Pembiayaan Solar PKS HLB

HongLeong Bank Logo
  • singapore
  • hong kong
  • vietnam
  • cambodia
  • LAN A
  • LAN B
  • LAN C
  • Our Story
  • News & Updates
  • Investor Relations
  • CSR
  • Awards
  • Management & BODs
  • Career
  • Deposits
  • Credit Card
  • Loans
  • Insurance
  • Investment
  • Remittance
  • Hong Leong Connect
  • Credit Card
  • Personal Loans
  • Current / Saving Account
  • Latest Promotions
  • Pinjaman >
  • Pembiayaan Solar PKS HLB
Pembiayaan Solar PKS HLB

Pembiayaan untuk perniagaan anda beralih ke solar

Apply Now
Hubungi kami

Ciri-ciri & Manfaat

  • Ciri-ciri & Manfaat
  • Rakan Syarikat Solar
  • Kelayakan
  • Soalan Lazim

 

Dengan kos pengeluaran dan operasi yang semakin meningkat, perniagaan kini mencari alternatif untuk menjadi lebih kos efektif dan meneroka kaedah yang memberikan penjimatan ketara di samping mengekalkan produktiviti yang optimum. Kini, syarikat anda boleh mengurangkan penggunaan elektrik dan menjimatkan kos tenaga dengan penggunaan panel solar yang mesra alam.

 

Laburlah dalam tenaga solar dengan Pembiayaan Solar PKS HLB!

 

Penjimatan Kos

Menjimatkan bil elektrik syarikat anda.

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pembiayaan yang fleksibel

Jumlah pembiayaan sehingga 100% kos pelaburan atau RM 1 juta untuk tempoh 3 hingga 7 tahun.

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Pelbagai Pilihan

Perkhidmatan pemasangan lengkap oleh Rakan Syarikat Solar kami.

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

Tenaga Lestari

Melindungi alam sekitar dengan mengurangkan jejak karbon anda.

Maklumat Lanjut

Kurang Butiran

+Solar

 

Plus Solar Systems Sdn Bhd

Plus Solar Systems adalah syarikat perkhidmatan penyelesaian tenaga bersih yang terkemuka di Malaysia. Mereka percaya pada “Energy Trilogy” - Penjanaan Tenaga, Kecekapan Tenaga dan Penyimpanan Tenaga yang sejajar dengan matlamat kami untuk menyediakan penyelesaian tenaga bersih untuk masa depan yang lebih baik.

Sehingga kini, mereka telah menyempurnakan lebih dari 200MWp dalam perkhidmatan pemasangan sistem fotovoltaik solar (PV) di seluruh Malaysia. Di antara senarai pelanggan mereka IKEA, Petronas, Sunway, Secret Recipe dan PKT Logistics. Di samping itu, Plus Solar adalah syarikat solar pertama yang menyediakan penyelesaian AIoT yang membolehkan pemilik perniagaan memperoleh penjimatan tenaga pintar dengan sentuhan di hujung jari mereka.

 

Solarvest

 

Solarvest Holdings Berhad

Solarvest merupakan pakar dalam perkhidmatan sehentian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk sistem fotovoltan solar (solar PV). Untuk memastikan kelestarian sistem, mereka juga menawarkan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan sistem solar PV dengan integrasi AIoT. Solarvest mempunyai rekod prestasi yang cemerlang, cemerlang dengan pengalaman menyempurnakan lebih daripada 300MWp sistem solar PV di seluruh negara yang merangkumi projek Solar Fotovoltan Berskala Besar (LSSPV) untuk kilang dan juga projek kecil seperti premis perindustrian, komersial serta kediaman. Mereka kini sedang merancang untuk mengembangkan operasi di Asia Tenggara dan juga menerokai perniagaan di pasaran APAC.

 

Mattan

 

Mattan Engineering Sdn Bhd

Mattan adalah perunding dan penyepadu sistem yang berpengalaman dalam mereka-bentuk dan pengurusan projek tenaga boleh diperbaharui pelbagai disiplin (RE) termasuk solar, biogas dan hidro mini. Mereka menawarkan penyelesaian holistik yang meliputi Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC), serta kajian kebolehlaksanaan kewangan untuk projek RE.

 

Samaiden


Samaiden Sdn Bhd

Samaiden menyediakan perkhidmatan Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) bagi projek tenaga boleh diperbaharui (RE) termasuk sistem solar fotovoltaik dan kilang janakuasa. Mereka mensasarkan untuk menyediakan penyelesaian yang lebih berkesan dengan harga yang berpatutan, yang membolehkan pelanggan meraih manfaat RE dengan lebih lancar. Mereka juga menyediakan perkhidmatan perundingan untuk RE dan alam sekitar, serta perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan.

 

Ers


ERS Energy Sdn Bhd

Sejak tahun 2009, ERS Energy telah menyediakan perkhidmatan sistem fotovoltan (Solar PV) secara profesional bagi individu dan perniagaan. Kami telah menempatkan lebih daripada 180 kakitangan yang terlatih secara profesional bagi memastikan kitaran projek berjalan dengan lancar dan menyelesaikan projek dalam masa yang telah ditetapkan dengan kos yang rendah tanpa mengira ukuran sistem. ERS Energy telah memberi perkhidmatan pemasangan lebih daripada 2 juta panel solar di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Filipina dengan jumlah kapasiti lebih daripada 700MWp. ERS Energy juga merupakan antara syarikat yang paling dipercayai di ASIA sebagai penyedia perkhidmatan untuk Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan solar (EPCC) yang bekerjasama dengan nama-nama syarikat yang gah seperti Hong Leong Bank Berhad (HLBB) bagi menambah nilai yang lebih tinggi untuk pelanggannya.

 

Pekat

 

Pekat Solar Sdn Bhd

Pekat Solar adalah penyedia perkhidmatan solar fotovoltaik bertauliah dengan objektif untuk membantu pelanggan mengutamakan dan menguruskan kos tenaga melalui sistem pengurusan tenaga strategik. Mereka menawarkan penyelesaian kos efektif bagi sistem “on-grid” dan “off-grid” dengan perkhidmatan mereka-bentuk dan pembangunan, pemantauan dan penyelenggaraan, permohonan insentif kerajaan dan juga sebarang urusan dengan pihak berkuasa.

 

Gading Kencana


Gading Kencana Sdn Bhd

Gading Kencana adalah sebuah syarikat perkhidmatan tenaga boleh diperbaharui yang pertama menginovasi sistem solar fotovoltan (PV) di atas bumbung berbentuk "A-shape" seperti yang terdapat di bumbung rumah Melayu tradisional. Ini adalah untuk meningkatkan kesan sistem penyejukan bangunan. Mereka mempuyai kepakaran dalam sistem PV solar termasuk mengendalikan pemasangan “off-grid” dan “on-grid” serta lampu jalan solar, audit tenaga, perundingan pengurusan tenaga dan kerja-kerja elektrik dan penyelenggaraan.

 

  • Syarikat Milikan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad, Syarikat Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang diklasifikasikan sebagai Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mengikuti definisi Bank Negara Malaysia.
  • Perniagaan telah beroperasi selama ≥ 3 tahun atau individu utama mempunyai pengalaman dalam perniagaan yang sama selama ≥ 3 tahun.
  • Perolehan Jualan Tahunan sebanyak RM500,000 dan ke atas.
  • Harus memenuhi kriteria kelayakan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC)/Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

 

Nota: Jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak Bank adalah tertakluk kepada penilaian kredit dan budi bicara Bank.

1. Apakah itu Pembiayaan Solar PKS HLB?

Ia adalah pakej pembiayaan kepada PKS Malaysia untuk pemasangan sistem tenaga solar di bumbung premis perniagaan yang akan membantu mengurangkan bil elektrik dengan penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif.

 

2. Adakah Bank akan menentukan Syarikat Pembekal Perkhidmatan untuk saya atau bolehkah saya memilih Syarikat Pembekal Perkhidmatan saya sendiri

Matlamat kami adalah untuk menyediakan proses pembiayaan yang lancar dan mudah untuk anda. Untuk itu, anda boleh memilih Penyedia Perkhidmatan dari senarai Rakan Syarikat Solar kami yang berpengalaman yang telah diluluskan oleh SEDA dan/atau Suruhanjaya Tenaga.

 

3. Jika saya bercadang untuk memasang sistem saya sendiri, bolehkah Bank menyediakan pembiayaan di bawah program ini?

Untuk layak di bawah program pembiayaan ini, pemasangan perlu dilakukan oleh Penyedia Perkhidmatan dari senarai Rakan Syarikat Solar kami.

 

4. Gudang saya berada di Pahang tetapi saya dapati tiada Penyedia Perkhidmatan berdekatan. Bolehkah saya memohon dan Pembekal Perkhidmatan mana yang akan melayani pertanyaan saya?

Anda boleh menghubungi mana-mana Pembekal Perkhidmatan yang dari senarai Rakan Syarikat Solar kami di laman web HLB yang sedia untuk memenuhi keperluan pemasangan kepada semua pelanggan kami di Malaysia.

 

5. Saya tidak tahu berapa banyak panel solar untuk dipasang. Adakah saya perlu membayar caj penilaian awal?

Tidak perlu. Tiada caj dikenakan untuk penilaian awal. Penilaian awal akan dibuat berdasarkan pada bil elektrik premis perniagaan di mana anda berhasrat memasang panel solar (sebaik-baiknya selama enam bulan yang terakhir). Dengan demikian, anda hanya perlu memberi maklumat alamat premis fizikal (lot kedai / kilang / gudang) untuk penilaian awal.

 

6. Berapakah jumlah penjimatan yang boleh saya dapati dengan memasang panel solar di atas bumbung kilang saya?

Tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua atau penjimatan kos kerana jumlah penjimatan bergantung kepada beberapa faktor seperti, tarif yang dikenakan untuk premis anda (contohnya, tarif komersial atau tarif industri) saiz ruang bumbung dan batasan teknikal atau kawal selia. Biasanya, penjimatan adalah sekurang-kurangnya 20% daripada penggunaan tenaga bulanan. Walau bagaimanapun, jumlah penjimatan anda mungkin lebih jika anda layak untuk insentif lain yang ditawarkan oleh kerajaan.

 

7. Berapakah kos panel solar?

Sebagai anggaran, lot kedai biasa (dengan kapasiti kuasa 30 kW) memerlukan ukuran panel solar seluas 1,605 kaki persegi. Jumlah kos dianggarkan adalah RM100,000. Harap maklum bahawa kos sebenar mungkin berbeza-beza bergantung pada ruang bumbung sebenar, jenis tarif, batasan teknikal atau peraturan dari pihak berwajib.

Anda Mungkin Menyukai

Edit here to enter details for productdetail page promotion
hlb business cash loan tile
SME Banking
Pinjaman Tunai Perniagaan

Ketahui Lebih Lanjut

prime biz tile
Deposit
Akaun Semasa HLB PrimeBiz

Ketahui Lebih Lanjut

Penasihat Kecerdasan Buatan kami sedia untuk membantu anda

Sembang dengan kami

×

Penafian Pautan Luar

Anda akan meninggalkan laman web Hong Leong Bank di mana Notis Privasi kami akan berhenti. Kami ingin mengingatkan anda mengenai syarat-syarat kami mengenai penggunaan pautan, Penafian dan Pemeliharaan Hak Harta Intelek.

Sambung