Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i | 16 Mei 2025-31 Mei 2025
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Permohonan: Dalam Talian (Laman Web Bank) |
||
---|---|---|
Pendapatan Bulanan Sah |
Kadar Faedah/Keuntungan Rata |
Tempoh Kemudahan |
RM2,000 - RM4,999 |
5.00% setahun |
2 hingga 5 tahun |
RM5,000 dan ke atas | 3.99% setahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 3.99% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 7.40% setahun hingga 7.49% setahun.
(ii) Kadar faedah/keuntungan rata 5.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 9.15% setahun hingga 9.32% setahun.
Ilustrasi Ansuran
Sebagai contoh, anda adalah pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM5,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui HLB Connect Online. Kadar faedah/keuntungan rata yang dikenakan ialah 3.99% setahun dan jumlah amaun kemudahan yang diluluskan ialah RM80,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun. Contoh di atas diilustrasi di bawah:

*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas kepada RM5 terdekat.
Sebarang pelarasan berikutan dengan pembundaran akan ditunjukkan pada hujung tempoh kemudahan.
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
Bekerja bergaji dengan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000
Amaun pinjaman/pembiayaan minimum ialah RM20,000
Amaun pinjaman maksimum ialah RM250,000 untuk Pinjaman Peribadi dan amaun pembiayaan maksimum ialah RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i
Eksklusif untuk permohonan melalui HLB Connect Online sahaja
Pemohon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank atau Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun bersama dan akaun korporat tidak layak)

Nota: Jika anda adalah pelanggan sedia ada HLB Connect, anda juga boleh log masuk dan memohon melalui HLB Connect Online.
Anda akan diminta untuk memuat naik 5 dokumen berikut untuk permohonan melalui Laman Sesawang Bank. Sediakan dokumen ini sebelum anda memulakan proses permohonan dalam talian.
Format yang diterima: .jpeg, .jpg, .pdf or .png.
Saiz fail maksimum: 5MB/dokumen
Untuk Pemohon Bergaji (Pendapatan Tetap atau Berubah):
Bahagian depan Kad Pengenalan
Bahagian belakang Kad Pengenalan
Penyata KWSP terkini menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang BE 2 tahun terkini dengan bukti penerimaan cukai/lembaran ringkasan LHDN 2 tahun terkini untuk penyerahan E-Filing ATAU
Slip gaji 3 bulan terkini ATAU slip komisen 6 bulan dengan pengkreditan gaji/komisen
Dokumen pilihan (pendapatan sewa, bukti bonus yang diterima, pelaburan tunai – FD/Dana Bersama, dan lain-lain)
Untuk Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura (SG):
Penyata CPF terkini yang menunjukkan sumbangan 12 bulan ATAU Borang NOA 2 tahun terkini
Slip gaji 3 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji.
Salinan permit kerja/pas/bukti PR SG.
Untuk Pemohon Bekerja Sendiri:
Bahagian depan Kad Pengenalan
Bahagian belakang Kad Pengenalan
Dokumen Pendaftaran Perniagaan
Borang B terkini dengan bukti penerimaan cukai ATAU penyata bank perniagaan 6 bulan terkini (Sdn Bhd sahaja)
Dokumen pilihan (slip gaji/komisen 6 bulan terkini dengan bukti pengkreditan gaji/komisen, pendapatan sewa, dan lain-lain)