Anda mungkin menyukai
Ciri-ciri Am
- Pembiayaan Mata Wang Asing Dalam Negara (OFCL) merupakan kemudahan perdagangan dalam Mata Wang Asing untuk pembiayaan aktiviti berkaitan perdagangan domestik dan / atau antarabangsa yang melibatkan barangan dan perkhidmatan seperti
- Import, eksport, pembelian tempatan dan penjualan tempatan*
- kos jualan domestik dan asing, perbelanjaan operasi atau pembayaran untuk lain –lain kos perkhidmatan*
*Notis: Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tempoh minimum pembiayaan: 5 hari.
Tempoh maksimum pembiayaan: Tidak melebihi tempoh pembiayaan yang diluluskan oleh bank tertakluk kepada tempoh maksimum 180 hari.
- Pembiayaan OFCL adalah berdasarkan pengemukaan dokumen sokongan yang diperlukan dan amaun pembiayaan adalah sehingga 100% nilai invois. Amaun pembiayaan minimum yang ditetapkan ialah USD5,000 atau nilai setara.
Akses kepada pembiayaan alternatif dalam mata wang asing pada kadar faedah yang kompetitif
Meningkatkan aliran tunai untuk pengurusan tunai yang lebih baik dan perkembangan perniagaan
Pengeksport mempunyai kelebihan dari segi perlindungan risiko nilai kadar pertukaran
Sila rujuk Helaian Pendedahan Produk bagi perincian tentang harga.
Sila rujuk sini bagi perincian tentang fi dan caj perdagangan.