Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i | 07 Julai 2023-07 Julai 2023
*Khas untuk pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui HLB Connect Online pada 7 Julai 2023.
Kadar kami adalah berdasarkan dasar rata
Saluran Permohonan: HLB Connect Online | ||
Pendapatan Bulanan Sah | Kadar Faedah/Keuntungan Rata | Tempoh Kemudahan |
---|---|---|
RM2,000 – RM7,999 | 6.00% setahun | 2 hingga 5 tahun |
RM8,000 dan ke atas | 5.00% setahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif berbeza seperti berikut bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i dari 2 – 5 tahun:
(i) Kadar faedah/keuntungan rata 5.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 9.15% setahun hingga 9.32% setahun.
(ii) Kadar faedah/keuntungan rata 6.00% setahun: Kadar faedah/keuntungan efektif berkisar dari 10.85% setahun hingga 11.13% setahun.
(iii) 0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk cukai setem yang perlu dibayar.
Sebagai contoh, anda adalah pemohon dengan pendapatan bulanan sah RM8,000 dan ke atas dan membuat permohonan melalui HLB Connect Online. Kadar faedah/keuntungan rata yang dikenakan ialah 5.00% setahun dan jumlah amaun kemudahan yang diluluskan ialah RM50,000 untuk tempoh pembiayaan 5 tahun. Contoh di atas diilustrasi di bawah:
*Ansuran bulanan akan dibundarkan ke atas RM5 terdekat.
Sebarang penyelarasan yang dikaitkan dengan pembundaran akan diselaraskan pada hujung tempoh kemudahan.
Kelayakan
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000
- Amaun minimum pinjaman/pembiayaan ialah RM5,000
- Amaun maksimum pinjaman ialah RM250,000 (RM150,000 untuk Pembiayaan-i)
- Eksklusif untuk permohonan melalui HLB Connect Online pada 7 Julai 2023 sahaja
- Pemohon harus memegang sekurang-kurangnya satu (1) Akaun Simpanan/Semasa individu Hong Leong Bank yang sah dan aktif atau Akaun Simpanan-i/Akaun Semasa-i individu Hong Leong Islamic Bank yang sah dan aktif (akaun gabungan dan akaun korporat tidak layak)