setahun hingga 11.13% setahun.
(ii) Kadar faedah/keuntungan rata 8.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 14.13% setahun hingga 14.68% setahun.
(iii) 0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Andaikan pendapatan bulanan sah anda RM8,000 (kadar faedah/keuntungan rata yang dikenakan ialah 6.00% setahun) dan jumlah amaun kemudahan yang diluluskan ialah RM100,000 dengan tempoh pembiayaan 5 tahun:



*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas RM5 terdekat.
Sebarang penyelarasan yang dikaitkan dengan pembundaran akan diselaraskan pada hujung tempoh kemudahan.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minima sebanyak RM24,000
- Amaun minima pinjaman/pembiayaan ialah RM5,000
- Amaun maksima pinjaman ialah RM250,000 (RM150,000 untuk Pembiayaan-i)
- Eksklusif untuk permohonan dalam talian (melalui saluran Dalam Talian) dan melalui Perbankan HLB Connect Online sahaja
- Untuk permohonan melalui Perbankan HLB Connect Online, pemohon harus memegang sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank yang sah dan aktif atau Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun gabungan dan akaun korporat tidak layak)

Untuk Perbankan HLB Connect Online, klik sini untuk log masuk dan mohon. Seterusnya, ikut langkah-langkah berikut:

Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan dalam talian anda. Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan permohonan dalam talian anda.
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf or .png.
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah)
1. Bahagian depan Kad Pengenalan
2. Bahagian belakang Kad Pengenalan
3. Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan penerimaan cukai/Lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
4. Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji atau komisen
5. Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Nota:
Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura
Sila serahkan penyata CPF terkini anda yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini + pengkreditan gaji 3 bulan terkini.
Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura perlu melampirkan salinan permit kerja/pas/bukti PR.
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri
1. Bahagian depan Kad Pengenalan
2. Bahagian belakang Kad Pengenalan
3. Dokumen Pendaftaran Perniagaan (SSM atau Borang 9,24,49/Lesen Amalan Profesional + Sijil Amalan/2 tahun Terkini Bukti Pembaharuan Lesen Perniagaan untuk Sabah/Sarawak)
4. Borang B 1 tahun terkini dengan penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini ATAU Penyata KWSP 2 tahun terkini (Sdn Bhd sahaja)
5. Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan pengkreditan gaji atau komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)