Personal Loan/Financing-i | HLB Connect | 01 Oktober 2022-04 Januari 2023
Ciri & Faedah

*Terpakai untuk permohonan melalui Perbankan HLB Connect Online dengan jumlah kemudahan yang dikeluarkan RM50,000 dan ke atas.
Kadar Faedah/Keuntungan untuk Permohonan Dalam Talian melalui Laman Sesawang Bank dan melalui Perbankan HLB Connect Online
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Permohonan: Dalam Talian (Laman Sesawang Bank)
Pendapatan Bulanan Sah |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
---|---|---|
RM2,000 – RM7,999 |
8.00% setahun |
2 hingga 5 tahun |
RM8,000 dan ke atas |
6.00% setahun |
Saluran Permohonan: Perbankan HLB Connect Online
Jumlah Kemudahan yang Dikeluarkan |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
---|---|---|
RM5,000 – RM49,999 |
6.00% setahun |
2 hingga 5 tahun |
RM50,000 dan ke atas |
5.00% setahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 5.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 9.15% setahun hingga 9.32% setahun.
(ii) Kadar faedah/keuntungan rata 6.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 10.85% setahun hingga 11.13% setahun.
(iii) Kadar faedah/keuntungan rata 8.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 14.13% setahun hingga 14.68% setahun.
(iv) 0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Ilustrasi Ansuran
Andaikan permohonan dibuat melalui saluran Perbankan HLB Connect Online dan jumlah amaun kemudahan yang dikeluarkan adalah RM50,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun dengan kadar faedah/keuntungan rata 5.00% setahun:

*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas RM5 terdekat.
Sebarang pelarasan berikutan dengan pembundaran akan ditunjukkan pada hujung tempoh kemudahan.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minima sebanyak RM24,000
- Amaun minima pinjaman/pembiayaan ialah RM5,000
- Amaun maksima pinjaman ialah RM250,000 (RM150,000 untuk Pembiayaan-i)
- Eksklusif untuk permohonan dalam talian (melalui Laman Sesawang Bank) dan melalui Perbankan HLB Connect Online sahaja
- Untuk permohonan melalui Perbankan HLB Connect Online, pemohon harus memegang sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank yang sah dan aktif atau Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun gabungan dan akaun korporat tidak layak)

Untuk Perbankan HLB Connect Online, klik sini untuk log masuk dan memohon. Seterusnya, ikut langkah-langkah berikut:

Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan dalam talian Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan proses permohonan dalam talian
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf or .png.
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah)
1. Bahagian depan Kad Pengenalan
2. Bahagian belakang Kad Pengenalan
3. Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan bukti penerimaan cukai/Lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
4. Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji/komisen
5. Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (SG)
1. Penyata CPF terkini yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini
2. Slip gaji 3 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji.
3. Salinan permit kerja/pas/bukti PR SG.
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri
1. Bahagian depan Kad Pengenalan
2. Bahagian belakang Kad Pengenalan
3. Dokumen Pendaftaran Perniagaan (SSM atau Borang 9, 24, 49/Lesen Amalan Profesional + Sijil Amalan/Lesen Perniagaan untuk Sabah/Sarawak dengan bukti pembaharuan untuk 2 tahun terkini)
4. Borang B terkini dengan bukti penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini ATAU Penyata KWSP 2 tahun terkini (Sdn Bhd sahaja)
5. Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji/komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)