Pinjaman Peribadi | 01 Ogos 2020-31 Oktober 2020
Nikmati penjimatan 2% setahun*atas faedah/keuntungan efektif**
Rebat 20% atas jumlah faedah/keuntungan apabila anda bayar tepat pada masa
Ansuran berpatutan bagi tempoh daripada 2 hingga 5 tahun
*Kadar faedah/keuntungan 6.00% setahun adalah terpakai selepas Rebat Bayar Tepat pada Masa 20% berdasarkan kadar faedah/keuntungan rata 7.50% setahun.
**Berkenaan kepada Kadar Faedah/Keuntungan Efektif (EIR/EPR) atas kemudahan Pinjaman Peribadi/Pembiayaan Peribadi-i Penggabungan Baki yang akan dikenakan pada kadar 2.00% setahun lebih rendah daripada EIR/EPR atas gabungan kemudahan yang pelanggan ingin menggabungkan baki pada kadar rata minima 7.50% setahun
Kadar Faedah/Keuntungan
Kadar kami adalah berdasarkan kadar rata
Amaun Kemudahan |
Kadar Faedah / Keuntungan Rata |
Rebat Bayar Tepat Pada Masa |
Kadar Selepas Rebat Bayar Tepat Pada Masa |
---|---|---|---|
RM5,000 – RM250,000 (Sehingga RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i) |
7.50% setahun – 12.00% setahun |
20% |
6.00% setahun – 9.60% setahun |
Nota: Kadar faedah/keuntungan efektif yang terpakai kepada kadar faedah/keuntungan rata daripada 7.50% setahun sehingga 12.00% setahun berbeza daripada 13.32% setahun sehingga 21.57% setahun bergantung kepada tempoh pinjaman/pembiayaan-i 2 – 5 tahun.
0.50% daripada amaun kemudahan akan ditolak semasa penyaluran untuk duti setem yang perlu dibayar.
Dapatkan rebat 20% atas jumlah faedah/keuntungan apabila anda membayar tepat pada masa!
Andaikan jumlah amaun kemudahan diluluskan ialah RM5,000 dengan kadar faedah/keuntungan rata terpakai 8.00% setahun dimana anda pilih untuk membayar selama 5 tahun dan membayar ansuran anda tepat pada masa:



Deskripsi/Servis |
Fi/Caj |
---|---|
Fi Duti Setem |
0.50% daripada amaun kemudahan yang disalurkan untuk setiap kemudahan diluluskan |
Fi IBG |
Fi nominal sebanyak RM2.00 akan dikenakan atas setiap Interbank Giro (IBG), jika berkenaan |
Caj Bayaran Lewat (terpakai untuk Pinjaman Peribadi) |
1% setahun atas jumlah tunggakan untuk setiap kemudahan (dasar rehat seharian) |
Penyelesaian Awal |
Tiada fi/caj asalkan notis awal 3 bulan secara bertulis diberikan kepada pihak bank atau bayaran untuk faedah 3 bulan atas amaun yang ditebus sebagai ganti untuk notis (bayaran faedah 3 bulan sebagai ganti untuk notis tidak terpakai untuk Pembiayaan Peribadi-i)
|
Caj Pampasan (terpakai untuk Pembiayaan Peribadi-i) |
Untuk pembayaran lalai sepanjang tempoh kemudahan = 1% setahun atas amaun ansuran tertunggak
Untuk pembayaran lalai yang menyebabkan kemudahan ditamatkan atau dibawa ke mahkamah = 1% setahun atas baki tertunggak (amaun tertunggak yang belum dijelaskan tambah keuntungan terakru)
Untuk pembayaran lalai selepas tamat tempoh kemudahan = kadar Islamic Interbank Money Market BNM (IIMM) atas baki tertunggak (amaun tertunggak yang belum dijelaskan tambah keuntungan terakru)
Untuk pembayaran lalai selepas pertimbangan = kadar IIMM atas jumlah pertimbangan asas |
*Tertakluk kepada Cukai Kerajaan, jika berkenaan
- Warganegara Malaysia dalam lingkungan umur 21 hingga 60 tahun
- Pendapatan tahunan minima sebanyak RM24,000
- Amaun pinjaman/pembiayaan minima ialah RM5,000
- Amaun pinjaman/pembiayaan maksima ialah RM250,000 (RM150,000 untuk Pembiayaan Peribadi-i)
Klik Saya Berminat dan isikan butiran anda untuk membolehkan kami menghubungi anda atau lawati mana-mana cawangan kami.